EMAS:
APA MAKSUD 22K ATAU 24K
K bermaksud Karat. Perkataan
karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion atau dari perkataan Itali
carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan
gram, oz atau mana-mana berat standard digunakan, orang-orang tua kita
menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau di
mana pun pokok ini tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1
karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).
Jika mengikut pengiraan
standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas
99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh sebab sifat emas lembut
dan mudah ditempa, biasanya logam ini dicampurkan dengan logam lain seperti
silver (perak) untuk menjadikannya lebih keras dan dapat dibentuk menjadi
cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.
Selain emas 24 karat,
kualiti emas lain yang biasa digunakan ialah 22K, 18K dan 14K.
Berikut ialah jadual kualiti
emas mengikut ketulenannya:
24 carat (99.9% ketulenan
atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
23 carat (96.5%)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas) emas
yang mempunyai batu. (cincin tuning/cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas
campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa,
biasanya dijadikan cincin lelaki.
Setiap kualiti emas
mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas campur
nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk
kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan
bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Tahukah anda, warna emas
bukannya kuning semata-mata. Emas boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning,
hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper,
dan sebagainya).
No comments:
Post a Comment