Bagaimana dengan rezeki
anda? Tiada masalah? AlhamdulilLah…
Bersyukurlah dengan rezeki
yang diberikan-Nya.
Bersabarlah jika tidak
mencukupi.
Carilah jalan untuk
mencukupinya. Pasti ada.
Tunjukkanlah kesyukuran anda
dengan memperbanyakkan solat …
Bagaimana caranya jika sudah
buat pelbagai cara tetapi tidak berhasil?
Mengapa wujud semacam
sekatan kepada kelancaran rezeki ?
Ikutilah cerita berikut:
Hassan Basri ialah seorang
ulamak besar yang gemar memberi nasihat kepada sesiapa saja.
Pada suatu hari dia
didatangi tiga orang yang mempunyai masalah yang berbeza-beza.
Seorang mengadukan hal sudah
bertahun-tahun mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan anak setelah
melakukan pelbagai usaha.
Apa nasihat Hassan Basri
? Banyakkanlah beristighfar.
Seorang lagi mengadukan hal
sudah lama menderita sakit dalam perut. Sudah puas berikhtiar tetapi tidak juga
sembuh-sembuh.
Apa nasihat Hassan
Basri? Perbanyakkanlah beristighfar.
Orang yang ketiga mengadukan
hal dirinya yang tidak menjadi kaya seperti Si Polan bin Si Polan walaupun
letih dan lelah berniaga ke seluruh ceruk rantau.
Apa nasihat Hassan Basri?
Perbanyakkanlah beristighfar.
Setelah ketiga-tiganya
balik, bertanyalah isteri Hassan Basri, “Kenapakah engkau menyuruh mereka
beristighfar sedangkan masalah mereka tidak sama? Bukanlah lebih baik yang tak
punya anak berjumpa pakar? Bukankah lebih baik yang sakit itu berjumpa doktor
atau tabib? Bukankah lebih baik peniaga itu disuruh melipatgandakan modalnya
atau berusaha memikat pelanggannya?
Kata Hassan Basri, “Wahai
isteriku! Tidakkah kamu dengar ketiga-tiganya sudah berbuat apa-apa sahaja.
Biar mereka sucikan hati dengan memohon keampunan Allah dan bertaubat.”
Mutiara kata di sini adalah
memperbanyakkan istighfar mampu memecahkan benteng yang menghalang seseorang
insan mendapatkan apa-apa yang dimahukannya.
Benteng penghalang itu ialah
dosa. Dosalah yang menyumbat saluran rezeki kita.
Buanglah segala yang
tersumbat itu…
RasululLah sentiasa beristighfar.
Anda dan saya pun perlu
beristighfar.
RasululLah setiap kali
beristighfar jumlahnya 70 hingga100 kali.
Contohilah RasululLah …
MULAKAN
BERISTIGHFAR HARI INI SETIAP KALI LEPAS SOLAT WAJIB ATAU SUNAT
ATAU
JADIKAN
BERISTIGHFAR SEBAGAI SATU TABIAT
No comments:
Post a Comment