Seperti yang selalu saya katakan, jika harga emas turun; penurunan itu tidak akan bertahan lama.
Demikianlah yang terjadi pada minggu lepas, harga kilangnya turun ke RM186/gram.
Semalam, harganya naik semula ke RM190/gram. Ini bermakna anda kerugian RM4/gram kerana tidak memilikinya. Tiada gunanya dikenang lagi kerana fakta itu sudah jadi sejarah.
Jika pada harga RM186/gram pun anda tak beli; ada kemungkinankah anda beli pada harga RM190/gram? Sangat tipis dan mungkin berada pada tahap kosong.
Itulah sebabnya anda tidak memiliki logam anti-inflasi ini. Itulah sebabnya anda kerugian setiap detik kerana wang fiat yang ada di tangan anda itu turun nilainya hari demi hari.
Sampai bila anda nak tunggu?
Penjual emas berada di mana-mana di sekeliling anda. Tutup mata, beli saja emas 999.9 sebanyak 1 gram hari ini juga ...
Saya akan terus menjadi pendesak untuk mengubah kehidupan masa depan anda.
No comments:
Post a Comment