Wednesday, May 31, 2017

ILMU EMAS DARI MEKAH

Kisah Benar: Ilmu emas dari Mekah.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bagaimana pembelian emas menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Ini adalah kisah 25 tahun lepas.

Pada tahun 1990, mak dan abah saya berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.

Selepas selesai menunaikan ibadah haji, mereka pergi shopping di sekitar kota Mekah. Waktu tu abah ada budget RM1000 seorang untuk shopping.

Apa yang mereka beli dengan RM1000 tu?

Abah saya peminat jam. Dengan RM1000, Abah beli seutas jam Rado.

Mak saya tak mahu beli jam. Dia lebih berminat dengan emas.

Jadi mak saya buat keputusan untuk menggunakan RM1000 duit shopping
tersebut untuk membeli emas. Lalu mak saya pun carilah kedai emas kat
kota Mekah.

Sampai ajer kat kedai emas, emak saya terus tanya tokey kedai emas tu.
“Kalau RM1000, boleh beli emas apa?” tanya mak saya.
“Tokey kedai tu cakap, Hajjah boleh beli syiling emas ini” kata beliau sambil
menunjukkan sekeping syiling dinar emas 10 dinar (42.5 gram).
“Berapa harganya?” Tanya mak saya
“Dalam RM900++ sahaja, tak sampai seribu ringgit.”

Jadi, mak saya pun beli syiling dinar emas tersebut sebagai ole-ole dari Mekah.

Dinar emas tu mak bawa balik ke Malaysia dan buat buah rantai.

25 tahun berlalu……. apa yang terjadi sekarang?

Selepas 25 tahun, jam Rado dah rosak. Enjin jam dah rosak, tali pun dah rosak, cermin retak sikit.

Dari segi nilai, saya pun tak tahu.. sebab jam nie rosak.
Jam ini abah saya berikan kat saya sebagai hadiah. Tapi sebab  dah rosak, maka saya simpan ajer dalam kotak.

Bagaimana dengan syiling emas mak?

Setelah 25 tahun berlalu..mak senyum dan bangga sebab, masa beli dulu, nilai emas tu kurang dari RM1000, sekarang nilainya RM6500 ++
Nilai emas mak meningkat sebanyak 550%. Kalau dibahagi dengan 25 tahun, purata naik setahun 22% Pheww!!!!!

Terbukti, dalam jangka  masa yang panjang, emas akan menguntungkan pembelinya.

Sumber:  kawan saya


Tuesday, May 30, 2017

TIPS PENTING !!!


Jangan jual emas anda tanpa sebab!!!

No!  No !!  No !!!

Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi.

Jadi untuk apakah anda beli emas?

Emas ialah ASET UNGGUL, yang harus dijadikan simpanan jangka panjang..

Jika harga tinggi je nak jual? Apalagi tinggal dalam tangan?

Jual emas hanya untuk 5 perkara ini sahaja, iaitu:

Beli rumah
Beli hartanah
Beli emas dalam bentuk lain
Jadikanmodal bisnes
Keperluan ketika terdesak giler

Jika anda jual emas dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya dengan harga dahulu …

Kecuali anda mahir membaca chart pergerakan harga emas dengan kemahiran analisis,anda bolehlah menjual semasa harga tinggi,dan simpan wang itu … bersabar sat hingga harga turun sedikit, belilah semula… dengan cara ini dapatlah anda gram lebih.

Sebab tu elok beli emas pelbagai saiz kecil-kecik … contoh 1g, 1/4 dinar… 1 dinar , 5 gram…

Kita boleh jual sikit-sikit ...

Kalau beli seketul 50 gram @ 100 gram semuanya … kita terpaksa jual seketul besar ...

Boleh beli,  tak salah... tapi sebaiknya pelbagai saiz simpanan ...

Kita boleh gadai atau jual ikut keperluan kita..


Monday, May 29, 2017

KISAH EMAS LAGI

Kenaikan harga si kuning emas mendekati level tertingginya dalam tiga bulan terakhir. Tingginya daya tarik emas saat ini jadi katalis pendukung di tengah tingginya ketidakpastian global.

Mengutip Bloomberg, Kamis (9/2) pukul 13.24 WIB harga emas kontrak pengiriman April 2017 di Commodity Exchange terangkat 0,24% ke level US$ 1.242,50 per ons troi dibanding hari sebelumnya.

“Emas memang sedang menikmati rally nya dan ini sudah terlihat dari tren positif sejak awal tahun kemarin,” kata Jordan Eliseo, Chief Economist Australian Bullion Co., seperti dikutip dari Bloomberg.

Hal ini menyusul masih tingginya ketegangan politik di Eropa. Terutama dengan kian dekatnya pemilu yang akan berlangsung di Prancis, Jerman dan Belanda.

Belum lagi di AS pasar juga masih menilai kebijakan yang diambil Presiden AS, Donald Trump masih mengkhawatirkan. “Ketidakpastian kembali menggelayuti pasar baik dari sisi ekonomi dan pasar keuangan. Trumphoria akan terus mendukung kenaikan harga dan kembalinya minat pelaku pasar beralih ke aset kepemilikan emas di ETF,” jabar Eliseo.

Dilaporkan kepemilikan emas di ETF naik dalam enam sesi beruntun yang mana ini merupakan kenaikan terpanjang sejak Juni 2016 lalu. Aset kepemilikan emasnaik 5,6 ton menjadi 832,58 ton atau tertinggi sejak Desember 2016 lalu.

Nantinya jika data klaim pengangguran mingguan AS yang diduga membengkak dari 246.000 orang menjadi 249.000 orang maka ada kans USD kian tertekan dan jadi alasan emas untuk jaga kenaikan. Hingga pukul 14.15 WIB indeks USD tercatat menguat 0,10% ke level 100,38 dibanding hari sebelumnya. Hal ini yang juga jadi alasan kenapa kenaikan emas cenderung terbatas.

Sunday, May 28, 2017

PERIHAL EMAS

DALAM BAHASA INDONESIA …

Harga emas menguat dan dekati level tertinggi dalam tiga bulan terakhir pada penutupan perdagangan Selasa (Rabu pagi waktu Jakarta). Pendorong kenaikan ahrga emas adalah ketidakpastian politik di AS dan Eropa.



Mengutip Wall Street Journal, Rabu (8/2/2017), harga emas untuk pengiriman April ditutup naik 0,3 persen ke level US$ 1.236,10 per troy ounce di Divisi Comex New York Mercantile Exchange. Angka penutupan tersebut merupakan angka penutupan tertinggi sejak 10 November.



Harga logam mulia ini telah menguat kurang lebih 7 persen sejak awal tahun. Kenaikan harga emas ini terjadi karena kegelisahan para pedagang akan kepemimpinan Donald Trump di Amerika Serikat (AS).



"Para pelaku pasar sangat kawatir dengan semua dampak kebijakan yang ditempuh oleh Donald Trump, yang adalah Presiden AS yang baru," jelas Analis Logam Mulia Marex Spectron, London, David Govett.



Selain itu, investor juga memantau keadaan di Perancis. Pada Selasa ini seorang angggota dewan eksekutif Bank Sentral Eropa mengatakan bahwa jika Perancis keluar dari Zona Eropa justru akan berdampak buruk kepada negara tersebut.



Pernyataan dari pejabat Bank Sentral Eropa tersebut bukan tanpa sebab. Sebelumnya pemimpin National Front party, Marine Le Pen mengusulkan agar Perancis untuk menarik diri dari Zona Eropa jika memang ia terpilih untuk memimpin negara tersebut.



Di luar ketegangan politik tersebut, harga emas juga terdongkrak karena penurunan imbal hasil surat utang pemerintah berjangka 10 tahun. Pada Selasa, imbal hasil dari surat utang tersebut turun ke 2,389 persen.



Ke depan, para analis dan investor terus akan berkutat pada sentimen politik di AS dan Eropa. Kedua sentimen tersebut akan sangat mempengaruhi pergerakan harga emas. (Gdn/Ndw)


Saturday, May 27, 2017

RAMADAN AL-MUBARAK

MARHABAN YA RAMADAN

Selamat berpuasa kepada seluruh
umat Islam pada bulan Ramadan al-Mubarak
ini.

"SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAH DAN DIBERKATINYA."

Aamiin ...

Friday, May 26, 2017

TIPS EMAS

KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1 GRAM NI?

Mesti anda fikir nak buat apa emas yang kecil-kecil untuk simpanan…Ramai antara kita menganggap yang besar tu baru nampak best kalau simpan…Tidak dinafikan pendapat tu betul…Tapi anda juga perlu tahu kenapa kita juga perlu simpan dengan berat yang kecil seperti gambar di bawah tu...

1. Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih besar…Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas dalam berat yang besar sekali gus…Mesti nak kena kumpul dulu… Jadi..sekarang kita tak perlu tunggu lagi…Simpanan tetap kita setiap bulan tu boleh kita tukarkan dengan emas serta merta...

2. Kebetulan ada Harga Emas Mampu Dimiliki, rugilah kita kalau nak tunggu duit banyak baru nak beli.. Sebab kita mungkin akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram... Senang cerita, cukuplah kita dapatkan dengan berat emas yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli berat yang lebih besar..

3. Kekadang kita mesti juga kesuntukan duit cash, kita terpaksa juga nak kena jual emas kita tu... Cuba anda fikir, jika kita hanya perlu duit RM500 je..takkan kita nak jual emas yang berat 20gram?..Rugilah kan...Inilah masa gunanya emas yang kecil tu...Jadi kita selamat dari menggunakan emas kita yang berat-berat tu … he he he …


4. Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil... Sebab kita tidak perlu modal yang banyak…Lama-lama membukit juga kan....

Wednesday, May 24, 2017

HURUF K PADA MUTU EMAS

EMAS: APA MAKSUD 22K ATAU 24K

K bermaksud Karat. Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion atau dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana-mana berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau di mana pun pokok ini tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh sebab sifat emas lembut dan mudah ditempa, biasanya logam ini dicampurkan dengan logam lain seperti silver (perak) untuk menjadikannya lebih keras dan dapat dibentuk menjadi cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.

Selain emas 24 karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan ialah 22K, 18K dan 14K.

Berikut ialah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya:

24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
23 carat (96.5%)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tuning/cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.

Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata. Emas boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper, dan sebagainya).


Lihat gambar Kacang Carob di bawah. Kacang ini tidak tumbuh di Malaysia.










Tuesday, May 23, 2017

TULEN ATAU PALSU



11 PANDUAN BAGI MENGESAN EMAS TULEN ATAU PALSU
(1) Pakai barang kemas itu sekurang-kurangnya sehari. Jika
terdapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu.
(2) Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yang ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.
(3) Letakkan barang kemas hampir dengan magnet. Emas tulen tidak mempunyai sebarang tarikan magnet. Petua ini sesuai untuk emas besar dan tebal seperti jongkong emas dan lain-lain. Jika kita rasa barang kemas seperti melekat pada magnet, emas itu palsu.
(4) Jika barang kemas kita berupa rantai atau gelang, boleh diputar dengan lembut dan perlahan. Cuba pulas barang kemas itu. Anda akan rasa barang kemas itu seakan-akan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak, nanti putus. Cuma rasakan sahaja keras atau lembut. (Cara ini tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah).
(5) Cuba tengok pada cangkuk atau penyambung emas. Kualiti emas ditanda seperti 999, 916, dan sebagainya. Ada juga bentuk seperti gambar rajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas. Kebiasaannya emas jenis ini dijual oleh peniaga Cina.
(6) Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas dan dapatkan baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan). Ingat! Emas tiada bau.
(7) Jika ditandai seperti GP (Gold Plated - saduran emas) atau ZGP (Zulian), itu ialah emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan emas palsu.
(8) Kalau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. Hanya 2 (dua) logam yang menghasilkan torehan kuning, iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.
(9) Jika jongkong, ditulis berat padanya. Sila timbang beratnya sekali lagi. Mesti tepat bacaannya. Biasanya jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen, namun menggunakan logam lain. Emas ialah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
(10) Pernah tengok filem koboi? Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. Mungkin tindakan itu sedikit fiksyen, namun cara itu betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila digigit ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti anda menggigit batang paip. Yang penting, pastikan anda ada gigi dan cukup kuat ...
(11) Pernah beli syiling emas Power Gold atau Public Gold? Pada setiap belian syiling syarikat-syarikat itudisertakan sekali dengan "certificate" ibarat sijil lahir. Pada sijil tersebut ada tandatangan pengesah ketulenan oleh "assayer".

Monday, May 22, 2017

KEANEHAN DUNIA PERNIAGAAN

Hari ini kita dapat lihat keanehan dalam dunia perniagaan.

Harga emas turun sebanyak RM1.78 berbanding RM175.16 pada 19 Mei 2017.

Harga emas hari ini ialah RM173.38/gram.

Harus diingat bahawa harga itu lebih rendah daripada harga penutup untuk tempoh sebulan dan 6 bulan terakhir, iaitu RM173.95/gram.

Meskipun harga penutup itu lebih rendah daripada harga per gram pada 19 Mei 2017, harga kilang emas 24K masih tetap RM191/gram dan harga runcitnya tetap RM220/gram. Anda hanya dapat beli emas 24K seberat 0.5236 gram dengan wang RM100.

Biar apa-apa pun yang berlaku, Si Peniaga emas tetap dapat untung ...

TAK NAK RUGI ? MILIKILAH EMAS ...



Thursday, May 18, 2017

PROSES PEMBUATAN SYILING EMAS


Melting / Peleburan

Melting / melebur ialah proses permulaan dalam pembuatan syiling emas. Proses dimulai dengan mencairkan bahan mentah iaitu emas mentah yang berketulenan 999.9. Proses ini menjadikan syiling emas itu syiling yang mengikuti piawai antarabangsa dalam penempaan syiling emas "pruf".

Bahan mentah tersebut akan dicairkan pada suhu 1200°c sehingga logam tersebut mencapai takat lebur yang dikehendaki dan akan dicampurkan dengan sedikit bahan asas iaitu BOREX sebagai pengalir kepada logam tersebut.

Kemudian logam emas yang dilebur tadi akan dituang ke dalam blok tuang "cust iron block" bagi membentuk logam itu kepada bentuk logam kepingan "metal sheet" bagi memudahkn proses seterusnya dijalankan.

Roller Impact

Ini ialah proses menggelek kepingan logam "metal sheet" yang telah dileburkan tadi bagi mendapatkan spesifikasi yang dikehendaki seperti ketebalan , kelebaran , kepanjangan dengan menggunakan mesin "Roller Mill".

Melalui proses ini terdapatlah ketepatan berat (dalam unit gram) setiap syiling emas yang akan ditempa.

Cutting Sheet / Memotong

Seterusnya kepingan logam tadi akan dipotong dengan menggunakan "Punch Cutter Machine" bersama "Cutter Dies" dengan saiz yang dikehendaki.

Hal ini dilakukan bagi mendapatkan diameter setiap syiling emas yang akan ditempa.

Cucian @Thumbler Machine

Selepas itu, setiap "blank coins" yang telah dipotong tadi akan dimasukkan ke dalam "Thumbler Machine" bersama "stainless steel bearing" bagi melalui proses cucian syiling daripada sebarang kotoran minyak dan juga bahan-bahan kimia lain.

Proses cucian ini merupakan salah satu proses yang amat penting dalam pembuatan syiling emas  untuk menjamin kualiti penempaan syiling emas pruf bertaraf antarabangsa.
Setiap perincian akan diambil kira dalam proses ini.  Jika terdapat sebarang kekotoran, syiling ini akan di- "reject" dan akan melalui proses "Melting" semula (proses permulaan).

Coins Stamping / Penempaan Syiling.

Ini ialah proses terakhir. Syiling yang telah dicuci tadi akan melalui proses penempaan.  "Master Dies" yang diukir dengan rekaan ekslusif syiling emas akan menentukan pengeluaran syiling emas yang berkualiti.

"Blank Coins" yang dipotong tadi akan diberi tekanan tertentu dengan menggunakan "Hydraulic Stamping Machine" ke atas "Master Dies" tersebut sehingga 'keterbalikan corak' akan tertera pada setiap keping syiling emas.


Dengan itu proses penempaan syiling emas siap dengan jaminan mutu yang menepati kualiti piawai penempaan syiling pruf antarabangsa  premium, dan eksklusif dari LADANG EMAS.



Wednesday, May 17, 2017

SEJARAH GOLDSMITH


Pada zaman dahulu, saat emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang Yahudi bekerja sebagai penyimpan emas atau lebih dikenali dengan istilah “goldsmith” (gold adalah emas, dan smith adalah semit atau Yahudi).
Ini kerana di sebagian besar Eropah, orang-orang Yahudi dilarang memiliki tanah yang membuatkan mereka tidak boleh menjadi petani dan penternak lalu menjadikan kerjaya goldsmith sebagai alternatif pekerjaan yang prospektif.
Walaupun kerjaya ini dipandang rendah, orang-orang kaya yang memiliki banyak emas dan perak lebih menyukai menyimpan hartanya di goldsmith kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Mereka hanya cukup memberi gaji sejumlah emas tertentu atas kerja penyimpanan yang diberikan goldsmith.
Untuk setiap harta yang disimpan, goldsmith mengeluarkan sekeping kertas atau sijil mengandungi keterangan tentang pemilikan emas dan perak sejumlah tertentu kepada pemilik harta. Setiap kali bila pemilik harta ingin mengambil simpanannya, ia hanya menunjukkan sijil tersebut.
Masa berlalu, semakin tinggi kepercayaan masyarakat pada goldsmith, masyarakat mula menerima kaedah sijil tersebut sebagai alat tukar-menukar barang. Pada saat inilah sijil tersebut menjadi wang kertas dan merupakan wang kertas pertama di dunia.
Masa terus berlalu, semakin banyak emas dan perak yang disimpan di gudang penyimpanan, goldsmith melihat bahawa sebagian besar emas dan perak tersebut tersimpan begitu saja di tempatnya. Waktu itu, permintaan terhadap wang kertas terlalu tinggi. Terlintas di fikirannya bagaimana kalau sebagian daripada emas dan perak itu dipinjamkan kepada orang yang memerlukan (peminjam), setelah jangka waktu tertentu apabila peminjam mengembalikan semula akan dikenakan bunga (riba).
Kemudian goldsmith pun mula melaksanakan rancangannya dengan meminjamkan sebagian emas dan perak milik pelanggannya kepada peminjam yang memerlukan. Setelah waktu yang ditentukan, emas dan perak yang dipinjam oleh peminjam dikembalikan, goldsmith mendapat keuntungan melalui bunga. Semakin ramai atau semakin banyak goldsmith memberikan pinjaman, semakin besar keuntungan yang didapati.
Seterusnya goldsmith mendapat rancangan yang lain. Mengapa harus memberikan pinjaman berupa emas dan perak? Bukankah wang kertas yang dikeluarkan telah diterima sebagai alat tukar-menukar dan jual beli? Sejak itu, setiap pinjaman yang diberikan, mereka hanya mengeluarkan wang kertas. Dan setelah jangka waktu tertentu, peminjam mengembalikan pinjamannya berupa emas kepada goldsmith berserta dengan bunganya. Pada saat ini goldsmith telah melihat satu keajaiban yang tidak diduga. Hanya dengan sekeping kertas, dia telah berjaya mendapatkan sebongkah emas.
Waktu itu sebenarnya goldsmith telah melakukan penipuan. Orang menyangka emas dan perak yang dipinjamkan benar-benar milik goldsmith sendiri, padahal sebenarnya itu milik pelanggan yang menyimpan kepadanya. Selain penipuan goldsmith juga melakukan pemerasan (peras ugut) dengan mengenakan bunga atas pinjaman yang dia berikan (inilah prinsip perbankan yang digunapakai hingga ke hari ini).
Belajar dari kejayaan menipu pelanggannya, goldsmith mendapat rancangan lagi. Dengan modal beberapa keping kertas, dia berjaya mendapatkan sejumlah besar emas. Maka goldsmith mengeluarkan wang kertas dengan sebanyak-banyaknya untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Keuntungannya hanya dihadkan oleh keupayaannya mencetak wang kertas. Tiada perniagaan sepanjang sejarah umat manusia yang lebih menguntungkan daripada perniagaan yang dijalankan goldsmith.
Masa terus berlalu, semakin ramai orang yang menjadi peminjam. Mereka rela masuk dan duduk di bangku panjang untuk mendapatkan pinjaman dari goldsmith, waktu itulah “bank” pertama di dunia tercipta. Dalam jangka masa yang pendek, para goldsmith menjadi orang-orang terkaya di dunia.
Para bangsawan dan para raja yang memerlukan dana untuk membiayai tentera, dan gaji pegawainya. Mereka pun tidak dapat mengelakkan diri untuk menjadi mangsa para goldsmith yang kemudian berganti istilah menjadi “banker”. Setiap pinjaman yang bernilai jutaan diberikan kepada individu-individu tersebut, dan begitu juga pulangan keuntungan yang diperolehi banker.
Para banker amat menyukai dengan sifat para raja dan bangsawan yang suka berperang bagi merebut kuasa dan kawasan. Semakin banyak peperangan yang tercetus dan itu bererti semakin banyak pinjaman yang boleh diberikan para banker.
Dalam kebanyakan kes, apabila perdamaian terjadi, para banker telah menjadi dalang politik untuk mencetuskan peperangan.
Mereka membiayai Oliver Cromwell untuk memberontak kepada Raja Charles di Inggeris.
Mereka membiayai William Orange merebut tahta raja Inggeris dari Charles II.
Mereka merancang Revolusi Perancis
Mereka membiayai petualangan Napoleon
Mereka juga merancang, kemudian membiayai pihak-pihak yang terlibat dalam Perang Sivil Amerika, Perang Krim, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Dingin, Vietnam, Teluk, dan perang-perang yang lain.
Setelah tamat peperangan, pemimpin dan juga rakyat negara-negara yang terlibat akan menjadi mangsa para banker atas hutang yang mereka tanggung.
Selain mendapatkan keuntungan hakiki yang tiada tandingan, banker juga mendapatkan keuntungan politik yang besar. Mereka dengan mudah mengangkat seseorang menjadi penguasa, dan mudah juga mereka menjatuhkannya. Semakin besar kekuasaan politik mereka, semakin besar juga keuntungan ekonomi mereka. Politik dan wang, semuanya secara tidak langsung telah dimiliki para banker.
Pada awal abad ke-20 ketika manusia menjumpai minyak bumi, para banker dengan bijaknya telah melihatnya sebagai peluang perniagaan yang besar. Jika manusia boleh dibuat bergantung hidupnya pada minyak, maka keuntungan mereka akan semakin besar, meskipun berbanding keuntungan yang diberikan oleh perniagaan kewangan masih tiada saingan.
Maka mereka membayar Henry Ford (seorang ahli mesin internal combustion yang berbahan bakar minyak) untuk menghasilkan jentera yang menggunakan bahan bakar minyak secara besar-besaran sehingga kos penghasilannya lebih kecil dan boleh dijual dengan harga yang berbaloi. Di sisi lain mereka memujuk Thomas Alva Edison untuk menghentikan impiannya menghasilkan jentera menggunakan kuasa bateri (kerana akan mengancam perniagaan baru mereka) dengan tawaran menjadi pengurus syarikat General Electric. Sedangkan untuk urusan pengeluaran minyaknya, mereka mempercayakan pada Rockefeller.
Perusahaan-perusahaan pengangkutan awam yang menggunakan pengangkutan jenis tenaga elektrik seperti keretapi, mereka beli untuk digantikan dengan pengangkutan seperti bas yang menggunakan minyak. Mereka mengarahkan pasukan atau ahli kongsi gelap (mafia), pemerintah yang telah diberi rasuah, dan juga pengaruh melalui media masa untuk menentang pegusaha-pengusaha yang cuba membantah.
Ketika Stanley Meyer, seorang ilmuwan Amerika menemukan alat pengubah air menjadi bahan bakar hidrogen yang murah, beliau ditangkap, kemudian diadili dan terakhir dibunuh.
Sama dengan apa yang telah terjadi terhadap Ezra Pound, sasterawan besar penentang dominasi banker kapitalis dunia. Setelah tidak memiliki alasan untuk menghukum Ezra kerana pemikirannya, Ezra dimasukkan ke hospital sakit jiwa (sasterawan besar yang beberapa muridnya meraih Nobel Sastera dianggap gila?) sehingga mati.
Hal yang sama juga menimpa Joko, penemu (pengasas) blue energy dari Indonesia. Dianggap membahayakan kepentingan para pengusaha perniagaan minyak, beliau diculik, dan dibunuh.
Dan inilah sedikit gambaran keuntungan perniagaan para banker dalam bidang perusahaan minyak. Ketika itu jumlah minyak dunia sekitar 100 juta barrel sehari. Pembiayaan pengeluaran minyak berjumlah $20 per- barrel. Jika harga minyak dunia $50 per-barrel, maka pengusaha minyak mendapat keuntungan $30 per-barrel. Bererti keuntungan perusahaan minyak global sehari adalah $30 x 100 juta = $30 ribu juta. Dalam setahun keuntungannya adalah $30 ribu juta x 365 = $1.095 trilion.
Sistem perbankan yang ada pada waktu ini ialah sistem yang sama dengan sistem perbankan goldsmith, dengan kualiti dan kuantiti yang jauh lebih besar. Contohnya bank kini tidak perlu lagi mengeluarkan wang kertas atau sijil untuk memberikan pinjaman. Cukup dengan menekan papan kekunci di komputer maka wang sudah diberikan. Kemudian, para peminjam harus membayar dengan darah dan keringat atas azab yang diberikan banker. Jika gagal membayar, harta bendanya disita dan istilah “bankrupt” atau “muflis” diberikan sebagaimana dialami jutawan sub-prime mortgage di Amerika di tahun 2009 lalu.
Para banker dunia ketika ini adalah keturunan para goldsmith zaman dahulu. Sebahagian besar bank di dunia, termasuk di Malaysia, adalah milik para banker dunia itu (Pemilik Saham).
Para banker mula bosan dengan wang kertas yang tersimpan di gudang mereka setelah emas dan perak dunia kering digali lalu disimpan ke dalam “bunker” (sebuah stor besar di bawah tanah) mereka, kecuali sebagian kecil yang dipakai masyarakat sebagai perhiasan. Mereka ingin pembayaran seperti harta benda, tanah, emas dan perak, aset-aset perusahaan dan sebagainya. Maka mereka menghentikan pengeluaran wang kertas dan menarik semula yang telah diedar. Istilah “tight money” digelarnya. Dunia mengalami krisis kewangan yang merebak ke seluruh sektor ekonomi. Perusahaan-perusahaan bankrupt, peminjam-peminjam tidak dapat membayar hutangnya, saham-saham perusahaan jatuh.
Waktu itulah para banker menjalankan rancangannya memborong perusahaan-perusahaan yang bankrupt, saham-saham perusahaan yang jatuh, dan menyita harta benda peminjam yang gagal membuat pembayaran. Dalam waktu yang singkat, telah terjadi pemindahan kekayaan besar-besaran dari masyarakat ke dalam bunker banker. Dan dalam situasi itu, mereka bersembunyi di balik bayangan IMF dan Bank Dunia, datang menawarkan bantuan yang sebenarnya berupa pinjaman berbunga yang berlipat kali ganda untuk membuatkan manusia semakin jatuh dalam cengkaman kekuasaan mereka.
Hal inilah yang terjadi pada fenomena Depresi Besar tahun 1930-an, Krisis Moneter dan Krisis Finansial Global tahun 1997. Bahkan waktu itu Amerika syarikat pun tidak terlepas dari tipu daya segelintir orang-orang tersebut. Amerika Syarikat diambang inflasi. Dengan hutangnya yang mencapai $ 14,3 trilion dollar. Persetujuan Kongres tentang kenaikan hutang menjadi punca yang menyelamatkan Amerika Syarikat dari gagal bayar (default), namun itu tidak mendapat sambutan positif di seluruh pasar bursa saham. Nilai perdagangan di bursa saham, semuanya jatuh, dan merebak ke seluruh dunia.
Malaysia juga tidak terkecuali, masih ingatkah anda pada tahun 1997 negara kita menghadapi inflasi dan krisis ekonomi? Persoalannya, dengan cara apakah Malaysia menangani isu ini? Pada tahun yang sama, wujudnya pertelingkahan dalam negara sehingga tercetusnya reformasi. Apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah mempunyai rahsia di sebalik kejadian itu?
Tahukah anda setiap negara mempunyai satu bank negara? Setiap bank negara harus mempunyai penyimpanan emas untuk digunakan dalam proses perdagangan antara negara luar dan membayar percetakan wang kertas. Pada tahun 1981, negara kita masih mempunyai beratus-ratus tan emas. Sehinggalah pada tahun 2010, emas negara telah berkurangan sehingga tinggal berpuluh-puluh tan sahaja. Apakah yang akan terjadi sekiranya emas di bank negara kita telah habis?
Tahukah anda ekonomi dunia dikawal oleh orang yahudi (goldsmith)? Bila-bila masa nilai mata wang kita boleh dijatuhkannya. Tahukah anda yang negara kita telah berhutang? Berapakah jumlahnya? Dunia sebenarnya tidak pernah aman dari dahulu sehinggalah sekarang. Sedar atau tidak, kita sebenarnya hidup dalam dunia yang sedang berperang, peperangan dari bentuk fizikal ataupun mental (psikologi). Bagaimana hendak menentang anasir-anasir jahat jika ekonomi negara, dan diri sendiri masih belum stabil?
Hanya Allah yang tahu segala-galanya, sedarlah wahai umat Muhammad…
Kita tak boleh lari kerana kita sudah pun berada dalam sistem “mereka”. Namun, apakah persediaan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, anak-anak atau keluarga tercinta?



Tuesday, May 16, 2017

EMAS MERUPAKAN KEKAYAAN SEBENAR MANUSIA


Sejak manusia mengenali emas, mereka menjadikan logam itu sebagai simbol kepada empat (4) perkara; iaitu simbol kekayaan, simbol kekuasaan, simbol kejayaan, dan simbol kecantikan.

Tahukah anda sejarah emas sebagai simbol kekayaan?

Sistem perdagangan yang dijalankan bermula pada Zaman Neolitik ialah sistem barter (tukar barang). Sistem ini sangat sulit dan menyusahkan kerana orang ramai terpaksa membawa haiwan atau barang-barang untuk ditukarkan dengan benda-benda lain yang dikehendaki.

Empayar Lydia (kini Turki) telah memudahkan urusan berkaitan perdagangan itu. Raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang dipanggil The Lydian Lion (lihat gambar). Baginda menempa syiling emas yang beratnya 4.71 gram dan berukuran 13 x 10 x 4 mm. Inilah syiling emas pertama di dunia. Ternyata bahawa kewujudan syiling emas itu memudahkan urusan perdagangan dan menjadi mata wang utama pada masa itu.

Untuk pengetahuan anda, The Lydian Lion wujud sejak 2600 tahun yang lalu. Keadaan ini membuktikan bahawa emas telah diiktiraf sebagai simbol kekayaan pada masa itu.


Emas sebagai simbol kekayaan kekal hingga ke hari ini. Jika anda memiliki jumlah emas yang banyak pada masa sekarang, sudah pasti anda dipanggil ORANG KAYA !!!




Monday, May 15, 2017

MASIH TAK TERINGIN BELI EMAS ?



Pada 9 Mei 2017, harga Spot Gold yang dikeluarkan oleh goldprice.orgialah RM171.13/gram.
Namun demikian, harganya pada hari ini naik sebanyak
RM0.38 menjadi RM171.51/gram.
Naik turun harga emas adalah perkara biasa. Anda tak perlu risau kerana harga kilang bagi emas 999.9 masih berlegar di sekitar RM185 hingga RM187/gram.
Anda pasti buat untung apabila harga runcit yang diletakkan oleh Persatuan Penjual Emas Malaysia pada paras RM220/gram untuk emas 999.
==================================
RM220 - RM186 = untung RM34.00/Gram
==================================
Keuntungan itu akan berada di tangan anda sama ada
anda menyimpannya atau menjualnya.
Tak ada benda lain dalam dunia yang kita dapat untung kalau tak jual. Aneh bukan ? Taklah seaneh mana pun hakikatnya !!!
Keuntungan itu akan berganda-ganda dari sehari ke sehari sekiranya anda menambah jumlah berat emas di tangan anda.
Tidaklah terlalu susah untuk memperolehnya kerana anda
boleh simpan emas serendah RM100.00 sahaja sekarang ini.
TAK ADA RASA NAK SIMPAN EMAS KE ?



Sunday, May 14, 2017

CERITERA WANG KERTAS VS EMAS


Kita perlu menerima hakikat bahawa dinar emas dan dirham perak yang pertama ditempah orang Islam Eropah di Granada, selatan Sepanyol 300 tahun lalu.

Mereka ialah bangsa Eropah yang memeluk Islam dan memilih untuk hidup serta berpegang kepada ajaran Islam sepenuhnya. Mereka mencari mata wang Islam, pasar Islam, saudara Islam dan bertanyakan amalan perdagangan mengikut Islam.

Ketika umat Islam mencari kesahihan amalan Islam, mereka memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai asas urus niaga dalam kalangan mereka dan daripada situlah bermula usaha mengembalikan sejarah penggunaan dinar emas dan dirham perak.

Dinar emas dan dirham perak tidak terikat dengan mana-mana negara. Bahan yang  diperbuat daripada emas dan perak itu tidak boleh susut nilai beratnya atau ditokok beratnya dengan dikenakan faedah. Tidak seperti wang kertas yang sentiasa terikat dengan faedah atau riba.

Profesor Roy Jastram dari Universiti Berkeley, Amerika Syarikat (AS) dalam bukunya The Golden Constant, menjelaskan bahawa hasil kajian mengenai perubahan harga emas terhadap beberapa komoditi utama selama empat tahun sehingga 1976, mendapati harga emas tidak banyak berubah, malah boleh dikatakan tetap.

Dinar emas diukur mengikut timbangan 4.25 gram emas. Ukuran timbangan ini tetap walau apa yang berlaku sama ada krisis ekonomi, gempa bumi dan bangunan runtuh, timbangan berat dinar emas tetap tidak berubah.

Bagaimana pula dengan sistem mata wang dunia sekarang? Sistem mata wang dunia kini tidak ada ikatan dengan emas, tidak disandarkan kepada suatu persetujuan politik atau sebarang perbahasan yang mantap.

Sistem mata wang hari ini terhasil daripada peristiwa pada akhir tahun 60-an apabila perjanjian Bretton Woods dibatalkan kerana AS mengalami muflis. AS telah mencetak terlalu banyak dolar dan mengeksport wang kertas mereka ke luar negara.

Pada 1968, Presiden Charles De Gaulle memberitahu Menteri Kewangannya bahawa Perancis tidak boleh lagi menerima inflasi yang dieksport dari AS, membenarkan dolar AS membanjiri Paris dan beberapa negara Eropah lain.
Pemimpin Perancis itu mengarahkan supaya semua dolar yang ada dalam negara itu dipulangkan balik kepada AS dan menukarkannya dengan emas. Kacau-bilau berlaku apabila ramai berebut-rebut mendapatkan emas dengan menukarkan wang kertas dolar AS.

Apabila hal ini berlaku, ramai yang mempersoalkan kewajaran berpegang kepada wang kertas tanpa sandaran itu. Suasana panik  mendorong ramai orang berebut mendapatkan emas.. Dalam masa dua bulan, 60 peratus daripada emas dalam simpanan di Fort Knox AS lesap.

Seperti biasa AS mengambil jalan melanggar undang-undang kontrak iaitu menghukum mereka yang menukar dolar AS kepada emas. Mereka didakwa melanggar hak asasi manusia untuk memiliki emas atau komoditi yang berharga.

Selepas itu, bank pusat di seluruh dunia dilarang menukar dolar AS dengan emas. Seperti yang kita ketahui, pada 1969 De Gaulle dilucutkan jawatan dan diganti oleh Georges Pompidou dan dengan kerjasama Willi Brandt telah membentuk dasar pertama ke arah mewujudkan mata wang bagi Eropah iaitu euro.

Apa yang dilakukan oleh De Gaulle membawa kepada terhapusnya ikatan wang kertas dolar AS kepada emas pada 1971.

Selepas itu, dunia memasuki era mata wang apungan. Situasi ini membuka ruang ekploitasi  negara besar dengan ekonomi yang besar terhadap negara kecil. Mereka mencetak kertas tanpa sandaran emas ditukar dengan kekayaan sebenar seperti minyak, rempah, kayu jati, gas dan sebagainya.

Tetapi jika kita ke negara mereka, ringgit kita dikatakan hanya sekeping kertas dan seringgit kita tidak boleh membeli setin Coca Cola di New York.

De Gaulle menyatakan bahawa keistimewaan dolar dan AS dalam mencetak wang kertas adalah sesuatu yang melampau. Robert Mundell, seorang pemenang Anugerah Nobel menyuarakan keperluan diwujudkan mata wang komoditi.

Profesor Deutche dari Jerman juga menyatakan bahawa ekonomi dunia kini memerlukan mata wang komoditi untuk mewujudkan suatu sistem ekonomi yang stabil dan mangsa terbaru yang kita tahu ialah Argentina.


Negara itu yang kaya dengan bahan mentah, tetapi telah mengikuti telunjuk Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan mengikat wangnya dengan dolar AS. Perhatikan bahawa ikatan kepada dolar AS pun tidak selamat walaupun dinasihati IMF.



Saturday, May 13, 2017

EMAS DAN SEJARAH


Sebenarnya, wang bersandarkan ukuran atau simpanan emas (gold standard) pernah dipakai oleh dunia sehingga tahun 1971 berdasarkan Perjanjian Bretton Woods 1944. Presiden Nixon telah memansuhkan sandaran wang dolar AS kepada emas kerana ekonomi AS yang teruk akibat defisit dan kos Perang Vietnam. Selepas itu, semua negara telah memakai sistem kewangan terapung (floating exchange). Menurut sistem ini,  setiap negara boleh mencetak wang, membuat kredit atau hutang negara, serta membuat dasar kewangannya sendiri tetapi nilainya ditentukan oleh pasaran bebas.

Semua ini berdasarkan penerimaan dunia kepada beberapa jenis alat (instruments) kertas yang berupa wang tambahan (derivatif) yang mungkin wujud atas akaun komputer atau akaun bank sahaja atau akaun saham sahaja. Kesemua itu bukan wang sebenar seperti wang emas dan perak.

Kita menyaksikan dunia Barat mengalami beberapa krisis dan keruntuhan ekonomi yang merudum iaitu The Great Depression 1929, The Black October 1987 dan Krisis Asia 1997/98. Dalam semua krisis ini, pihak yang untung adalah bank-bank mega antarabangsa dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberi bantuan pakej kredit dan hutang kepada negara-negara mangsa dengan syarat ekonomi mereka dibuka kepada kapitalis antarabangsa dan sistem kewangan negara-negara mangsa boleh ditembusi oleh modal kapitalis antarabangsa.

Kewujudan situasi sedemikian boleh dianggap sebagai penjajahan bentuk baru. Lebih teruk lagi, para pemodal mempunyai agenda menggulingkan pemimpin-pemimpin yang mereka tidak sukai dengan tohmahan ekonomi negara-negara mangsa disalah-urus.

Dalam sejarah Islam, sejak zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a., wang dinar emas dan dirham perak telah ditetapkan berat dan ketulenannya serta menjadi wang antarabangsa umat Islam seluruh dunia dan diterima oleh negara-negara bukan Islam dalam perdagangan antarabangsa sehingga wang kertas dicipta dan dipaksa pakai oleh penjajah Barat.

Inilah rahsianya kuasa Barat yang didalangi oleh pemodal mega Yahudi melalui bank-bank antarabangsa yang menguasai ekonomi dunia pada masa kini. Mereka berjaya menetapkan agendanya sehingga runtuh empayar Soviet Union, mengikat Iran dan menghancurkan ekonomi Iraq serta Libya dan Kuwait. Akan sampaikah giliran Indonesia dan Malaysia? Adakah semua itu satu kebetulan?

Kerajaan Islam pimpinan Dr. Erbakan di Turki jatuh apabila mahu menjadikan wang emas sebagai agenda pembaharuan Turki.

Kini tinggal negara Sudan dalam peringkat awal memperkenalkan sistem kewangan berdasarkan simpanan emas.


Hari ini di Sudan, para peniaga dan bank mereka tidak mahu menerima kad kredit Visa atau American Express ataupun dolar AS. Ini satu kemenangan moral dan permulaan yang mengkagumkan.