Wednesday, May 17, 2017

SEJARAH GOLDSMITH


Pada zaman dahulu, saat emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang Yahudi bekerja sebagai penyimpan emas atau lebih dikenali dengan istilah “goldsmith” (gold adalah emas, dan smith adalah semit atau Yahudi).
Ini kerana di sebagian besar Eropah, orang-orang Yahudi dilarang memiliki tanah yang membuatkan mereka tidak boleh menjadi petani dan penternak lalu menjadikan kerjaya goldsmith sebagai alternatif pekerjaan yang prospektif.
Walaupun kerjaya ini dipandang rendah, orang-orang kaya yang memiliki banyak emas dan perak lebih menyukai menyimpan hartanya di goldsmith kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Mereka hanya cukup memberi gaji sejumlah emas tertentu atas kerja penyimpanan yang diberikan goldsmith.
Untuk setiap harta yang disimpan, goldsmith mengeluarkan sekeping kertas atau sijil mengandungi keterangan tentang pemilikan emas dan perak sejumlah tertentu kepada pemilik harta. Setiap kali bila pemilik harta ingin mengambil simpanannya, ia hanya menunjukkan sijil tersebut.
Masa berlalu, semakin tinggi kepercayaan masyarakat pada goldsmith, masyarakat mula menerima kaedah sijil tersebut sebagai alat tukar-menukar barang. Pada saat inilah sijil tersebut menjadi wang kertas dan merupakan wang kertas pertama di dunia.
Masa terus berlalu, semakin banyak emas dan perak yang disimpan di gudang penyimpanan, goldsmith melihat bahawa sebagian besar emas dan perak tersebut tersimpan begitu saja di tempatnya. Waktu itu, permintaan terhadap wang kertas terlalu tinggi. Terlintas di fikirannya bagaimana kalau sebagian daripada emas dan perak itu dipinjamkan kepada orang yang memerlukan (peminjam), setelah jangka waktu tertentu apabila peminjam mengembalikan semula akan dikenakan bunga (riba).
Kemudian goldsmith pun mula melaksanakan rancangannya dengan meminjamkan sebagian emas dan perak milik pelanggannya kepada peminjam yang memerlukan. Setelah waktu yang ditentukan, emas dan perak yang dipinjam oleh peminjam dikembalikan, goldsmith mendapat keuntungan melalui bunga. Semakin ramai atau semakin banyak goldsmith memberikan pinjaman, semakin besar keuntungan yang didapati.
Seterusnya goldsmith mendapat rancangan yang lain. Mengapa harus memberikan pinjaman berupa emas dan perak? Bukankah wang kertas yang dikeluarkan telah diterima sebagai alat tukar-menukar dan jual beli? Sejak itu, setiap pinjaman yang diberikan, mereka hanya mengeluarkan wang kertas. Dan setelah jangka waktu tertentu, peminjam mengembalikan pinjamannya berupa emas kepada goldsmith berserta dengan bunganya. Pada saat ini goldsmith telah melihat satu keajaiban yang tidak diduga. Hanya dengan sekeping kertas, dia telah berjaya mendapatkan sebongkah emas.
Waktu itu sebenarnya goldsmith telah melakukan penipuan. Orang menyangka emas dan perak yang dipinjamkan benar-benar milik goldsmith sendiri, padahal sebenarnya itu milik pelanggan yang menyimpan kepadanya. Selain penipuan goldsmith juga melakukan pemerasan (peras ugut) dengan mengenakan bunga atas pinjaman yang dia berikan (inilah prinsip perbankan yang digunapakai hingga ke hari ini).
Belajar dari kejayaan menipu pelanggannya, goldsmith mendapat rancangan lagi. Dengan modal beberapa keping kertas, dia berjaya mendapatkan sejumlah besar emas. Maka goldsmith mengeluarkan wang kertas dengan sebanyak-banyaknya untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Keuntungannya hanya dihadkan oleh keupayaannya mencetak wang kertas. Tiada perniagaan sepanjang sejarah umat manusia yang lebih menguntungkan daripada perniagaan yang dijalankan goldsmith.
Masa terus berlalu, semakin ramai orang yang menjadi peminjam. Mereka rela masuk dan duduk di bangku panjang untuk mendapatkan pinjaman dari goldsmith, waktu itulah “bank” pertama di dunia tercipta. Dalam jangka masa yang pendek, para goldsmith menjadi orang-orang terkaya di dunia.
Para bangsawan dan para raja yang memerlukan dana untuk membiayai tentera, dan gaji pegawainya. Mereka pun tidak dapat mengelakkan diri untuk menjadi mangsa para goldsmith yang kemudian berganti istilah menjadi “banker”. Setiap pinjaman yang bernilai jutaan diberikan kepada individu-individu tersebut, dan begitu juga pulangan keuntungan yang diperolehi banker.
Para banker amat menyukai dengan sifat para raja dan bangsawan yang suka berperang bagi merebut kuasa dan kawasan. Semakin banyak peperangan yang tercetus dan itu bererti semakin banyak pinjaman yang boleh diberikan para banker.
Dalam kebanyakan kes, apabila perdamaian terjadi, para banker telah menjadi dalang politik untuk mencetuskan peperangan.
Mereka membiayai Oliver Cromwell untuk memberontak kepada Raja Charles di Inggeris.
Mereka membiayai William Orange merebut tahta raja Inggeris dari Charles II.
Mereka merancang Revolusi Perancis
Mereka membiayai petualangan Napoleon
Mereka juga merancang, kemudian membiayai pihak-pihak yang terlibat dalam Perang Sivil Amerika, Perang Krim, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Dingin, Vietnam, Teluk, dan perang-perang yang lain.
Setelah tamat peperangan, pemimpin dan juga rakyat negara-negara yang terlibat akan menjadi mangsa para banker atas hutang yang mereka tanggung.
Selain mendapatkan keuntungan hakiki yang tiada tandingan, banker juga mendapatkan keuntungan politik yang besar. Mereka dengan mudah mengangkat seseorang menjadi penguasa, dan mudah juga mereka menjatuhkannya. Semakin besar kekuasaan politik mereka, semakin besar juga keuntungan ekonomi mereka. Politik dan wang, semuanya secara tidak langsung telah dimiliki para banker.
Pada awal abad ke-20 ketika manusia menjumpai minyak bumi, para banker dengan bijaknya telah melihatnya sebagai peluang perniagaan yang besar. Jika manusia boleh dibuat bergantung hidupnya pada minyak, maka keuntungan mereka akan semakin besar, meskipun berbanding keuntungan yang diberikan oleh perniagaan kewangan masih tiada saingan.
Maka mereka membayar Henry Ford (seorang ahli mesin internal combustion yang berbahan bakar minyak) untuk menghasilkan jentera yang menggunakan bahan bakar minyak secara besar-besaran sehingga kos penghasilannya lebih kecil dan boleh dijual dengan harga yang berbaloi. Di sisi lain mereka memujuk Thomas Alva Edison untuk menghentikan impiannya menghasilkan jentera menggunakan kuasa bateri (kerana akan mengancam perniagaan baru mereka) dengan tawaran menjadi pengurus syarikat General Electric. Sedangkan untuk urusan pengeluaran minyaknya, mereka mempercayakan pada Rockefeller.
Perusahaan-perusahaan pengangkutan awam yang menggunakan pengangkutan jenis tenaga elektrik seperti keretapi, mereka beli untuk digantikan dengan pengangkutan seperti bas yang menggunakan minyak. Mereka mengarahkan pasukan atau ahli kongsi gelap (mafia), pemerintah yang telah diberi rasuah, dan juga pengaruh melalui media masa untuk menentang pegusaha-pengusaha yang cuba membantah.
Ketika Stanley Meyer, seorang ilmuwan Amerika menemukan alat pengubah air menjadi bahan bakar hidrogen yang murah, beliau ditangkap, kemudian diadili dan terakhir dibunuh.
Sama dengan apa yang telah terjadi terhadap Ezra Pound, sasterawan besar penentang dominasi banker kapitalis dunia. Setelah tidak memiliki alasan untuk menghukum Ezra kerana pemikirannya, Ezra dimasukkan ke hospital sakit jiwa (sasterawan besar yang beberapa muridnya meraih Nobel Sastera dianggap gila?) sehingga mati.
Hal yang sama juga menimpa Joko, penemu (pengasas) blue energy dari Indonesia. Dianggap membahayakan kepentingan para pengusaha perniagaan minyak, beliau diculik, dan dibunuh.
Dan inilah sedikit gambaran keuntungan perniagaan para banker dalam bidang perusahaan minyak. Ketika itu jumlah minyak dunia sekitar 100 juta barrel sehari. Pembiayaan pengeluaran minyak berjumlah $20 per- barrel. Jika harga minyak dunia $50 per-barrel, maka pengusaha minyak mendapat keuntungan $30 per-barrel. Bererti keuntungan perusahaan minyak global sehari adalah $30 x 100 juta = $30 ribu juta. Dalam setahun keuntungannya adalah $30 ribu juta x 365 = $1.095 trilion.
Sistem perbankan yang ada pada waktu ini ialah sistem yang sama dengan sistem perbankan goldsmith, dengan kualiti dan kuantiti yang jauh lebih besar. Contohnya bank kini tidak perlu lagi mengeluarkan wang kertas atau sijil untuk memberikan pinjaman. Cukup dengan menekan papan kekunci di komputer maka wang sudah diberikan. Kemudian, para peminjam harus membayar dengan darah dan keringat atas azab yang diberikan banker. Jika gagal membayar, harta bendanya disita dan istilah “bankrupt” atau “muflis” diberikan sebagaimana dialami jutawan sub-prime mortgage di Amerika di tahun 2009 lalu.
Para banker dunia ketika ini adalah keturunan para goldsmith zaman dahulu. Sebahagian besar bank di dunia, termasuk di Malaysia, adalah milik para banker dunia itu (Pemilik Saham).
Para banker mula bosan dengan wang kertas yang tersimpan di gudang mereka setelah emas dan perak dunia kering digali lalu disimpan ke dalam “bunker” (sebuah stor besar di bawah tanah) mereka, kecuali sebagian kecil yang dipakai masyarakat sebagai perhiasan. Mereka ingin pembayaran seperti harta benda, tanah, emas dan perak, aset-aset perusahaan dan sebagainya. Maka mereka menghentikan pengeluaran wang kertas dan menarik semula yang telah diedar. Istilah “tight money” digelarnya. Dunia mengalami krisis kewangan yang merebak ke seluruh sektor ekonomi. Perusahaan-perusahaan bankrupt, peminjam-peminjam tidak dapat membayar hutangnya, saham-saham perusahaan jatuh.
Waktu itulah para banker menjalankan rancangannya memborong perusahaan-perusahaan yang bankrupt, saham-saham perusahaan yang jatuh, dan menyita harta benda peminjam yang gagal membuat pembayaran. Dalam waktu yang singkat, telah terjadi pemindahan kekayaan besar-besaran dari masyarakat ke dalam bunker banker. Dan dalam situasi itu, mereka bersembunyi di balik bayangan IMF dan Bank Dunia, datang menawarkan bantuan yang sebenarnya berupa pinjaman berbunga yang berlipat kali ganda untuk membuatkan manusia semakin jatuh dalam cengkaman kekuasaan mereka.
Hal inilah yang terjadi pada fenomena Depresi Besar tahun 1930-an, Krisis Moneter dan Krisis Finansial Global tahun 1997. Bahkan waktu itu Amerika syarikat pun tidak terlepas dari tipu daya segelintir orang-orang tersebut. Amerika Syarikat diambang inflasi. Dengan hutangnya yang mencapai $ 14,3 trilion dollar. Persetujuan Kongres tentang kenaikan hutang menjadi punca yang menyelamatkan Amerika Syarikat dari gagal bayar (default), namun itu tidak mendapat sambutan positif di seluruh pasar bursa saham. Nilai perdagangan di bursa saham, semuanya jatuh, dan merebak ke seluruh dunia.
Malaysia juga tidak terkecuali, masih ingatkah anda pada tahun 1997 negara kita menghadapi inflasi dan krisis ekonomi? Persoalannya, dengan cara apakah Malaysia menangani isu ini? Pada tahun yang sama, wujudnya pertelingkahan dalam negara sehingga tercetusnya reformasi. Apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah mempunyai rahsia di sebalik kejadian itu?
Tahukah anda setiap negara mempunyai satu bank negara? Setiap bank negara harus mempunyai penyimpanan emas untuk digunakan dalam proses perdagangan antara negara luar dan membayar percetakan wang kertas. Pada tahun 1981, negara kita masih mempunyai beratus-ratus tan emas. Sehinggalah pada tahun 2010, emas negara telah berkurangan sehingga tinggal berpuluh-puluh tan sahaja. Apakah yang akan terjadi sekiranya emas di bank negara kita telah habis?
Tahukah anda ekonomi dunia dikawal oleh orang yahudi (goldsmith)? Bila-bila masa nilai mata wang kita boleh dijatuhkannya. Tahukah anda yang negara kita telah berhutang? Berapakah jumlahnya? Dunia sebenarnya tidak pernah aman dari dahulu sehinggalah sekarang. Sedar atau tidak, kita sebenarnya hidup dalam dunia yang sedang berperang, peperangan dari bentuk fizikal ataupun mental (psikologi). Bagaimana hendak menentang anasir-anasir jahat jika ekonomi negara, dan diri sendiri masih belum stabil?
Hanya Allah yang tahu segala-galanya, sedarlah wahai umat Muhammad…
Kita tak boleh lari kerana kita sudah pun berada dalam sistem “mereka”. Namun, apakah persediaan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, anak-anak atau keluarga tercinta?



No comments:

Post a Comment