EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Thursday, March 30, 2017

TEKNIK PELABURAN EMAS

CARA PELABURAN EMAS TERBAIK RAHSIA DAPAT UNTUNG BARANG MURAH

TEKNIK PELABURAN EMAS

Emas adalah barang paling berharga sejak turun-temurun dan diakui seluruh dunia sehinggakan emas adalah barang yang paling mudah untuk dicagarkan atau digadaikan dibank.

Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan cara memanipulasikan emas. Sebenarnya kita mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi menjadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas di bank dunia. Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil “Fiat Money”. Wang itu hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka di atasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya, wang kertas itu tidak bernilai seperti wang kertas Dinar Iraq satu ketika dahulu. Walaupun pada kertas wang Iraq bernama DINAR tapi tidak bernilai tanpa EMAS fizikal yang sebenarnya.

Oleh itu, kita juga dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksudnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan. Rahsia melabur emas, beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah atau percuma dan untung.Caranya, beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan.. Sedangkan pajakan ialah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh,Saya mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000. Cuba kita fikirkan,jika saya membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos-kos sampingan. Sudah pasti  tindakan itu kurang bijak, sedangkan saya mempunyai tunai yang banyak.

Tindakan bijak, saya menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar tidak mengalami kerugian.Tindakan yang kita boleh lakukan,wang RM 100,000 tersebut kita belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar motor tersebut secara tunai. Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25% setahun, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00. Pada ketika itu, kita boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

RM 105,000.00 – RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung)

Jadi, dalam hanya 3 tahun, saya telah mendapat semula RM 83,400.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 83,400.00 (Untung) = RM 16,600.00

Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00 sahaja dalam masa 3 tahun, murah sahaja.Upah simpan yang saya bayar hanyalah kira-kira RM 600.00 sebulan, sedangkan jika saya membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli motosikal tersebut, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun.

Sumber:  Mohd Zaidi Junus

No comments:

Post a Comment