Thursday, March 9, 2017

EMAS UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN

Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan? Bila seseorang itu dikategorikan sebagai bebas kewangan?
Ada situasi yang jelas untuk menentukan kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia Itu. Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya melebihi perbelanjaan. Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.
Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan sekarang ini. Ekonomi yang tidak menentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi menjadi penyebab utamanya. Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…
Lupakan saja persoalan takdir yang sering dijadikan alasan. Manusia diberi akal untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT.
Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk mencari penghidupan. Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya. Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak. Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam kitab
suci Al-Quran.
Emas bebas inflasi. Nilainya tetap utuh selagi dunia belum kiamat. Kenaikan harganya berlaku setiap tahun. Anda sudah dipasakkan dengan statement sebegini entah untuk kali yang keberapa.
Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun untuk dapatkan emas anda secara santai. Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

No comments:

Post a Comment