Sunday, April 30, 2017

EMAS ! EMAS !! EMAS !!!

Friday, April 28, 2017

TAK PERCAYA ?



Thursday, April 27, 2017

Wednesday, April 26, 2017

UNTUK TATAPAN ANDA


Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?

Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.”

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut  dalam sebiji botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?

Maka semut itu menjawab, " Jika di luar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup..Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.”


Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan rezeki Allah tentulah lebih teruk daripada semut …

Tuesday, April 25, 2017

Monday, April 24, 2017

Sunday, April 23, 2017

MULAKAN HARI INI JUGA ...



Saturday, April 22, 2017

Thursday, April 20, 2017

Tuesday, April 18, 2017

ANDA BOLEH MULA MELABUR EMAS DENGAN RM100.00

Walaupun harga penutup emas dunia untuk tempoh 6 bulan dan 30 hari kebelakangan masing-masing berada pada tahap RM182.53, namun harga emas di Malaysia hari ini menurun berbanding semalam.

============================
RM182.63 - RM0.63 = RM182.00
============================

Tetapi harga kilang emas 999.9 di Malaysia menokok 1 sen menjadikannya berharga RM197.00/gram.
Ini bermakna keuntungan anda tambah mengecil apabila membeli emas pada hari ini.

========================================
RM215.00 - RM197.00 = RM18.00/gram sahaja
========================================

Anda tidak perlu terkesan dengan perkembangan ini kerana emas ialah pelaburan jangka panjang.
Harganya pasti meningkat tiap-tiap tahun, apatah lagi 3 atau 4 tahun akan datang.

TIDAK ADA KERAGUAN TENTANG FAKTA INI

SEMUANYA TELAH TERBUKTI

Dengan RM100.00 pun anda boleh mula menyimpan emas.

Nak saya tunjukkan?

Monday, April 17, 2017

EMAS TETAP KALIS INFLASI

Seperti yang telah berkali-kali saya nyatakan, naik turun harga emas itu sudah pasti kerana sudah menjadi lumrah alam perniagaan.
Kelumrahan lain yang lebih utama untuk diperhatikan ialah emas menjadi simbol kekayaan, simbol kemewahan, simbol ketrampilan, dan sebagainya.
Keterkejutan dan kebimbangan terhadap ancaman yang kononnya amat berbahaya itu nampaknya tidaklah berapa menjadi. Dunia kembali tenang setelah US membazirkan kekuatan yang dimiliki. Pulangannya tak setara dengan tindakan.
Ketenangan yang menjelma menyebabkan harga emas dunia naik semula.
Kini harganya naik RM0.89
===========================
RM181.74 + RM0.89 = RM182.63
===========================
Itulah logam yang namanya emas. Sentiasa kalis inflasi. Apabila inflasi melanda wang fiat, wang fiat tidak mampu bertahan, nilainya akan jatuh.
Oleh sebab emas kalis inflasi, nilainya tetap utuh. Dia tak peduli pun inflasi ke tidak.
Kalau anda tidak mahu mempedulikan inflasi yang menjadi jerat kehidupan itu, mengapa tidak beli dan simpan emas ?
SELAMATKAN NILAI HARTA BENDA YANG ANDA MILIKI DENGAN MENYIMPAN EMAS ...

Sunday, April 16, 2017

EMAS SIMBOL KEKAYAAN

Adakah anda terkesan dengan kenaikan dan kejatuhan harga emas dunia yang sering dipaparkan?

Tidak tergerakkah hati anda untuk memiliki emas seberapa banyak yang mungkin?

Apa-apa pun, emas tetap menjadi simbol kekayaan sehingga akhir zaman. Itu sudah pasti.

Jika anda yakin emas akan memastikan nilai kekayaan anda terpelihara, anda akan membeli dan menyimpan emas hari ini juga tanpa mengira harganya naik atau turun.

Saturday, April 15, 2017

USAH TERGODA DENGAN KESEMENTARAAN ITU

BOM GBU-43 PUNYA PENANGAN

Keterkejutan terhadap pengguguran ibu segala bom oleh USA terhadap Afghanistan masih terasa.

Hari ini harga emas dunia turun lagi.

Harga barunya ialah (RM182.32 - RM0.58 = RM181.74).

Walau bagaimanapun, tiada yang istimewa dengan perkembangan tersebut kerana semuanya bersifat sementara.

Harga emas akan naik dan turun seperti yang terjadi sejak bertahuan-tahun yang lalu.

Peratus kenaikan tahunannya pasti dapat dikesan apabila tiba masanya.

Di satu pihak yang lain, nilai wang fiat semakin hari semakin menipis kerana tidak dapat menahan landaan inflasi.

Oleh sebab itu, pemilikan emas menjadi satu keperluan untuk membendung kesan negatif inflasi.

"SIMPANLAH EMAS BAGI MEMASTIKAN ANDA TIDAK TERUS DIANCAM OLEH KETIDAKTENTUAN NILAI WANG FIAT"

Friday, April 14, 2017

LEGALAH SEDIKIT

DUNIA EMAS MEMBERI SEDIKIT KELEGAAN HARI INI

Ada berita baik.

Dengan tidak disangka-sangka, harga emas jatuh RM0.51 berbanding semalam.

Kini harganya ialah (RM182.83 – RM0.51  =  RM182.32)

Anehnya, harga kilang emas 999.9 naik sebanyak RM1.00 menjadi RM196/gram

Adakah anda boleh mengagak tindakan saya berikutan perubahan harga kilang itu ?

Saya akan hanya membeli, tetapi tidak menjualnya sama sekali

Apa alasannya?

RM215.00/gram – RM196.00/gram = Untung hanya RM19.00/gram (tidak berbaloi) tolak postage RM7.50 tinggal RM11.50.

Kalau cover sikit postage dengan menjualnya ikut harga kedai RM220/gram ada ke pelanggan yang nak beli ?

TAK APA, STRATEGI LAIN TETAP ADA …


Itulah keunikan dunia emas. Nak tau ? Sertailah saya. 

Thursday, April 13, 2017

NAIK LAGI ...

HARGA EMAS TERUS NAIK PADA HARI INI

Kini, harganya ialah RM182.83, naik RM1.12 berbanding semalam.

Walau bagaimanapun, kenaikan ini jauh melebihi kenaikan harga RON 95, iaitu 8 sen sahaja.

Belilah emas pada harga kilang kerana anda masih menikmati keuntungannya semasa membeli dan pasti mengaut untung berlipat ganda dalam jangka masa panjang...

Wednesday, April 12, 2017

HARGA EMAS MELONJAK RM2.81 HARI INI

Ada berita yang memeranjatkan hari ini.

Harga emas naik RM2.81 mengatasi harga semalam, iaitu
RM178.90.

HARGA HARI INI IALAH RM181.71.

Kenaikan itu pasti menaikkan harga kilang emas 999.9.

HARGA KILANG EMAS 999.9 HARI INI IALAH RM195/GRAM.

Jika beberapa hari dahulu anda boleh membeli 0.5208 gram emas 999.9 dengan wang RM100, kini dah berkurang ke 0.5128.

ITULAH PENANGAN EMAS

TUKAR WANG FIAT KE EMAS UNTUK MEMELIHARA
NILAI PEMILIKAN ANDA !!!

INGAT !!!

SETIAP KALI HARGA EMAS NAIK, NILAI WANG KERTAS AKAN
MENURUN ...

Tuesday, April 11, 2017

SEGERALAH BERTINDAK

Harga emas masih meneruskan uptrendnya.

Harganya hari ini naik RM0.02, yakni dari RM178.88 ke RM178.90.

Namun demikian, anda masih boleh terus membelinya pada harga kilang semalam, iaitu RM192/gram untuk emas 999.9.

Statistik ini tidak akan memberi makna apa-apa pun kepada mereka yang terus berdiam diri.

AMBIL TINDAKAN. BELILAH EMAS HARI INI JUGA !!!

Monday, April 10, 2017

SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT


Berbanding dua hari lepas, hari ini harga emas naik RM0.12 dari RM178.76 kepada RM178.88.

Namun demikian, ada satu keanehan, harga kilangnya turun sebanyak RM0.02. Dari RM194/gram turun ke RM192/gram.

Situasi ini pun boleh berlaku dalam dunia emas. Tidak ada yang mustahil.

ANDA DI MANA DALAM SITUASI INI ?

Saturday, April 8, 2017

NAK TERUS MELIHAT ? SILAKANLAH ...

Harga emas hari ini naik RM0.17 dari RM178.59 menjadi RM178.76.

Kenaikan itu menyebabkan harga kilang emas 999.9 melonjak ke RM194/gram. Namun demikian, harga runcit emas 999.9 masih kekal pada harga RM215/gram.

Anda sendiri nampak bahawa dalam masa sehari keuntungan anda membeli 1 gram emas 999.9 dari (RM215 - RM191 = RM24) telah menurun ke (RM215 - RM194 = RM21).

Dalam sehari sahaja RM3/gram telah melayang ...

ANDA MAHU TERUS MELIHAT KEANEHAN INI ?

Silakanlah ....

Friday, April 7, 2017

ITULAH KEUNIKAN EMAS ...

Berikutan daripada kenaikan harga emas kepada RM178.59 yang dipaparkan semalam, harga kilang emas 999.9 pada hari ini ialah RM192.00/gram.
Walau bagaimanapun, harga runcit emas 999.9 hari ini ialah RM215.00.
Jika anda dapat membeli 1 gram emas 999.9 pada harga kilang, anda akan dapat untung RM215.00 - RM192.00 = RM23.00/gram.
Bayangkan anda beli 10 gram. Untung atas anginnya sudah berjumlah RM230.00. Banyak tu.
TAK MAUKAH ?
Namun demikian, kenaikan harga itu telah menyebabkan emas 999.9 yang boleh dibeli seberat 0.5236 gram dengan harga RM100.00 semalam; kini dengan RM100.00 anda akan hanya dapat 0.5208 gram.
ITULAH KEUNIKAN EMAS ...

Thursday, April 6, 2017

SAYA PUN HAIRAN ...

INI CATATAN SAYA PADA 4 APRIL 2017

Jika harga emas berada pada paras RM178.04 pada 28 Mac 2017, harganya memanjat tidak terlalu jauh pada 3 April 2017. Namun, tetap juga naik RM0.55 menjadikan harga terbarunya RM178.59.

BAGAIMANA KEDUDUKANNYA DALAM TEMPOH 2 HARI ?

Naik ? Turun ?

Harga yang dicatatkan pada hari ini ialah RM179.20.

Ini bermakna ada kenaikan sebanyak RM0.61. Jumlah itu melebihi kenaikan yang lalu.

Jika dicampur kedua-dua kenaikan itu, jumlahnya menjadi
RM1.16.

Logam ini memang hebat.

Mengapa anda tidak tergerak hati untuk memilikinya ?

SAYA PUN HAIRAN ...

Wednesday, April 5, 2017

NAK PERCAYA KE TIDAK ?

SABAN TAHUN HARGA BARANG MENINGKAT, BERMAKNA JATUHNYA NILAI MATA WANG KITA

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

1. Nilai wang kertas yang US tipu pada tahun 1971 itu sendiri saban tahun nilainya JATUH. Lebih teruk lagi harga barang sentiasa MENINGKAT. Pakar ekonomi bagitahu bahasa mudahnya adalah INFLASI.

2. Idea MENYIMPAN wang kertas di dalam bank mahupUn di bawah bantal adalah LAPUK. Idea BARU adalah “HEDGING” atau PELINDUNG NILAI. Dalam jenis apa? Minyak? Emas? Perak? Masih keliru? Google je graph.

● Jika anda sekarang mempunyai duit RM1,000,000 dalam bank, 10 tahun lagi, nilai RM1 juta itu akan turun setaraf dengan nilai RM100,000.

● Lihat sendiri perbelanjaan setiap tahun masa pergi pasar ramadhan. Jika tahun sebelum ini dengan RM20 boleh beli macam-macam tapi sekarang, nilai barang yang dulu RM20, nak dapat kena belanja dalam RM40.

● Mengapa simpan duit tak bijak sekarang, setiap tahun nilai duit kita jatuh dan inflasi meningkat. Inilah masanya orang kaya bertambah kaya sebab orang kaya jual barang meningkat inflasi.

● Contohnya jika seorang tauke station minyak naik harga sebab inflasi, bermakna dia bertambah kaya sebaliknya kita bertambah miskin sebab nak kena bayar tauke minyak beli minyak.

● Cadangan terbaik untuk tidak menyebabkan nilai duit anda tak jatuh ialah JANGAN SIMPAN DUIT sebaliknya BELI EMAS untuk kekalkan nilai duit.

● Contoh paling terbaik ialah beli emas untuk anak. Bayangkan anak yang berumur setahun belikan emas untuk dia 100 gram yang kalau sekarang ni harganya RM18,000. Nanti bila dia dah umur 20 tahun mana tahu dah jadi RM100,000….WalLahualam.

============================================
BAGAIMANA DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
============================================

1. Tarik cepat-cepat wang untuk simpanan emas anda setiap bulan, baki, barulah bayar bil.

● 1gram 1bulan. kalau mampu boleh lebihkan. 1tahun dah ada 12gram. 10 tahun dah ada 120g. pejam celik je

2. Kongsi maklumat ini kepada orang ramai


Kami hanya menyampaikan. Selebihnya terpulang kepada diri masing-masing

Tuesday, April 4, 2017

SAMPAI BILA NAK RUGI ?

Jika harga emas berada pada paras RM178.04 pada 28 Mac 2017, harganya memanjat tidak terlalu jauh pada 3 April 2017. Namun, tetap juga naik RM0.55 menjadikan harga terbarunya RM178.59.
Maklumat terkini seperti ini akan terus saya beri kepada anda untuk membuktikan bahawa hanya emas yang mampu berbuat demikian. Tiada logam lain jadian Allah yang setara dengannya.
Penyerlahan situasi demikian diharap dapat menyedarkan anda tentang kehadiran peluang yang sentiasa terbuka untuk direbut.
Rugilah mereka yang melihat saja peluang yang terhidang. Bertambah rugilah mereka yang memilih untuk berada di takuk lama.
SEGERALAH BERTINDAK UNTUK MENGUBAH UNTUNG NASIB SENDIRI
LikeShow More Reactions
Comment

Monday, April 3, 2017

CERITA HUBUNGAN SAYA DENGAN SAHAM DAN EMAS

Barangkali anda tertanya-tanya mengapa saya terlalu obses dengan emas.
Sebelum terlibat dengan emas, saya terlebih dahulu terlibat dengan saham. Pernah anak murid saya, Ahmad Bakhtiar mengirimkan kepada saya gambar rajah candlestick beli dan jual serta ebook tentang fundermental analysis. Kesemuanya berguna bagi saya. Namun, saya berguru tentang technical analysis.
Prestasi saya tidak begitu baik dalam pasaran saham. Lebih banyak rugi daripada untung. Bacalah saya ebook fundermental analysis tulisan seorang Mat Salleh. Praktikkanlah. Rupanya tak sesuai dengan Bursa Malaysia. Beli buku analisis yang sama karangan orang Malaysia. Ada sedikit perubahan. Modal pulak asyik kena sorong tarik. Maklumlah masalah banyak lagi tak selesai.
Saya pun terfikir, "Tak adakah satu perniagaan yang lebih banyak bagi untung daripada rugi?" Dengan tak disangka-sangka saya terima emel daripada ShahDinar. Dia cerita tentang beli dan simpan emas dengan modal yang ciput saja.
Saya pun mulalah membeli emas sedikit demi sedikit kerana nak tengok benar atau tidak dakwaan yang dibuat. Saya dapat lihat kebenaran itu dalam tempoh 6 bulan sahaja. Terus pergi kursus dan jadi ahli GSR. Untung banyak masuk. Panas tak sampai ke petang. GSR ada problem. Habis rezeki saya di situ. GST pun tiba.
Kena tukar taktik. Gold Bar diperbuat daripada emas 999.9. Tak kena GST. Itu sudah bagus. Sekarang ni beli gold barlah. Beli saja dah dapat untung. Apatah lagi kalau jual. Inilah perniagaan yang tak payah difikirkan laku ke tidak. Untung tetap ada. Itulah yang diteruskan hingga kini.
Berbalik kepada saham pulak. Saya fikir saham pun boleh dapat untung setiap masa jika fumdermental analysis digunakan 100%.
Cari saja kaunter yang teguh, untung 10 tahun berturut-turut, floating di bawah 30%, direktor bagus-bagus, bukan saham cap ayam, dan sebagainya. Peram saham tu 2 hingga 6 bulan. Ada rezeki untungnya lumayan.
Itulah aktiviti saya ketika ini. Jual beli saham dan simpan emas banyak-banyak. Yang pasti jangan terlepas beli emas RM100 sebulan sekurang-kurangnya. Nak jadi kaya dalam pelaburan emas perlu RM100 saja sebulan. Dengan RM100 kita dapat emas 999.9 seberat 0.5236 gram.
TAK PERCAYA SUDAHHHHH