Saturday, December 31, 2016

BUAT LOAN BELI EMAS MENGUNTUNGKAN

Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini 🙂

Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”

Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00

Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)

.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)

Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz 🙂






Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!




Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!

Anda untung 51.88% 🙂

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).

Berapa untungnyer? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

.


Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas.


Jangan pinjam along dah ler…

Friday, December 30, 2016

CERITERA WANG KERTAS VS EMAS

Kita perlu menerima hakikat bahawa dinar emas dan dirham perak yang pertama ditempah orang Islam Eropah di Granada, selatan Sepanyol 300 tahun lalu.

Mereka ialah bangsa Eropah yang memeluk Islam dan memilih untuk hidup serta berpegang kepada ajaran Islam sepenuhnya. Mereka mencari mata wang Islam, pasar Islam, saudara Islam dan bertanyakan amalan perdagangan mengikut Islam.

Ketika umat Islam mencari kesahihan amalan Islam, mereka memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai asas urus niaga dalam kalangan mereka dan daripada situlah bermula usaha mengembalikan sejarah penggunaan dinar emas dan dirham perak.

Dinar emas dan dirham perak tidak terikat dengan mana-mana negara. Bahan yang  diperbuat daripada emas dan perak itu tidak boleh susut nilai beratnya atau ditokok beratnya dengan dikenakan faedah. Tidak seperti wang kertas yang sentiasa terikat dengan faedah atau riba.

Profesor Roy Jastram dari Universiti Berkeley, Amerika Syarikat (AS) dalam bukunya The Golden Constant, menjelaskan bahawa hasil kajian mengenai perubahan harga emas terhadap beberapa komoditi utama selama empat tahun sehingga 1976, mendapati harga emas tidak banyak berubah, malah boleh dikatakan tetap.

Dinar emas diukur mengikut timbangan 4.25 gram emas. Ukuran timbangan ini tetap walau apa yang berlaku sama ada krisis ekonomi, gempa bumi dan bangunan runtuh, timbangan berat dinar emas tetap tidak berubah.

Bagaimana pula dengan sistem mata wang dunia sekarang? Sistem mata wang dunia kini tidak ada ikatan dengan emas, tidak disandarkan kepada suatu persetujuan politik atau sebarang perbahasan yang mantap.

Sistem mata wang hari ini terhasil daripada peristiwa pada akhir tahun 60-an apabila perjanjian Bretton Woods dibatalkan kerana AS mengalami muflis. AS telah mencetak terlalu banyak dolar dan mengeksport wang kertas mereka ke luar negara.

Pada 1968, Presiden Charles De Gaulle memberitahu Menteri Kewangannya bahawa Perancis tidak boleh lagi menerima inflasi yang dieksport dari AS, membenarkan dolar AS membanjiri Paris dan beberapa negara Eropah lain.

Pemimpin Perancis itu mengarahkan supaya semua dolar yang ada dalam negara itu dipulangkan balik kepada AS dan menukarkannya dengan emas. Kacau-bilau berlaku apabila ramai berebut-rebut mendapatkan emas dengan menukarkan wang kertas dolar AS.

Apabila hal ini berlaku, ramai yang mempersoalkan kewajaran berpegang kepada wang kertas tanpa sandaran itu. Suasana panik  mendorong ramai orang berebut mendapatkan emas.. Dalam masa dua bulan, 60 peratus daripada emas dalam simpanan di Fort Knox AS lesap.

Seperti biasa AS mengambil jalan melanggar undang-undang kontrak iaitu menghukum mereka yang menukar dolar AS kepada emas. Mereka didakwa melanggar hak asasi manusia untuk memiliki emas atau komoditi yang berharga.

Selepas itu, bank pusat di seluruh dunia dilarang menukar dolar AS dengan emas. Seperti yang kita ketahui, pada 1969 De Gaulle dilucutkan jawatan dan diganti oleh Georges Pompidou dan dengan kerjasama Willi Brandt telah membentuk dasar pertama ke arah mewujudkan mata wang bagi Eropah iaitu euro.

Apa yang dilakukan oleh De Gaulle membawa kepada terhapusnya ikatan wang kertas dolar AS kepada emas pada 1971.

Selepas itu, dunia memasuki era mata wang apungan. Situasi ini membuka ruang ekploitasi  negara besar dengan ekonomi yang besar terhadap negara kecil. Mereka mencetak kertas tanpa sandaran emas ditukar dengan kekayaan sebenar seperti minyak, rempah, kayu jati, gas dan sebagainya.

Tetapi jika kita ke negara mereka, ringgit kita dikatakan hanya sekeping kertas dan seringgit kita tidak boleh membeli setin Coca Cola di New York.

De Gaulle menyatakan bahawa keistimewaan dolar dan AS dalam mencetak wang kertas adalah sesuatu yang melampau. Robert Mundell, seorang pemenang Anugerah Nobel menyuarakan keperluan diwujudkan mata wang komoditi.

Profesor Deutche dari Jerman juga menyatakan bahawa ekonomi dunia kini memerlukan mata wang komoditi untuk mewujudkan suatu sistem ekonomi yang stabil dan mangsa terbaru yang kita tahu ialah Argentina.

Negara itu yang kaya dengan bahan mentah, tetapi telah mengikuti telunjuk Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan mengikat wangnya dengan dolar AS. Perhatikan bahawa ikatan kepada dolar AS pun tidak selamat walaupun dinasihati IMF.






Thursday, December 29, 2016

EMAS DALAM SEJARAH (2)

Dalam sejarah Islam, sejak zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a., wang dinar emas dan dirham perak telah ditetapkan berat dan ketulenannya serta menjadi wang antarabangsa umat Islam seluruh dunia dan diterima oleh negara-negara bukan Islam dalam perdagangan antarabangsa sehingga wang kertas dicipta dan dipaksa pakai oleh penjajah Barat.

Inilah rahsianya kuasa Barat yang didalangi oleh pemodal mega Yahudi melalui bank-bank antarabangsa yang menguasai ekonomi dunia pada masa kini. Mereka berjaya menetapkan agendanya sehingga runtuh empayar Soviet Union, mengikat Iran dan menghancurkan ekonomi Iraq serta Libya dan Kuwait. Akan sampaikah giliran Indonesia dan Malaysia? Adakah semua itu satu kebetulan?

Kerajaan Islam pimpinan Dr. Erbakan di Turki jatuh apabila mahu menjadikan wang emas sebagai agenda pembaharuan Turki.

Kini tinggal negara Sudan dalam peringkat awal memperkenalkan sistem kewangan berdasarkan simpanan emas.

Hari ini di Sudan, para peniaga dan bank mereka tidak mahu menerima kad kredit Visa atau American Express ataupun dolar AS. Ini satu kemenangan moral dan permulaan yang mengkagumkan.


Bersambung …





Wednesday, December 28, 2016

BAHANA WANG KERTAS DAN RAHSIA EMAS ?

Sebenarnya, ekonomi Asia adalah kukuh tetapi pergantungan kepada dolar AS menyebabkan perdagangan sebenar dikacau oleh turun naik mata wang akibat spekulasi yang berbilion-bilion ringgit di bursa pasaran tukaran wang antarabangsa.

Walaupun pada permulaannya, penggunaan semula wang emas nampak mustahil dan sukar diterima oleh fikiran moden tetapi di AS sendiri terdapat kumpulan dan penyokong sistem wang emas seperti Swiss America, The Dines Group dan The Gold Eagle. Malah Presiden Reagan pada 1981 pernah menubuhkan The Gold Task Force bagi mengkaji penggunaan wang emas ketika dolar AS mengalami kejatuhan teruk dan kemelesetan ekonomi.

Kejatuhan Empayar Otmaniah Turki pada awal 1900-an juga berpunca dari penggunaan wang kertas bagi menggantikan dinar emas akibat kerajaannya berhutang dengan pemodal-pemodal elit Yahudi seperti Rothschild, Morgan serta bank-bank British dan Perancis.

Pembaca perlu tahu, walaupun Amerika Syarikat menggunakan wang kertas tetapi pihak kerajaan dan bank swastanya telah menyimpan hampir 17 juta tan metrik emas di new York dan Fort Knox sejak 1971 yang merupakan 70 peratus daripada simpanan emas dunia.

Kita bertanya kenapa simpanan emas ini tidak pernah beredar atau digunakan dalam perdagangan dunia. Apa guna emas tersebut disimpan tanpa mendatangkan sebarang hasil malah kehilangan bunga sehingga AS$5 bilion setahun jika diwujudkan dalam bentuk wang kertas.

Tentu ada rahsianya. Pihak AS dan bank mega menjadikan simpanan emas ini senjata sulit mereka pada masa depan jika wang AS tidak dipercayai oleh dunia lagi.

Jika semua negara mahukan wang emas dalam perdagangan masing-masing, pasti emas ini akan keluar dari simpanan AS untuk dijadikan wang antarabangsa bagi menggantikan 60 peratus perdagangan dunia yang menggunakan dolar AS.

Sudahkah anda bersiap sedia untuk menghadapinya.




Tuesday, December 27, 2016

GOLD ! GOLD !! GOLD !!!







 (1)   GOLD 999.9 SYILING SUKU DINAR

(2)   GOLD 917 SYLING SATU DINAR

(3)   GOLD 999.9  SYLING 0.5 GRAM


DAPATKAN KETERANGAN LANJUT DENGAN MENGISI BORANG DI SEBELAH

EMAS DALAM SEJARAH

Sebenarnya, wang bersandarkan ukuran atau simpanan emas (gold standard) pernah dipakai oleh dunia sehingga tahun 1971 berdasarkan Perjanjian Bretton Woods 1944. Presiden Nixon telah memansuhkan sandaran wang dolar AS kepada emas kerana ekonomi AS yang teruk akibat defisit dan kos Perang Vietnam. Selepas itu, semua negara telah memakai sistem kewangan terapung (floating exchange). Menurut system ini,  setiap negara boleh mencetak wang, membuat kredit atau hutang negara, serta membuat dasar kewangannya sendiri tetapi nilainya ditentukan oleh pasaran bebas.

Semua ini berdasarkan penerimaan dunia kepada beberapa jenis alat (instruments) kertas yang berupa wang tambahan (derivatif) yang mungkin wujud atas akaun komputer atau akaun bank sahaja atau akaun saham sahaja. Kesemua itu bukan wang sebenar seperti wang emas dan perak.

Kita menyaksikan dunia Barat mengalami beberapa krisis dan keruntuhan ekonomi yang merudum iaitu The Great Depression 1929, The Black October 1987 dan Krisis Asia 1997/98. Dalam semua krisis ini, pihak yang untung adalah bank-bank mega antarabangsa dan dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberi bantuan pakej kredit dan hutang kepada negara-negara mangsa dengan syarat ekonomi mereka dibuka kepada kapitalis antarabangsa dan sistem kewangan negara-negara mangsa boleh ditembusi oleh modal kapitalis antarabangsa.

Kewujudan situasi sedemikian boleh dianggap sebagai penjajahan bentuk baru. Lebih teruk lagi, para pemodal mempunyai agenda menggulingkan pemimpin-pemimpin yang mereka tidak sukai dengan tohmahan ekonomi negara-negara mangsa disalah-urus.


Bersambung …..

Monday, December 26, 2016

TOLONG BACA !

PESANAN ni. Jangan menyesal kalau tak baca..!

Kalau nak beli emas, beli emas fizikal. Jangan beli macam yang bank jual tu. Beli emas dapat kertas (sijil). Atau beli emas dapat buku akaun. Atau beli emas dapat nombor digital.

Nanti bila "panik ekonomi”, semua nak keluarkan emas pada masa sama, bank takde stok. Sebab, kalau beli emas dapat kertas, kalian membeli seketul emas beramai-ramai. Faham tak ni???

Contoh ;

Bank Clorox ada 1kilogram emas. Ali beli sebahagian daripada1kg emas tu dan dapat sijil. Abu pun beli emas di Bank Clorox tu, pun dapat sijil jugak. Ahmad pun macam tu jugak. Mereka beli emas tu sebagai mid and long term investment. Bila tercetus panic economy, duit kertas dan duit digital takde nilai. Jadi 3 mamat ni pun pergi ke Bank Clorox tadi nak ambil emas mereka. Sah-sah akan berusuh sebab emas yang mereka beli tu tak wujud (atau berkongsi dengan nilai penuh).


INGAT! JANGAN BUAT BEGITU !!!




Saturday, December 24, 2016

KENAPA DENGAN EMAS ?

Anda tahu mengapa emas dikatakan bersifat anti inflasi ?

Anda tahu bagaimana emas menjadi simbol kekayaan ?

Mahukah kami beritahu anda mengapa emas menjadi logam mulia zaman-berzaman ?

Ketahui kesemuanya dengan melawati:





LAGI MAKLUMAT TENTANG EMAS


EMAS KENA GST KE TAK ?

Ya, emas kena GST. Tapi cuma emas 916 sahaja yang kena, emas 999 tidak kena. Emas 916 ialah emas perhiasan manakala emas 999 ialah emas pelaburan. Semua produk emas atau perak yang berketulenan 99.5 dan ke atas dikecualikan daripada GST.

APA ITU LBMA?

LBMA ialah singkatan kepada London Bullion Market Association, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di London yang memberi pengiktirafan kepada emas. Oleh sebab itu, sekiranya emas yang dikeluarkan oleh kilang yang mendapat pengiktirafan LBMA, produknya senang dijual beli di mana-mana negara tanpa curiga, sekatan atau birokrasi seperti emas yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery edaran Public gold. Walau bagaimanapun, emas tetap emas, semua orang terima, emas palsu je orang tak terima. Dan cuma kompeni-kompeni  yang ada kepentingan je memerlukan sijil dan pengiktirafan supaya produk mereka laku di seluruh dunia.

APA ITU SPREAD?

Spread ialah istilah bagi peratus buy back yang biasanya lebih rendah daripada harga asal. Emas terpakai apabila dijual balik atau digadai akan mengalami susut nilai RM dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain mengikut faktor yang mereka rasakan wajar. Walau bagaimanapun, emas tetap emas, tidak pernah susut nilai ketulenannya cuma pekedai, bank, dan pajak gadai sahaja yang merendah-rendahkan nilainya atas tujuan keuntungan.

APA ITU LOCK ?

Lock ialah istilah yang digunakan oleh pembeli dan peniaga emas online. Istilah lock tidak digunakan oleh peniaga dan pembeli emas offline kerana jual dan beli berlaku on the spot. Berbeza ketika online, tawar menawar jual beli berlaku dalam tempoh yang panjang disebabkan line slow, atau terganggu dengan kerja-kerja semasa. Oleh sebab harga emas berubah-ubah setiap masa,  pembeli akan menggunakan istilah lock sebagai tanda ingin membeli dengan harga pada waktu itu. Walau bagaimanapun, lock harga hanya bertahan selama 24jam, jika tiada bayaran dalam tempoh tersebut lock dikira terbatal dan bayaran hendaklah mengikut harga baru jika harga emas berubah.

MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA ?

Ya, harga emas berbeza antara seorang penjual dengan penjual yang lain. Begitu juga emas yang dijual di kedai dan emas yang dijual di internet atau oleh orang perseorangan. Biasanya pekedai akan mengikut harga yang ditetapkan oleh persatuan peruncit emas dan harga mereka biasanya lebih mahal dari harga yang ditetapkan oleh Persatuan Emas Malaysia. Ada yang menjual dengan harga kawalan, tak payah ubah-ubah harga lagi, ada yang tak ambil upah, ada yang meletakkan harga per gram murah tapi upah mahal, ada yang tak kenakan GST, ada yang kenakan GST, dan sebagainya. Anda boleh pilih yang mana satu.  Yang penting jangan tertipu atau rasa tertipu selepas membeli.

APA ITU HARGA KAWALAN ?


Dalam dunia emas pun ada harga kawalan. Harga ini ditetapkan oleh persatuan emas atau persatuan peruncit emas ( Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia). Tujuan harga kawalan ini adalah sebagai tanda aras supaya penjual tidak sewenang-wenang menjual dengan harga yang lebih mahal. Sebenarnya kita nak jual 1gram pada harga RM 200 pun boleh je. Tak salah pun. Cuma pembeli  yang rasa macam tersalah beli padahal tak salah pun. Betullah itu emas dan dia telah membelinya.



Friday, December 23, 2016

SANGAT PENTING

Tips Penting!!!

Jangan jual emas anda tanpa sebab!!!

No!  No !!  No !!!

Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi.

Jadi untuk apakah anda beli emas?

Emas ialah ASET UNGGUL, yang harus dijadikan simpanan jangka panjang..
Jika harga tinggi je nak jual? Apalagi tinggal dalam tangan?
Jual emas hanya untuk 5 perkara ini sahaja, iaitu:

Beli rumah
Beli hartanah
Beli emas dalam bentuk lain
Jadikanmodal bisnes
Keperluan ketika terdesak giler

Jika anda jual emas dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya dengan harga dahulu …

Kecuali anda mahir membaca chart pergerakan harga emas dengan kemahiran analisis,anda bolehlah menjual semasa harga tinggi,dan simpan wang itu … bersabar sat hingga harga turun sedikit, belilah semula… dengan cara ini dapatlah anda gram lebih.

Sebab tu elok beli emas pelbagai saiz kecil-kecik … contoh 1g, 1/4 dinar… 1 dinar , 5 gram…

Kita boleh jual sikit-sikit ...

Kalau beli seketul 50 gram @ 100 gram semuanya … kita terpaksa jual seketul besar ...

Boleh beli,  tak salah... tapi sebaiknya pelbagai saiz simpanan ...

Kita boleh gadai atau jual ikut keperluan kita..

Thursday, December 22, 2016

EMAS 999.9 GOLD BAR 1 GRAM

TIPS EMAS





TIPS EMAS:

KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1 GRAM NI?

Mesti anda fikir nak buat apa emas yang kecil-kecil untuk simpanan…Ramai antara kita yang anggap yang besar tu baru nampak best kalau simpan…Tidak dinafikan pendapat tu betul…Tapi anda juga perlu tahu kenapa kita juga perlu simpan dengan berat yang kecil seperti gambar di bawah tu...

1. Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih besar…Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas dalam berat yang besar sekali gus…Mesti nak kena kumpul dulu… Jadi..sekarang kita tak perlu tunggu lagi…Simpanan tetap kita setiap bulan tu boleh kita tukarkan dengan emas serta merta...

2. Kebetulan ada Harga Emas Mampu Dimiliki, rugilah kita kalau nak tunggu duit banyak baru nak beli.. Sebab kita mungkin akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram... Senang cerita, cukuplah kita dapatkan dengan berat emas yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli berat yang lebih besar..

3. Kekadang kita mesti juga kesuntukan duit cash, kita terpaksa juga nak kena jual emas kita tu... Cuba anda fikir, jika kita hanya perlu duit RM500 je..takkan kita nak jual emas yang berat 20gram?..Rugilah kan...Inilah masa gunanya emas yang kecil tu...Jadi kita selamat dari menggunakan emas kita yang berat-berat tu … he he he …


4. Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil... Sebab kita tidak perlu modal yang banyak…Lama-lama membukit juga kan....




Wednesday, December 21, 2016

EMAS JADI MAS KAHWIN

MAS KAHWIN WANG KERTAS VS MAS KAHWIN DINAR EMAS
YANG MANA SATU IDAMAN QALBU.....??
Jika pilihan anda “mas kahwin wang kertas”
Katakanlah anda kahwin tahun 2016
Tahun 2016
Orang yang bertanya :Ehhhh Kak Sue, berapa mas kahwin Kak Sue ye?
Kak Sue : Mas kahwin akak RM5000
TAHUN 2036 (20 tahun akan datang)
Orang yang bertanya : Ehhhh Makcik Sue, berapa mas kahwin Makcik Sue ye?
Makcik Sue : Mas kahwin Makcik RM5000
Orang yang bertanya : RM5000? Sikitnya.. apa la sangat boleh beli dengan RM5000 pada tahun 2036 nanti?
Makcik Sue : Pandai la kau…dulu zaman Makcik, RM5000 kalau beli emas boleh beli dalam 30 gram emas tau…
Orang yang bertanya : Waaaa..murahnya emas zaman dulu..RM5000 mampu beli 30 gram..zaman 2036 ni berapa gram la sangat..
TETAPI....
Jika pilihan anda “mas kahwin dinar emas”
Katakanlah anda kahwin tahun 2016
Tahun 2016
Orang yang bertanya : Ehhhh Kak Sue, berapa mas kahwin Kak Sue ye?
Kak Sue : Mas kahwin akak 7 Dinar (lebih kurang RM5000)
TAHUN 2036
Orang yang bertanya : Ehhhh Makcik Sue, berapa mas kahwin Makcik Sue ye??
Makcik Sue : Mas kahwin mak cik su dulu 7Dinar ja..
Orang yang bertanya : 7 Dinar? Wooww..Biar betul..saya nak buat kiraan sikit la.. Sekeping 1 dinar tahun 2036 lebih kurang RM2000 sekeping..kalau 7 keping (7x RM2000 = RM14,000)..Waaaa mahalnya mas kahwin Makcik Sue??
Makcik Sue : Pandai pun kau…dulu zaman makcik, 7dinar baru berharga RM5000, berat emas ialah (7x4.25gram = 29.75gram)…
Orang yang bertanya : Waaaa..murahnya emas zaman dulu..RM5000 mampu beli lebih kurang 30 gram..zaman 2036 ni berapa gram la sangat…Bijak betul suami Makcik… Menyimpan emas dan perak ialah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Emas dan perak ialah mata wang sunnah..Sekarang baru saya faham kenapa ada hadis,
"Akan tiba suatu zaman. Pada masa itu, tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR dan DIRHAM (untuk digunakan)"
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)




Tuesday, December 20, 2016

SEBAB APA MEREKA TAK BELI EMAS ?

Jawapan kepada alasan-alasan mereka,

1 Mereka asyik fikirkan harganya, kaji sana sini...last-last tak beli pun...
Biasa terjadi... 24 jam layan prospek seorang yang banyak pulak tanya, last-last diam.. MASA KAN EMAS

2 Duk kaji pasal spread... tapi tak nak timba ilmu emas yang lain.

Kalau hanya bertanya, tiada kajian mendalam tentang emas, tak rajin nak study tentang kebaikan simpan emas.... Minda pun takkan positif terima.

3 Duk teragak-agak macam mana nak jual balik emas.

Emas bukan macam barang lain dek non oi...emas laku di mana-mana. Sebaiknya jual semula kat dealer/company...dapat harga tinggi..itu gunanya ilmu dalam nombor 2 tu..

4 Macam mana nak buat untung dengan emas?

Banyak cara nak untung, asalkan emas tu ada kat tangan, bukan atas kertas atau alam maya  ...

5 Takut pulak Bank Negara Malaysia serbu company yang mereka joint ...

Kita bukan skim cepat kaya. Kita punya plan simpan emas fizikal dan bertindak sebagai kedai emas online.... selagi mana namanya kedai emas, BNM tak keluarkan arahan tutup kedai emas..dan selagi ada emas di tangan, apa nak runsing...

6 Takut rugi sebab harga emas jatuh...

Beli emas bukan untuk dijual esok lusa. Kita simpan untuk jangka masa yang panjang..rugi je kalau jual kan..oleh itu, simpanlah. Andai terdesak sangat, barulah pajak. Itulah fungsi Ar-Rahnu, bukan untuk memanipulasi skill.

7 Pelik, kenapa orang kata emas tu duit ?

Kena tau apa maksud wang sebenar, kena kaji sejarah. Dulu-dulu orang guna apa sebagai emas, dan wang kertas yang kita duk guna sekarang ni cuma ciptaan Yahudi untuk menindas dan berkuasa di dunia ini.

8 Tak faham kenapa perlu simpan emas...

Kajilah dulu, selidiklah dulu, cuba simpan satu!

9 Tak nak membazir....

Satu masa dulu, harga emas RM30+/gram, sekarang dah hampir RM200/gram.. errr kat mana yang membazir tu ye...?
Takut nak simpan emas, takut kena rompak, hilang dan sebagainya....

Kalau kena curi, hilang, bukan emas je. Apa-apa pun boleh dicuri … pandai-pandailah nak elakkan. Pandai-pandailah sorokkan. Bak kata orang...bini ke-2 lagikan boleh sorok dari bini pertama. Inikan makhluk tak bertangan dan tak berkaki!!!

TAKKAN SEBAB TAKUT KENA CURI, MAKA KITA TAK BELI EMAS???

Habis, wang kertas yang kena rompak hari-hari (susut nilai sebab inflasi) tu tak takut ke?

Wang kertas susut nilai hampir 16% setahun.

Simpan RM1k tahun ni, tahun depan jadi RM840. Kalau 10 tahun lagi?

Simpan emas berharga RM1k tahun ni, tahun depan jadi RM1.2+k.
Mana yang anda nak????

10 Tak dapat pulangan bulanan, dividen dan hibah.

Yang macam ni lebih suka join skim cepat miskin. Baik niat dari awal, sedekah duit modal tu... Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah.
Ubahlah mindset kita, untuk kesenangan anak-anak dan keluarga dunia akhirat kita, insyaALLAH.









Monday, December 19, 2016

KUASA EMAS

Selalulah ingatkan diri sendiri agar memegang sekurang-kurangnya 10 % - 15 % pelaburan dalam bentuk emas fizikal, sama ada dalam bentuk Jongkong (Gold Bar), Syiling, atau Barang kemas. Kemerosotan nilai wang kertas (inflasi) yang berlaku di serata dunia pada hari ini seharusnya menjadi iktibar dan pedoman untuk menyimpan dan menambah simpanan emas kita. Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Peningkatan nilai yang berlaku setiap tahun itu menjadikan emas pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit Trust (ASB n the geng).
Sebagai contoh:

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!

Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!

Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Sunday, December 18, 2016

10 FAKTA EMAS YANG KELIMA

1. Selepas Perang Dunia Ke-2, emas ditukar dengan mata wang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

2. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai mata wang  dihentikan dan diganti dengan nilai tukaran tetap.

3. Switzerland ialah negara terakhir menambat mata wang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.

4. Emas tulen sangat lembut untuk kegunaan seharian, oleh itu dialoikan dengan logam lain untuk menjadikannya lebih keras.

5. Kandungan emas dalam aloi diukur menggunkan unit Karat (K).

6. Emas tulen diukur sebagai 24Karat(K).

7. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22Karat (916).

8. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras dan kuat, oleh itu emas 24karat digunakan.

9. Syiling emas yang dikeluarkan  American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.


10. Emas paling tulen di dunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.





Saturday, December 17, 2016

10 FAKTA EMAS YANG KEEMPAT

1. Warna emas tulen ialah kuning metalik.

2. Hanya Emas, Cesium dan tembaga menjadi unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

3. Kelainan tindak balas emas bergantung kepada kesan relativistik yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya.

4. Aloi emas berwarna merah ros boleh dihasilkan melalui campuran beberapa komposisi tembaga dan perak.

5. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semula jadinya.

6.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas simpanan sama dengan jumlah keluaran wang.

7. Jumlah emas di  dunia terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

8. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

9. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.


10. Ketika Perang Dunia 1 bermula, semua negara  terlibat kembali membiayai kempen perang masing-masing dengan emas.






Friday, December 16, 2016

BELI EMAS HARGA MURAH SETIAP HARI

Anda ingin miliki emas 999.9 pada harga murah setiap hari?

Tahukah anda bahawa ada cara mudah untuk mendapatkannya?

Public Gold menawarkan gold bar 999.9 seberat 5 gram yang ketulenannya diberikan sijil oleh assayer.

Anda tak perlu bimbang tentang harganya kerana lebih murah daripada kedai emas biasa.

Walaupun Public Gold meletakkan harganya RM1050/keping, kami bagi diskaun sebanyak RM50/keping. 

Bukan itu saja, kami tanggung bayaran premium, upah, dan postage. Anda tak perlu ke mana-mana.

Tunggu pesanan sampai ke muka pintu rumah anda.

HARGA UNTUK ANDA:  RM1000/KEPING

Prosedur Pembelian:

Sila bank-in duit ke salah SATU akaun di bawah.

Maybank Hana Toyyibah Resources 5648 1050 9624
CIMB Harun Jaafar 760 308 7542
HSBC Harun Jaafar  027 001767 108
RHB Harun Jaafar  1 12457 6004394 0

SMS nama penuh, alamat lengkap, dan nombor handphone anda ke 
019 323 4287 selepas duit dibank-inkan.



SELAMAT MENYIMPAN EMAS UNTUK MASA DEPAN