EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, May 23, 2017

TULEN ATAU PALSU



11 PANDUAN BAGI MENGESAN EMAS TULEN ATAU PALSU
(1) Pakai barang kemas itu sekurang-kurangnya sehari. Jika
terdapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu.
(2) Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yang ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.
(3) Letakkan barang kemas hampir dengan magnet. Emas tulen tidak mempunyai sebarang tarikan magnet. Petua ini sesuai untuk emas besar dan tebal seperti jongkong emas dan lain-lain. Jika kita rasa barang kemas seperti melekat pada magnet, emas itu palsu.
(4) Jika barang kemas kita berupa rantai atau gelang, boleh diputar dengan lembut dan perlahan. Cuba pulas barang kemas itu. Anda akan rasa barang kemas itu seakan-akan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak, nanti putus. Cuma rasakan sahaja keras atau lembut. (Cara ini tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah).
(5) Cuba tengok pada cangkuk atau penyambung emas. Kualiti emas ditanda seperti 999, 916, dan sebagainya. Ada juga bentuk seperti gambar rajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas. Kebiasaannya emas jenis ini dijual oleh peniaga Cina.
(6) Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas dan dapatkan baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan). Ingat! Emas tiada bau.
(7) Jika ditandai seperti GP (Gold Plated - saduran emas) atau ZGP (Zulian), itu ialah emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan emas palsu.
(8) Kalau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. Hanya 2 (dua) logam yang menghasilkan torehan kuning, iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.
(9) Jika jongkong, ditulis berat padanya. Sila timbang beratnya sekali lagi. Mesti tepat bacaannya. Biasanya jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen, namun menggunakan logam lain. Emas ialah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
(10) Pernah tengok filem koboi? Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. Mungkin tindakan itu sedikit fiksyen, namun cara itu betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila digigit ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti anda menggigit batang paip. Yang penting, pastikan anda ada gigi dan cukup kuat ...
(11) Pernah beli syiling emas Power Gold atau Public Gold? Pada setiap belian syiling syarikat-syarikat itudisertakan sekali dengan "certificate" ibarat sijil lahir. Pada sijil tersebut ada tandatangan pengesah ketulenan oleh "assayer".

No comments:

Post a Comment