Sebenarnya, ekonomi Asia
adalah kukuh tetapi pergantungan kepada dolar AS menyebabkan perdagangan
sebenar dikacau oleh turun naik mata wang akibat spekulasi yang
berbilion-bilion ringgit di bursa pasaran tukaran wang antarabangsa.
Walaupun pada permulaannya,
penggunaan semula wang emas nampak mustahil dan sukar diterima oleh fikiran
moden tetapi di AS sendiri terdapat kumpulan dan penyokong sistem wang emas
seperti Swiss America, The Dines Group dan The Gold Eagle. Malah Presiden
Reagan pada 1981 pernah menubuhkan The Gold Task Force bagi mengkaji penggunaan
wang emas ketika dolar AS mengalami kejatuhan teruk dan kemelesetan ekonomi.
Kejatuhan Empayar Otmaniah
Turki pada awal 1900-an juga berpunca dari penggunaan wang kertas bagi
menggantikan dinar emas akibat kerajaannya berhutang dengan pemodal-pemodal
elit Yahudi seperti Rothschild, Morgan serta bank-bank British dan Perancis.
Pembaca perlu tahu, walaupun
Amerika Syarikat menggunakan wang kertas tetapi pihak kerajaan dan bank
swastanya telah menyimpan hampir 17 juta tan metrik emas di new York dan Fort
Knox sejak 1971 yang merupakan 70 peratus daripada simpanan emas dunia.
Kita bertanya kenapa
simpanan emas ini tidak pernah beredar atau digunakan dalam perdagangan dunia.
Apa guna emas tersebut disimpan tanpa mendatangkan sebarang hasil malah
kehilangan bunga sehingga AS$5 bilion setahun jika diwujudkan dalam bentuk wang
kertas.
Tentu ada rahsianya. Pihak
AS dan bank mega menjadikan simpanan emas ini senjata sulit mereka pada masa
depan jika wang AS tidak dipercayai oleh dunia lagi.
Jika semua negara mahukan
wang emas dalam perdagangan masing-masing, pasti emas ini akan keluar dari
simpanan AS untuk dijadikan wang antarabangsa bagi menggantikan 60 peratus
perdagangan dunia yang menggunakan dolar AS.
Sudahkah anda bersiap sedia
untuk menghadapinya.
No comments:
Post a Comment