Kisah Benar: Ilmu emas dari Mekah.
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bagaimana
pembelian emas menguntungkan dalam jangka masa panjang.
Ini adalah kisah 25 tahun lepas.
Pada tahun 1990, mak dan abah saya berangkat ke Mekah
untuk menunaikan haji.
Selepas selesai menunaikan ibadah haji, mereka pergi
shopping di sekitar kota Mekah. Waktu tu abah ada budget RM1000 seorang untuk
shopping.
Apa yang mereka beli dengan RM1000 tu?
Abah saya peminat jam. Dengan RM1000, Abah beli seutas
jam Rado.
Mak saya tak mahu beli jam. Dia lebih berminat dengan
emas.
Jadi mak saya buat keputusan untuk menggunakan RM1000
duit shopping
tersebut untuk membeli emas. Lalu mak saya pun carilah
kedai emas kat
kota Mekah.
Sampai ajer kat kedai emas, emak saya terus tanya tokey kedai
emas tu.
“Kalau RM1000, boleh beli emas apa?” tanya mak saya.
“Tokey kedai tu cakap, Hajjah boleh beli syiling emas
ini” kata beliau sambil
menunjukkan sekeping syiling dinar emas 10 dinar (42.5
gram).
“Berapa harganya?” Tanya mak saya
“Dalam RM900++ sahaja, tak sampai seribu ringgit.”
Jadi, mak saya pun beli syiling dinar emas tersebut
sebagai ole-ole dari Mekah.
Dinar emas tu mak bawa balik ke Malaysia dan buat buah
rantai.
25 tahun berlalu……. apa yang terjadi sekarang?
Selepas 25 tahun, jam Rado dah rosak. Enjin jam dah
rosak, tali pun dah rosak, cermin retak sikit.
Dari segi nilai, saya pun tak tahu.. sebab jam nie rosak.
Jam ini abah saya berikan kat saya sebagai hadiah. Tapi
sebab dah rosak, maka saya simpan ajer
dalam kotak.
Bagaimana dengan syiling emas mak?
Setelah 25 tahun berlalu..mak senyum dan bangga sebab,
masa beli dulu, nilai emas tu kurang dari RM1000, sekarang nilainya RM6500 ++
Nilai emas mak meningkat sebanyak 550%. Kalau dibahagi
dengan 25 tahun, purata naik setahun 22% Pheww!!!!!
Terbukti, dalam jangka
masa yang panjang, emas akan menguntungkan pembelinya.
Sumber: kawan saya
No comments:
Post a Comment