Saturday, December 10, 2016

APA KELEBIHAN SIMPAN EMAS ?


(1)          Elak kebocoran wang.

Duit simpanan lebih bertahan lama jika disimpan dalam bentuk emas.

(2)          Nilainya bertahan dari ketidaktentuan ekonomi & politik.

Nilainya kekal walaupun berlaku krisis ekonomi, duit ringgit (RM) jatuh, ataupun berlaku peperangan. Emas adalah DUIT SEBENAR dan terbukti sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

(3)          Selamat dari inflasi.


Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang sebab KUASA BELINYA KEKAL. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun. Zaman RasuluLlah, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar (berat 4.25 gram). Hari ni, nilai 1 dinar sekitar RM800, juga cukup untuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun. Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang pada waktu rehat. Kini RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang simpan emas, akan selamat daripada kesan inflasi.





No comments:

Post a Comment