EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, December 5, 2016

EMAS PENYELAMAT MASA DEPAN

Ada orang menjuehkan mulutnya apabila disuruh simpan
emas secara konsisten tiap-tiap bulan 1 gram selama 5 tahun.
Dia tidak taukah anggaran harga emas 1 gram pada tahun
2020 ?
Harga emas dijangka berada pada tahap RM500/gram pada
tahun 2020.
1 gram/bulan x 12 bulan = 12 gram
12 gram/tahun x 5 tahun = 60 gram
RM500/gram x 60 gram = RM30,000.00
Bolehkah kita simpan wang fiat sebanyak itu untuk tempoh
yang sama?
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini,
duit yang disimpan itu akan habis sedikit demi sedikit.
Mungkin berakhir dengan kosong.
Emas seberat 60 gram sudah boleh dijadikan sandaran
untuk menghadapi apa-apa juga situasi pada masa depan.
Tidak kira berapa kali masuk keluar pajak gadai, 60 gram
tetap milik kita selagi tidak dijual. Itulah modal pusingan
yang paling mujarab untuk menghalang kemiskinan kerana
harga dan nilainya akan terus meningkat.
Walaupun harga emas 999.9 hari ini RM220/gram, anda
boleh membelinya sekitar RM183.00 hingga RM187/gram.




No comments:

Post a Comment