Thursday, March 30, 2017

TEKNIK PELABURAN EMAS

CARA PELABURAN EMAS TERBAIK RAHSIA DAPAT UNTUNG BARANG MURAH

TEKNIK PELABURAN EMAS

Emas adalah barang paling berharga sejak turun-temurun dan diakui seluruh dunia sehinggakan emas adalah barang yang paling mudah untuk dicagarkan atau digadaikan dibank.

Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan cara memanipulasikan emas. Sebenarnya kita mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi menjadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas di bank dunia. Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil “Fiat Money”. Wang itu hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka di atasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya, wang kertas itu tidak bernilai seperti wang kertas Dinar Iraq satu ketika dahulu. Walaupun pada kertas wang Iraq bernama DINAR tapi tidak bernilai tanpa EMAS fizikal yang sebenarnya.

Oleh itu, kita juga dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksudnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan. Rahsia melabur emas, beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah atau percuma dan untung.Caranya, beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan.. Sedangkan pajakan ialah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh,Saya mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000. Cuba kita fikirkan,jika saya membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos-kos sampingan. Sudah pasti  tindakan itu kurang bijak, sedangkan saya mempunyai tunai yang banyak.

Tindakan bijak, saya menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar tidak mengalami kerugian.Tindakan yang kita boleh lakukan,wang RM 100,000 tersebut kita belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar motor tersebut secara tunai. Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25% setahun, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00. Pada ketika itu, kita boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

RM 105,000.00 – RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung)

Jadi, dalam hanya 3 tahun, saya telah mendapat semula RM 83,400.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 83,400.00 (Untung) = RM 16,600.00

Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00 sahaja dalam masa 3 tahun, murah sahaja.Upah simpan yang saya bayar hanyalah kira-kira RM 600.00 sebulan, sedangkan jika saya membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli motosikal tersebut, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun.

Sumber:  Mohd Zaidi Junus

Wednesday, March 29, 2017

MENGAPA TAK SIMPAN EMAS ?

Kadar Tukaran Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.45. Ringgit Jatuh Bawa Banyak Kebaikan (Pelancongan, Cukai, Gaji, Eksport Bonus Naik)
Sebelum itu, mari kita semak ironi apa yang berlaku hari ini.
Hari ini, dilihat pelabur dan pedagang matawang mula tidak berminat lalu menjual ringgit Malaysia.
Ya…betul Berita Semasa setuju, dengan keadaan kadar eksport negara yang sudah mulai perlahan, Ini situasi yang baik untuk kadar Ringgit Malaysia berada pada paras yang rendah seketika bagi menjadikan pasaran eksport kita kembali kompetitif dan mampu merangsang ekonomi melalui industri pelancongan dengan kehadiran ramai pelancong asing dengan syaratnya tidak terus rendah dan jatuh nilai Ringgit Malaysia kita.
Hanya bersandarkan kepada nilai Ringgit yang rendah untuk meningkatkan nilai eksport tidak baik untuk kemampanan ekonomi negara.
Yang menjadi masalahnya, apabila harga barang terus melambung tinggi. Ekonomi Jepun sedang meleset ketika ini, yang pastinya memberikan kesan besar kepada banyak negara termasuk Malaysia, dek kerana Jepun merupakan kuasa besar Ekonomi ketiga terbesar dunia.
Hakikatnya duit Malaysia semakin mengecil. Jikalau anda bandingkan antara Ringgit Malaysia dengan Baht.
RM1 = 9.58 baht
Jikalau anda pergi di Golok contohnya, mahu makan Nasi Goreng Pattaya, mereka akan caj anda dengan 50 baht. Ini bermakna anda perlu bayar tambahan RM5.20, ekstra 2 kupang untuk makan Nasii Goreng Pattaya di sana.
Bagaimana pula dengan nilai wang kita dengan US? Kuwait? Euro?
1994 – $1 sing dollar = RM1
2004 – $1 sing dollar = RM2.2
2014 – $1 sing dollar = RM2.57
2024 – ???
Sumber: Berita Semasa.

PENJELASAN:

Anda tentu faham akan semua fakta yang dikemukakan di atas. Saya pasti anda akan terima fakta ini. Nilai emas tetap tidak terjejas walau apa pun yang berlaku ke atas Ringgit Malaysia.
Kedudukannya tetap utuh dan teguh kerana emas anti-inflasi ...

MENGAPA TAK MULA SIMPAN EMAS ?



SILA KUNJUNGI:   KEDAI EMAS RUHAN

Tuesday, March 28, 2017

BOLEH MULA HARI INI ?

Harga emas hari ini (28 Mac 2017) naik sebanyak RM1.02 menjadi RM178.04 berbanding RM177.02 pada 24 Mac 2017.
Tiada perubahan dicatatkan oleh goldprice.org untuk sepanjang bulan Mac 2017 dan 6 bulan terkebelakang.
Ini menunjukkan bahawa harga emas melonjak pada kadar yang banyak hanya dalam tempoh 4 hari.
Seperti yang pernah saya tegaskan, anda tak perlu risau dengan perubahan yang pasti berlaku itu. Perkara yang perlu anda pastikan adalah di mana anda hendak bermula.
Pejam mata, beli emas dengan duit gaji yang masih berbaki tu.
BOLEHHHHHHHHH ...

Monday, March 27, 2017

KUTU GOLD BAR 5 GRAM

KUTU GOLD BAR 5 GRAM KEMBALI LAGI

Peluang untuk anda menjadi pelabur emas dengan membeli pada harga patut.
HARGA RUNCIT GOLD BAR 5 GRAM PUBLIC GOLD KINI IALAH
RM1050.00/KEPING

MELALUI KUTU KAMI BERI ANDA DISKAUN SEBANYAK
RM50.00.

Oleh sebab itu, anda hanya perlu bayar

=================
RM1000.00/KEPING
=================

Kutu ini untuk 10 orang selama 10 bulan

Kiraannya ialah: RM100 X 10 ORANG X 10 BULAN

Tiap-tiap bulan SEORANG peserta akan dapat gold barnya.
Semua peserta akan menyumbang sebanyak RM100 seorang tiap-tiap bulan selama 10 bulan.

TIADA PESERTA YANG BOLEH MENARIK DIRI SETELAH
MENYERTAINYA.

Kutu bermula pada: 15 APRIL 2017

PROSEDUR PENYERTAAN:

Sila beri nama penuh (ikut kad pengenalan), alamat lengkap terkini, dan nombor hp anda dalam ruangan komen di bawah.

Apabila peserta cukup 10 orang, kami akan mencabut undi giliran penerima secara goncang botol.

PROSEDUR PEMBAYARAN:

Sila bank-in duit ke salah SATU akaun di bawah.

Maybank Hana Toyyibah Resources 5648 1050 9624
CIMB Harun Jaafar 760 308 7542
HSBC Harun Jaafar 027 001767 108
RHB Harun Jaafar 1 12457 6004394 0

SMS nama penuh, alamat lengkap, dan nombor handphone anda ke 019 323 4287 selepas duit dibank-inkan.

>>>SELAMAT MENYIMPAN EMAS UNTUK MASA DEPAN<<<


Sunday, March 26, 2017

MENGAPA TIDAK MEMULAKANNYA ?

Posting yang dipaparkan kepada anda semalam adalah untuk memberi pengetahuan kepada anda tentang kebolehdapatan maklumat tentang emas secara harian.
Tidak ada perkara yang tersorok dalam perniagaan dan pelaburan emas. Kesemuanya transperen.
Dengan demikian, tidak hairanlah jika terdapat ramai sekali mereka yang memberi fokus kepada perniagaan yang menguntungkan ini.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa hanya emas sahaja komuditi yang memberi keuntungan kepada pembeli ketika pembelian dilakukan. Ini kerana harga kilangnya kurang daripada harga runcit.
Harga runcit emas 999.9 menjadi RM220/Gram kerana ditokoktambah dengan premium, upah, dan kos-kos lain walaupun tidak dikenakan GST.
Anda tak perlu hiraukan hal harganya naik atau turun untuk memulakan simpanan emas kerana pelaburan emas bersifat jangka panjang.
Harga kilang emas 999.9 berkisar di sekitar RM189 hingga RM192 per gram sepanjang bulan Mac 2017. Hal ini memungkinkan harganya berada pada paras melebihi RM220 penghujung tahun ini.
Itu sebabnya anda perlu bermula sekarang. Anda tak mungkin dapat menyertainya apabila jarak harganya menjadi semakin besar.
Fikir-fikirkanlah ...


Saturday, March 25, 2017

BILA-BILA PUN EMASLAH YANG TERBAIK

Tahukah anda harga emas terkini dalam Ringgit Malaysia (MYR) ?
Kedudukan harga emas untuk enam bulan terakhir
(Oktober 16, 2016 hingga Mac 24, 2017)
Harga tertinggi: RM179.66/gram (penghujung Februari 2017)
Harga terrendah: RM161.74 (pertengahan Disember 2016)
Kedudukan harga emas untuk tempoh sebulan
(Februari 24, 2017 hingga Mac 24, 2017)
Harga tertinggi: RM179.66/gram (Februari 24, 2017)
Harga terendah: RM171.53/gram (Mac 15, 2017)
Kedudukan harga emas hari ini
(Mac 24, 2017)
RM177.02/gram.
Itu adalah harga emas Spot Gold yang dikeluarkan oleh goldprice.org.
Cuba anda bandingkan dengan pernyataan di bawah:
Ogos 24, 2015
Kenaikan emas Hampir 15% dalam tempoh 2 Minggu.
Akibat Kemorosotan MYR dan faktor Krisis Ekonomi di CHINA
WANG >> EMAS > 15% KENAIKAN
=============
Sila Tukar sebahagian Wang anda dalam Bentuk Emas.
Hari ini Kadar Pertukaran Matawang
1.00 USD = 4.23479 MYR
Emas Mentah 999.9 - RM138.00/gram (2 minggu lepas)
Emas Mentah 999.9 - RM159.00/gram ( Hari ini )
Kadar Kenaikan Emas Hampir 15% dalam Tempoh yang singkat akibat ketidakstabilan matawang MYR dan "China’s financial crisis"
Perlu ingat !!! Simpan emas bukan untuk menjadikan anda kaya tetapi untuk melindungi kekayaan daripada merosot akibat ketidakstabilan ekonomi dan kadar pertukaran mata wang.
PERUBAHANNYA DAPAT DILIHAT BEGITU KETARA HANYA DALAM TEMPOH SETAHUN SETENGAH SAHAJA ….


Friday, March 24, 2017

SOAL DIRI ANDA

ANDA ADA HATI NAK CAPAI IMPIAN?
KALAU YA, KERJAKANLAH ...



Thursday, March 23, 2017

HARGA NAIK PUN MASIH UNTUNG ...

Seperti yang diduga, harga kilang untuk emas 999.9 naik kembali pada tahap RM192/gram.

Oleh sebab itu, tiada gunanya anda terus menunggu sehingga harganya turun.

Dengan harga kilang yang baharu ini, anda masih untung apabila membelinya, walaupun margin keuntungannya semakin kecil, iaitu RM28/gram.

Tak kisahlah hal itu, asal anda masih untung.



Wednesday, March 22, 2017

Tuesday, March 21, 2017

IKUTILAH PEMBELI DAN PENYIMPAN EMAS

Harga emas 999.9 pada 22/8/2014 ialah RM171/gram.

Harga itu meningkat sebanyak RM21 pada 22/8/2015 dan dijual RM192/gram.

Harga itu meningkat lagi sebanyak RM24 pada 22/8/2016 dan dijual pada harga RM216/gram.

Jika momentum itu berterusan, harganya pasti melonjak ke RM240/gram pada bulan Ogos 2017.

Statistik yang dikemukakan itu ialah fakta yang bukan dibuat=buat. Itu kehebatan emas yang tidak boleh ditandingi oleh komoditi lain di dunia ini.

Anda perlu bertindak untuk menyertai mereka yang saban masa menambah kekayaan hanya dengan membeli dan menyimpan emas.

Mereka boleh mencairkan emas yang dimiliki pada bila-bila masa tanpa rasa takut kehilangan bahan pelindung kekayaan itu.

Jika mahu, mereka hanya perlu menunggu 2 hingga 3 tahun untuk mengaut keuntungan demi keuntungan tanpa memerah keringat walau setitik pun.

>>> JADILAH PEMBELI DAN PENYIMPAN AMAS <<<




Monday, March 20, 2017

SELAMAT BERMULA ...

Tak kira sama ada anda sudah memulakannya atau tidak, saya pasti anda menerima kenyataan bahawa pelaburan emas merupakan pelaburan yang menguntungkan.
Oleh sebab itu, saya juga percaya anda mampu mencari jalan untuk memulakannya dengan membeli Gold Bar 0.5 gram atai Gold Bar 1 gram.
Tentu tak ada masalah kerana gaji dah nak masuk. Kalau asyik bertangguh, sampai bila pun tak jadi.



Sunday, March 19, 2017

BILA LAGI NAK MILIKI EMAS ?


Seperti yang selalu saya katakan, jika harga emas turun; penurunan itu tidak akan bertahan lama.
Demikianlah yang terjadi pada minggu lepas, harga kilangnya turun ke RM186/gram.

Semalam, harganya naik semula ke RM190/gram. Ini bermakna anda kerugian RM4/gram kerana tidak memilikinya. Tiada gunanya dikenang lagi kerana fakta itu sudah jadi sejarah.

Jika pada harga RM186/gram pun anda tak beli; ada kemungkinankah anda beli pada harga RM190/gram? Sangat tipis dan mungkin berada pada tahap kosong.

Itulah sebabnya anda tidak memiliki logam anti-inflasi ini. Itulah sebabnya anda kerugian setiap detik kerana wang fiat yang ada di tangan anda itu turun nilainya hari demi hari.

Sampai bila anda nak tunggu?

Penjual emas berada di mana-mana di sekeliling anda. Tutup mata, beli saja emas 999.9 sebanyak 1 gram hari ini juga ...

Saya akan terus menjadi pendesak untuk mengubah kehidupan masa depan anda.


Saturday, March 18, 2017

EMAS TETAP MENJADI PILIHAN



Setelah memahami emas secara lebih mendalam, saya mendapati emas ialah logam yang tersangat molek untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Kemolekannya tiada tandingan. Nilainya tetap utuh. Harganya turun dan naik. Namun, setiap tahun dapat disaksikan peratus kenaikan harganya.
Emas bukan sahaja elok untuk dijadikan perhiasan diri malahan juga pemelihara kekayaan yang sebenar. Hanya emas yang bersifat bebas inflasi.
Jika ada duit lebih, usahlah disimpan kerana wang tidak bebas inflasi. Nilainya semakin turun dari masa ke masa. Untuk memastikan pemilikan kita terpelihara dan bertambah nilainya; beli dan simpan emas.
Emas sahaja barangan yang untung ketika membelinya. Tak payah jual pun dah untung. Jika bijak menjualnya, sudah pasti berganda-ganda untungnya.
Jangan persia-siakan kesempatan yang ada. Beli dan simpan emas mulai hari ini walaupun seberat 0.5 gram ...


NAK TAU LEBIH LANJUT ?

SILALAH KE  KEDAI EMAS RUHAN ...    

Friday, March 17, 2017

TIPS MEMBELI EMAS


Tips yang  dimaksudkan di sini adalah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira sama ada kedai Cina atau kedai Melayu atau kedai India. Ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Antara tips tersebut adalah:

1. Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab terlalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 kena cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau emas jenis itu dibakar, tidak meninggalkan kesan kehitaman.

2. Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja

Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Bila barang kemas  itu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi daripada emas yang dipakai.

3. Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata

Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab  tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

4. Simpan resit belian

Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ada kedai pajak yang memerlukannya. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

5. Jangan beli emas putih

Emas putih dijual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% daripada harga asal kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang merugikan dari sudut pelaburan.

6. Survey kos upah paling rendah.

Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

7. Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).

Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my

8. Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.

Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.


Mudah-mudahan, semua tips di atas boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tetapi boleh juga dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam sambil minum air, insyaAllah.


Thursday, March 16, 2017

REZEKI OH REZEKI

Bagaimana dengan rezeki anda? Tiada masalah? AlhamdulilLah…

Bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan-Nya.

Bersabarlah jika tidak mencukupi.

Carilah jalan untuk mencukupinya. Pasti ada.

Tunjukkanlah kesyukuran anda dengan memperbanyakkan solat …

Bagaimana caranya jika sudah buat pelbagai cara tetapi tidak berhasil?

Mengapa wujud semacam sekatan kepada kelancaran rezeki ?

Ikutilah cerita berikut:

Hassan Basri ialah seorang ulamak besar yang gemar memberi nasihat kepada sesiapa saja.

Pada suatu hari dia didatangi tiga orang yang mempunyai masalah yang berbeza-beza.

Seorang mengadukan hal sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan anak setelah melakukan pelbagai usaha.

Apa nasihat Hassan Basri ?  Banyakkanlah beristighfar.

Seorang lagi mengadukan hal sudah lama menderita sakit dalam perut. Sudah puas berikhtiar tetapi tidak juga sembuh-sembuh.

Apa nasihat Hassan Basri?  Perbanyakkanlah beristighfar.

Orang yang ketiga mengadukan hal dirinya yang tidak menjadi kaya seperti Si Polan bin Si Polan walaupun letih dan lelah berniaga ke seluruh ceruk rantau.

Apa nasihat Hassan Basri? Perbanyakkanlah beristighfar.

Setelah ketiga-tiganya balik, bertanyalah isteri Hassan Basri, “Kenapakah engkau menyuruh mereka beristighfar sedangkan masalah mereka tidak sama? Bukanlah lebih baik yang tak punya anak berjumpa pakar? Bukankah lebih baik yang sakit itu berjumpa doktor atau tabib? Bukankah lebih baik peniaga itu disuruh melipatgandakan modalnya atau berusaha memikat pelanggannya?

Kata Hassan Basri, “Wahai isteriku! Tidakkah kamu dengar ketiga-tiganya sudah berbuat apa-apa sahaja. Biar mereka sucikan hati dengan memohon keampunan Allah dan bertaubat.”

Mutiara kata di sini adalah memperbanyakkan istighfar mampu memecahkan benteng yang menghalang seseorang insan mendapatkan apa-apa yang dimahukannya.

Benteng penghalang itu ialah dosa. Dosalah yang menyumbat saluran rezeki kita.

Buanglah segala yang tersumbat itu…

RasululLah sentiasa beristighfar.

Anda dan saya pun perlu beristighfar.

RasululLah setiap kali beristighfar jumlahnya 70 hingga100 kali.

Contohilah RasululLah …

MULAKAN BERISTIGHFAR HARI INI SETIAP KALI LEPAS SOLAT WAJIB ATAU SUNAT

ATAU

JADIKAN BERISTIGHFAR SEBAGAI SATU TABIAT




Wednesday, March 15, 2017

BELI DAN SIMPANLAH EMAS ...

Harga emas kembali stabil sejak awal minggu ini. Harga kilangnya berada pada RM186/gram.

Ini bermakna, anda sudah untung RM220 - RM186 = RM34/gram jika harga runcit emas di pasaran diambil kira.

Realitinya: Emas tetap akan memberi anda keuntungan pada masa anda membelinya.

Adakah komoditi lain yang setara dengannya?

TIADA ...

Kenapa tak mula beli dan simpan emas ?


RM200/KEPING

KUNJUNGILAH KEDAI EMAS RUHAN

Monday, March 13, 2017

SIAPAKAH SEBAIK-BAIK MANUSIA ?

Sebaik-baik perbuatan itu dimulakan dengan BismilLah dan niat.
Niat perlu diikuti dengan tindakan dan disertai matlamat yang jelas.
Apakah matlamat anda apabila membuat keputusan untuk berbisnes?
Tentu anda nakkan banyak duit hasil perniagaan itu. Namun, adakah itu matlamat yang murni?
Apa-apa pun manusia tidak boleh lari daripada dua bentuk hubungan, iaitu hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Tuhan.
Manusia yang baik ialah manusia yang memberi banyak manfaat kepada manusia lain.
manusia yang baik di sisi Tuhannya ialah manusia yang sentiasa bersyukur.
Jadilah insan yang memberi manfaat kepada seberapa ramai orang melalui penghuluran apa-apa jua bentuk bantuan dan pertolongan. Selainnya, serahlah kepada Tuhan Yang Maha Segalanya.
Bersyukurlah kepada-Nya dengan mengerjakan segala suruhan dan tegahan-Nya. Banyakkan bertaubat dan solat. Banyakkan bersedekah.

Sunday, March 12, 2017

BERSEGERALAH BUAT PERUBAHAN !!!

Anda sudah didedahkan dengan pelbagai info mengenai emas.

Kesemua info yang didedahkan itu disertakan dengan bukti jelas, bukan direka-reka.

Oleh sebab itu, tiada alasan untuk anda memandang sepi akan logam paling berharga di dunia dan di akhirat ini.

Namun, anda akan tetap berada pada tahap kosong jika tidak mengambil langkah pertama untuk memulakan projek membeli dan menyimpan emas.

Emas dibeli dan disimpan demi kebahagiaan masa depan.

Tiada sesiapa pun yang namanya manusia itu mengetahui dengan tepat yang akan ditempuhinya sesaat mendatang.

Tiap-tiap seorang daripada kita perlu sentiasa berhati-hati dan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dalam situasi yang tidak menentu ini.

Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam.

Tiada masalah untuk anda terus bernostalgia dengan hari semalam, tetapi harus diingat bahawa ketika anda terus diulit mimpi; orang lain sudah meninggalkan anda bersama kejayaan demi kejayaan.

Usahlah merintih pada apa-apa yang dibikin sendiri. Qada' dan gadar sudah ditentukan. Walau bagaimanapun, kita dikurniakan akal fikiran untuk membuat pilihan.

BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK ...

MULALAH MENYIMPAN EMAS HARI INI JUGA ...


Saturday, March 11, 2017

EMAS !!!

Allah menaikkan taraf emas sebegitu mulia..Walaupun terbenam di dasar bumi atau lautan selama ribuan tahun emas tidak berkarat.
Nilainya makin meningkat. Digilai wanita. Menjadi rebutan anak cucu Adam sejak zaman-berzaman.Tenggelam Qarun ditelan bumi disebabkan tamak haloba kerananya.
Disebut-sebut dalam Al- Quran, perhiasan di syurga yang kekal abadi,ditinggikan darjatnya.

Masihkah kita tidak mengerti lagi atau memahami maksudnya?



Friday, March 10, 2017

DARI HARIMAU MINT GOLD (HMG)

Proof coin...proof coin....Apa maksudnya?
Proof Coin ini bermaksud kualiti, hasil akhir tempaan dengan teknik tempaan yang berbeza berbanding normal. Semuanya perlu dititik beratkan dari awal, dari REKAAN awal yang memerlukan pereka yang mahir dan faham bab tempaan, DIES MAKER yang berpengalaman kerana hanya segelintir yang mampu buat acuan terutamanya di Malaysia, juga PENEMPA yang teliti dan tajam matanya serta mempunyai displin yang tinggi untuk menghasilkan hasil akhir seperti diterangkan di bawah.
“SYILING HARIMAU MINT GOLD ditempa dengan kualiti PROOF COIN. Dengan gambar yang tajam dan halus di permukaan depan dan belakang, pembuatannya juga dikenakan TEKANAN 2 kali ganda dari biasa bagi menghasilkan rekaan yang dekat di hati dan menyentuh jiwa. Sudah pasti anda akan berpuas hati dengan kualiti “mirror finishing”, iaitu hasil akhir HMG yang umpama CERMIN. Edisi TERHAD Harimau Mint Gold menjanjikan 1001 kepuasan buat kewangan mahupun koleksi anda!”
Keseluruhannya, hasil akhir ini adalah hasil kerjasama semua pihak dari peringkat awal sehinggalah kepada ejen HMG yang sentiasa bermotivasi untuk educate pelanggan dan rakyat Malaysia berkenaan syiling dengan kualiti pruf (Proof Coin).
Dan dengan sokongan semua pihak, HMG juga bermotivasi untuk kekalkan syiling pruf bermula dari syiling 2015, 2016 v.1 & v.2 serta 2017.

Thursday, March 9, 2017

EMAS UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN

Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan? Bila seseorang itu dikategorikan sebagai bebas kewangan?
Ada situasi yang jelas untuk menentukan kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia Itu. Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya melebihi perbelanjaan. Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.
Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan sekarang ini. Ekonomi yang tidak menentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi menjadi penyebab utamanya. Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…
Lupakan saja persoalan takdir yang sering dijadikan alasan. Manusia diberi akal untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT.
Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk mencari penghidupan. Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya. Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak. Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam kitab
suci Al-Quran.
Emas bebas inflasi. Nilainya tetap utuh selagi dunia belum kiamat. Kenaikan harganya berlaku setiap tahun. Anda sudah dipasakkan dengan statement sebegini entah untuk kali yang keberapa.
Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun untuk dapatkan emas anda secara santai. Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Wednesday, March 8, 2017

KESILAPAN PELABUR EMAS

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas iaitu tentang kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai juga yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau kita ada ilmu. Untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan kesilapan-kesilapan tu berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga isinya bermanfaat:
1. Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.
2. Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.
3. Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.
4. Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan sebagainya. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
5. Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.
6. Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Walau bagaimanapun, kena belajar macam mana
nak buat pinjaman suapaya beroleh keuntungan kalau nak buat pinjaman juga !!!
7. Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi menjadi emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi juga. Senang beli, senang jual balik.
8. Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tips penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
9. Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dan sebagainya bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.
10. Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik untuk jual emas ialah di tempat anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.

RM1000.00/UNIT


SILALAH KE KEDAI EMAS RUHAN

Tuesday, March 7, 2017

WAKTU YANG SESUAI NAK JUAL EMAS

Secara idealnya, bila nak pakai duit, especially untuk tukarkan kepada harta yang real juga macam beli rumah ataupun hartanah yang lain. Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan, bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik 20% setahun, ASB 8.5%, Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan ?%! Sedangkan harga barang keperluan harian naik 10% setahun!. Secara umumnya apabila anda merasakan harga emas berada pada paras yang tinggi, bolehlah anda jual atau pun anda boleh terus simpan lagi sehingga harga emas anda mencecah nilai yang anda inginkan.Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang penting juga adalah selamat dari inflasi - kenaikan harga barang. So, perbetulkan mindset kita tentang pelaburan emas!
Tips ringkas pelaburan emas :
i. Setiap tahun, akan berlaku 3-4 kali market correction yang mengakibatkan harga emas menurun ke paras tertentu. Beli pada harga terendah sebelum harganya naik kembali. Tipsnya adalah tetapkan penurunan maksimum adalah seperti harga terendah bulan sebelumnya … Jangan tamak …
ii. Setiap satu atau 2 bulan, akan berlaku penurunan kecil yang mungkin mencapai sehingga 5% dari harga biasa. Yang ni anda kena selalu monitor harga. Sila rujuk kitco.com.
iii. Harga pasaran dunia ditutup pada Jumaat malam dan dibuka kembali pada tengah malam Ahad waktu Malaysia. 70% daripada harga pembukaan pada hari Isnin adalah lebih tinggi daripada hari Jumaat.
iv. Jika pasaran saham New York jatuh melebihi 5% dan diikuti kejatuhan saham utama Asia, kesannya akan memberikan lonjakan pada harga emas. Begitulah sebaliknya jika pasaran saham meningkat.
v. Secara umumnya, JANUARI adalah waktu terbaik membeli emas. OKTOBER hingga DISEMBER adalah waktu terbaik menjual emas dan JUN adalah permulaan terbaik untuk masuk PAJAK....


RM200/KEPING

SILA KE KEDAI EMAS RUHAN

Sunday, March 5, 2017

BUAT DUIT DENGAN EMAS

Emas milik anda bukan sahaja boleh digadai malahan juga dijual untuk memperoleh keuntungan.

Saya memiliki 50 gram emas 999.9 yang dibeli pada harga ahli di Power Gold pada bulan Ogos 2014. Harganya ialah RM151/gram.

Katakan harga jualannya RM172/gram (menyamai harga jualan ahli pada Ogos 2015.

Saya dapat untung RM21/gram.

Untuk keseluruhannya berjumlah RM21 x 50 gram = RM1050.00.

Sungguh menakjubkan.

Dalam masa dua tahun lebih sedikit sahaja seorang penyimpan
emas 999.9 sudah merasai keuntungan daripada tabiat baiknya
menyimpan emas.

Walau bagaimanapun, bagi penyimpan emas yang berpanjangan
jauh, dia tidak akan menjualnya untuk tempoh itu.
Dia akan simpan lebih lama supaya keuntungan itu berlipat ganda.

ANDA MASIH TAK NAK SIMPAN EMAS ???

Saturday, March 4, 2017

TAK NAK PERCAYA LAGI ?

Sudah beberapa hari tiada posting dari saya. Entah bagaimana secara tiba-tiba sahaja terpaksa selesaikan kerja-kerja perkeranian yang tidak sama sekali menggembirakan saya.
Ini keratan posting saya pada hari Ahad lepas.
Saya gadai 10 gram gold bar untuk dapat RM1560.00. Bank bagi dua kali ganda untuk beli saham di Bursa Saham Malaysia. Beli saham DNEX-WD yang sedang menggila sebanyak 31,200 saham pada harga RM0.10/saham. Semua saham itu dijual pada hari esoknya pada harga RM0.14/saham.
Boleh anda tolong kira keuntungan saya?
Transaksi itu berlaku pada petang khamis dan berakhir pada pagi Jumaat. Tidak besar mana pun keuntungannya.
Namun, persoalan yang hendak dikemukakan di sini ialah
kebolehmanipulasian sumber dana yang ada dalam pelaburan emas.
Saya buat request kepada bank untuk transfer RM2760.00
(modal RM1560 + untung RM1200.00) ke akaun saya.
Tujuannya adalah untuk menambah pemilikan emas. Harga emas 999.9 ketika ini ialah RM194.00/gram. Ini harga kilang. Saya dan the gang sahaja dapat harga ini. Kalau anda nak beli harganya ialah antara RM202.35 hingga RM215.00/gram. Anda sudah pun diberitahu tentang kenaikan harga emas terkini. Kalau nak harga tu ikutlah saya ...
Wang tersebut saya tambah dengan wang gaji bulan Februari sebanyak RM150.00 untuk menjadikannya RM2910.00 supaya dapat beli 15 gram emas 999.9.
Dengan transaksi-transaksi sekitar itu sahaja saya telah memiliki
sebanyak 10 + 15 = 25 gram.
Manipulasi seperti ini boleh dibuat berulang-ulang kali. Jika situasi sekarang berulang lagi atau menjadi lebih baik, saya mampu mendapat harga gadaian RM194/gram atau mungkin lebih daripada itu pada tahun 2019.
Ingat! Hanya emas yang mampu memberikan anda kebaikan itu.
Tak percaya lagi?