Wednesday, November 30, 2016

RAHMAT MENYIMPAN EMAS

SIMPANLAH EMAS !!!

Anda tahukah informasi-informasi ini:

Menyimpan emas menjadi satu cara menyimpan wang supaya tidak membazir kerana terbeli barangan yang kurang berfaedah.

Permintaan terhadap emas semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan mata wang Dollar.

Tiada cukai untuk emas kecuali zakat emas bagi penganut agama Islam sebagai tanda bersyukur atas nikmat dan rahmat pemberian-Nya. Allah akan menambah rezeki kepada orang yang bersyukur.

Emas ialah aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun seseorang itu diisytiharkan muflis ...





Tuesday, November 29, 2016

CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS

Cara mengira spread emas dan menukar harga emas dunia us/oz kepada harga emas Ringgit Malaysia RM/g untuk memilih syarikat dan produk emas terbaik Perkara paling penting dalam pelaburan emas fizikal adalah spread atau susut nilai harga emas. Sebelum melabur dalam pelaburan emas fizikal perkara utama adalah mengira spread harga emas iaitu memilih syarikat emas yang menyediakan spread harga emas yang paling rendah agar pelaburan emas akan mendapat keuntungan yang cepat selain faktor kekukuhan syarikat, harga emas yang telus, kemudahan membeli atau menjual emas dan sebagainya.
Di sini saya ingin kongsikan ilmu pelaburan emas fizikal iaitu bagaimana cara mengira spread harga emas dan cara menukar harga emas dunia dalam Usd/oz kepada RM/gram. Spread bermaksud susut nilai harga emas atau perbezaan diantara harga jualan syarikat emas atau harga emas semasa yang pelabur emas beli (PG Sell) dan harga semasa syarikat membeli daripada pelabur (PG Buy).
Semakin rendah spread maka semakin cepat pelabur atau penyimpan emas mendapat untung. Formula pengiraan peratusan (%) spread harga emas iaitu : Peratus spread harga emas % = Harga jualan PG sell – Harga belian PG Buy / Harga jualan PG Sell x 100%.
Contohnya, berdasarkan harga semasa emas public gold pada gambarajah di bawah. Peratus spread harga emas bagi emas 10 gram = RM1808 – RM1663 / RM1808 X 100% = 8% Harga jualan dan harga belian akan sentiasa berubah selari pada kadar 8% bagi emas 10 gram.
Produk emas yang berlainan mempunyai spread harga emas yang berlainan. Begitu juga syarikat emas yang berlainan menetapkan kadar peratus spread harga emas yang berlainan bagi setiap produk emas. Jadi, pelabur yang bijak akan mengira spread harga emas dan membuat perbandingan peratus spread emas bagi syarikat emas yang berbeza dengan memilih syarikat emas yang dapat memberikan spread harga emas terendah.
Anda boleh klik HARGA EMAS DAN PERAK TERKINI PUBLIC GOLD untuk melihat harga emas semasa yang berubah setiap 20 minit atau daftar menjadi customer public gold apabila mula membeli 1 dinar atau 10 dirham. Kebiasaannya, kedai emas hanya memaparkan harga jualan semasa emas sahaja tetapi tidak memaparkan harga belian emas. Jadi harga belian emas di kedai emas adalah mengikut harga tauke emas.
Biasanya susut nilai atau spread harga emas di kedai emas adalah sekitar 20% hingga 25%. Kini sudah banyak syarikat pelaburan jongkong emas dan perak di Malaysia yang memaparkan harga jualan semasa dan juga harga belian balik secara online. Jadi perkara pertama sebelum melabur emas adalah mengira dan membandingkan spread setiap produk emas selain faktor-faktor lain seperti harga emas, ketelusan harga emas mengikut harga emas dunia, perubahan harga emas semasa, kemudahan membeli emas serta menjual emas, kekukuhan serta kesahan syarikat emas dan sebagainya.
Bagi membandingkan suatu syarikat pelaburan emas, pelabur boleh merujuk KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD sebagai platform rujukan untuk perbandingan. Setelah mengira peratus spread harga semasa emas setiap jenis emas public gold, pelabur emas yang merupakan customer atau pelanggan public gold akan memperolehi spread harga emas seperti di bawah. Cara untuk merendahkan lagi spread harga emas adalah dengan menjadi dealer atau pengedar emas public gold. Pengedar emas public gold atau dealer akan di berikan komisen mengikut pangkat dealer iaitu dari 1% hingga 2% dari setiap belian emas dan juga mendapat komisen 0.5% apabila dealer menjual emas. Klik untuk melihat SYARAT PANGKAT DAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui syarat untuk menjadi dealer public gold, cara menaikkant pangkat dealer dan komisen yang di berikan oleh Public Gold bagi setiap pangkat dealer.

Monday, November 28, 2016

EMAS PENDINDING KESUKARAN

Ada orang beranggapan bahawa membeli emas akan menghabiskan atau mengurangkan duit. Tanggapan itu hanya boleh diterima jika dirujuk kepada pembelian barangan dapur atau bekalan makanan, tetapi tidak boleh diterima untuk pembelian emas.
Apakah yang membezakan antara kedua-duanya? Barangan dapur atau bekalan makanan yang dibeli akan habis digunakan dalam tempoh tertentu. Kita perlu menyediakan wang yang lain untuk membelinya sekali lagi. Demikianlah keadaannya dari masa ke masa.
Apabila kita membeli emas, kita sebenarnya menukar wang dengan barang berharga yang boleh disimpan selama mana yang dikehendaki. Barang berharga itu boleh digunakan untuk masa-masa terdesak bagi mendapatkan wang tanpa kehilangan barangan itu ataupun nilainya. Emas yang dipajak boleh ditebus kembali. Itulah perkhidmatan yang disediakan oleh kedai pajak.
Hal ini sangat berbeza dengan pinjaman yang dibuat di bank atau institusi-institusi kewangan. Kita terpaksa menyelesaikannya secara bulanan termasuk bayaran tambahan yang dikenakan. Seseorang itu bukan sahaja menanggung hutang malahan menghadapi risiko yang berat. Peminjam akan diisytiharkan muflis jika gagal menyelesaikan hutangnya.
Ada orang kata, “Tiada wang boleh pinjam dengan kawan.” Ini pun ada bahayanya. Situasinya ialah pemberi pinjam mempunyai kuasa. Apabila berlaku proses kompromi antara pemberi pinjam dengan peminjam, peminjam tidak akan mendapat kesemua yang dihajatinya kerana keputusan sesuatu kompromi hanya memenuhi sebahagian sahaja dan lebih menguntungkan pihak yang ada kuasa tidak kiralah dia itu bank atau kawan. Lebih teruk lagi, ramai yang kehilangan kawan akibat tidak dapat melunaskan hutang!
Kesemua risiko itu dapat dielakkan jika kita ada emas. Orang yang ada emas mesti ada wang. Orang yang ada wang belum tentu ada emas. Wang di tangan atau disimpan selalunya habis. Emas ada aura. Orang sayangkan emasnya. Maka dengan itu, emas menjadi pendinding dalam kehidupan manusia.




Friday, November 25, 2016

OFFER MELELEH HABIS

Thursday, November 24, 2016

Wednesday, November 23, 2016

Tuesday, November 22, 2016

EMAS ! EMAS !! EMAS !!!

EMAS GANTI WANG FIAT

Assalamualaikum !

Selamat pagi !!

Fungsi Emas untuk Semua Golongan

1. Untuk Kanak-kanak

Emas berfungsi sebagai Tabungan Pendidikan mereka. Apabila mereka nak sambung belajar di peringkat lebih tinggi, mereka tak perlu berhutang dengan PTPTN. Hanya jual aset  emas yang disimpan. Hidup bebas tanpa hutang.

2. Untuk Mahasiswa di  IPTA/IPTS

Emas berfungsi sebagai tabungan masa depan. Boleh dijadikan hantaran kahwin, pembelian rumah, pembiayaan semula  PTPTN (jika ada buat loan sblm ni) dan modal permulaan perniagaan

3. Untuk Ibu Bapa

Emas berfungsi sebagai insurans kecemasan. Sekiranya berlaku kecelakaan seperti rumah terbakar, ibu bapa atau anak sakit, kereta rosak dan sewaktu dengannya; mereka boleh gunakan emas sebagai sandaran dalam kehidupan. Pajak atau jual emas untuk menampung keperluan pada saat kecemasan.

4. Untuk Golongan Tua

Emas berfungsi sebagai tabungan untuk menunaikan haji/umrah; atau pertukaran aset seperti tanah dan juga rumah.

5. Untuk Golongan Usahawan

Emas berfungsi sebagai dana kewangan bisnes anda. Gunakan emas yang  disimpan sebagai pusingan modal perniagaan anda.

6. Untuk Golongan Umum

Emas boleh dijadikan hadiah untuk mereka yang tersayang.

Jom menabung emas …






Monday, November 21, 2016

GOLD BAR 5 GRAM + 0.5 GRAM = RM1110 SAHAJA

RUGINYA KALAU TAK SIMPAN EMAS

Baca 4 faktor di bawah:

1. HARGA EMAS AKAN NAIK DALAM JANGKA MASA  PANJANG

Harga emas turun dan naik dalam jangka masa pendek itu biasa. Tak logik harga emas naik tak turun. Biasanya turun sedikit dan sekejap tetapi naik dengan banyak.

2. EMAS ADALAH DUIT SEBENAR

Daripada simpan duit kertas, lebih baik simpan emas. Ingat, emas kalis inflasi. Duit kertas sejak dahulu hingga kini sentiasa terdedah kepada inflasi. Itu menyebabkan kuasa belinya semakin hari semakin turun.

3. HARGA BARANG NAIK, HARGA EMAS TURUT SAMA NAIK

Orang yang simpan emas akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya. Ini bermakna harga emas akan turut naik sekiranya harga barang naik.  Wang fiat sudah terbukti  gagal berbuat demikian.

4. HARGA EMAS TIDAK AKAN JATUH LINGKUP MACAM SAHAM

Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab menyimpan emas, tetapi terlalu banyak orang yang bankrap sebab menyimpan duit kertas.

Oleh sebab itu,mana yang lebih selamat sebenarnya? Simpanan wang fiat atau simpanan emas?


Mohlah simpan emas !!!








Sunday, November 20, 2016

BELI SURAT PAJAK DAN EMAS TERPAKAI

CARA MEMBELI SURAT PAJAK & EMAS TERPAKAI
BAGAIMANA MEMBELI SURAT PAJAK
Ramai orang dalam kalangan pengadai hilang emas gadaiannya kerana tamat tempoh. Mereka bukan sahaja kehilangan barang berharga malahan juga menanggung kerugian kerana nilai gadaian tidak sama dengan nilai emas sewaktu dibeli.
Antara 55% ke 60% sahaja emas itu diberikan pinjaman wang, yakni mengikut kadar yang disediakan oleh institusi pajak gadai.
Sebenarnya, anda boleh menjadi seorang peniaga emas yang cukup tempoh gadaiannya ini dengan berbagai-bagai cara.
Antaranya:
1) Dapatkan surat gadaian daripada pelangan anda.
2) Dapatkan pengesahan untuk menebus gadaian (buat surat bertulis) yang mengandungi nombor kad pengenalan, dan jenis barang kemas. Pastikan surat itu, surat pajak, dan salinan kad pengenalan ada dalam tangan anda.
3) Bawa si penggadai ke pajak gadai dan dia sendiri menebusnya. Anda yang menyediakan wang tebusan itu.
4) Jika si tuan punya barang kemas ingin menjualnya kepada anda, anda hendaklah menentukan harga nilai emas tersebut. Sebagai contoh harga rantai emas itu RM1000. Anda hendaklah menolak kos pembayaran pengadaian dan bakinya hendaklah dikembalikan kepada pemilik barang emas tersebut.
Peringatan:
Sediakan surat akujanji jual beli yang mengandungi aku janji mengesahkan pemilik telah menjualnya kepada anda,salinan kad pengenalan, dan tanda tangan pemilik.
Kesimpulannya, kaedah membeli surat pajak adalah dengan cara mengira nilai wang untuk emas itu pada harga semasa ditolak dengan jumlah wang yang telah diambil oleh penggadai dan jumlah kos upah simpan oleh pihak Ar-Rahnu. Bakinya dikembalikan kepada pemilik dan anda ambillah keuntungan dari transaksi itu.
BAGAIMANA MEMBELI EMAS TERPAKAI
Sebenarnya perniagaan ini telah lama dijalankan oleh orang China. Sama seperti pajak gadai, selain daripada menerima pelanggan bagi tujuan meminjam wang dengan mencagarkan barang kemas (emas), pajak gadai juga membeli emas terpakai dengan nilai semasa.
Ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mengurangkan nilai emas semasa dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya emas itu dikatakan rosak. Sebenarnya nilai emas tidak akan turun sekalipun rosak atau rantai emas putus. Emas perlu ditimbang kemudian dinilai dengan harga semasa. Secara langsung ramai pelanggan tertipu dengan sikap pembeli barang emas terpakai ini.
Ramai dalam kalangan pemilik emas terpakai yang rosak ingin menjualnya. Sebagai saudagar emas anda kenalah bersikap jujur dalam membeli hak milik pelanggan anda.
Untuk tujuan memulakan langkah pertama di sini saya berikan tipnya:-
1) Sediakan nilai wang yang bersesuaian dengan keperluan ketika membeli emas terpakai. Sebagai contoh anda perlu ada RM500 untuk membeli barang kemas bernilai kurang dari RM500. Jika lebih adalah lebih baik kerana anda mungkin didatangi pelanggan yang hendak menjual barang emas mereka dengan nilai semasa.
2) Dapatkan maklumat terkini setiap hari harga pasaran emas, 999.9. 916 dan yang lain-lain lagi. Ingat! anda pembeli, maka perlulah membeli dengan harga beli iaitu nilainya rendah dari harga jual. Sebagai contoh:- Emas 999.9 harga beli RM155/gram. Harga jual RM147/gram. Anda perlu menggunakan sebut harga jual RM147/gram.
3) Untuk mendapatkan harga emas semasa anda boleh melawati laman web yang menyediakan harga naik turun emas misalnya: Bank Negara, Public Gold dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui kedai-kedai emas ternama yang menyediakan papan kenyataan harga pasaran emas - beli dan jual.
4) Tidak ramai yang tahu anda seorang pembeli emas terpakai. Mungkin kawan, saudara-mara anda saja yang tahu. Maka war-warkan perniagaan anda kepada sesiapa yang anda kenali. Biasanya iklan dari mulut ke mulut ini menjadi lebih lancar berbanding iklan berbayar di akhbar.





Saturday, November 19, 2016

GOLD ! GOLD !! GOLD !!!

MEMILIH EMAS FIZIKAL ATAU EMAS MAYA

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda?Emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Jawapan saya: BELI EMAS FIZIKAL.

Mengapa?

BOLEH DIGADAIKAN

Menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.

Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

EMAS FIZIKAL BOLEH DIJUAL

Pada bila-bila masa dan kepada sesiapa yang ingin membelinya.
Walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

RUJUKAN: HARGA EMAS DI MALAYSIA.

Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas di yang dijual di Malaysia:

1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
http://www.pbebank.com/…/en_…/personal/rates/goldinvest.html

3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
http://publicgold.com.my/

4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
http://publicdinar.com/

5. Harga Dinar Emas Kelantan
http://www.dinarkel.com/


7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of
Malaysia (FGJAM)
http://www.fgjam.org.my/


GO ! GO !! GO !!! GO FOR GOLD ....


Friday, November 18, 2016

SHARING IS CARING

Saya tidak pasti sama ada anda sedar atau tidak tentang
perkembangan semasa emas sehari dua ini.

Harga emas 24K telah naik dari RM215/gram kepada RM220/gram. Harga emas 22K masih kekal pada tahap RM205/gram.

Naik turun harga emas di pasaran bukanlah satu perkara yang luar biasa. Tetapi sensitiviti makhluk di sekitarnya yang perlu diberi perhatian khas. Mengapa tiada sebarang tindakan?

Walaupun harga emas 24K telah naik, masih ada syarikat emas yang menjualnya pada harga RM186/gram. Beli saja terus untung RM34/gram. Siapa yang boleh bagi lebih daripada itu? Hanya perniagaan emas yang mampu memberi anda keuntungan atas angin. Grablah apa tunggu lagi ! Rugi kalau tak ambil...

Walaupun harga emas 22K RM205/gram, ada kedai emas yang menjualnya pada harga RM184/gram. Beli saja terus untung RM21/gram. Tak maukah?

Saya pun tak tahu apa kegilaan emas ketika ekonomi dunia dalam keadaan tak tentu hala ni...

TERSERAHLAH KEPADA ANDA NAK BUAT APA-APA PUN ...

                                                           SHARING IS CARING !!!


Thursday, November 17, 2016

GOLD BAR 5 GRAM + 0.5 GRAM = RM1110 SAHAJA

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS?
(a) Pelaburan Emas Secara Fizikal
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana
harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang
kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas
adalah tinggi (25 % - 40%).Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Institusi yang Menjual Emas Pelaburan
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
Membeli Emas Fizikal di Kedai Emas
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas.Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi.Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas.Ini kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%.
Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
(b) Pelaburan Emas Melalui Akaun Simpanan Emas
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 buah bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.


Wednesday, November 16, 2016

PEMILIK EMAS TAK PERNAH RUGI

Cuba anda baca dan hadam betul-betul fakta yang dikemukakan dalam pos ini.

KAJIAN KES:

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank untuk tempoh 5 tahun ialah RM13 620.00. Jika wang pinjaman RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Apabila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi
RM2351 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga
RM2351 x 8 = RM18 808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00. Anda akan untung 51.88% .

Untung per tahun pelaburan di ASB hanya antara 7% hingga 8% sahaja.


BOLEH LAWAN KE ?

Beli dan simpan emas banyak-banyak mulai sekarang !!!





Tuesday, November 15, 2016

BUAT PINJAMAN DAN BELI EMAS FIZIKAL

Ini hari saya share teknik ke-3 melabur dan berniaga emas. Jangan bimbang, sesiapa pun mampu melakukannya. Masih berkisar pada Kijang Emas Bank Negara Malaysia tu.  Nak guna item lain pun tak ada masalah.

TEKNIK 3 : BUAT PINJAMAN SEMAKSIMUM MUNGKIN DAN BELI EMAS FIZIKAL

Berdasarkan analisis, membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal ialah pinjaman yang baik.

“Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya. Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini(23/7/2008 – tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya?

Ini pengiraannya:

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata pulangan ialah 20% setahun.

Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye.  Jauh lebih hebat daripada melabur dalam ASB !!!

KALAU NAK KAYA, CEPAT-CEPATLAH BELI EMAS, TAHAN LUKAH DI PERGENTINGAN, ANDA UNTUNG BERGANDA-GANDA -  HALAL PULAK TU !!!


Nak tengok saja ke?  Ikutlah langkah den. Tak nyosal deh …





Monday, November 14, 2016

EMAS SUKU DINAR


Semalam saya kemukakan teknik 1 untuk melabur dan berniaga emas. Hari ini saya share teknik ke-2 pula.

TEKNIK 2: BELI EMAS FIZIKAL KETIKA HARGA RENDAH DAN JUAL APABILA HARGA TINGGI

Ini ialah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti gold bar OROSAVER 999.9 dan 916 serta barangan emas 999.9.

Contohnya rantai tangan gajah. Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan. Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.

Harga jualan 1 Oz Kijang Emas Bank Negara Malaysia pada 21/8/2009 ialah RM3388.

Harga pada 2/5/2013 ialah RM4718

DALAM TEMPOH MASA 3 TAHUN SAHAJA TELAH BERLAKU PENINGKATAN SEBANYAK 39%.

Bolehkah pelaburan ASB memberi Return of Invesment (ROI) sebanyak itu ? Jangan mimpilah.


So, cepat-cepatlah beli – simpan – jual balik emas apabila harganya naik mencanak. Anda mampu melakukannya. 


TIRU MACAM SAYA> PERCAYALAH CAKAP SAYA.


Sunday, November 13, 2016

UNTUNGNYA MELABUR EMAS ...

CARA JANA UNTUNG MELALUI PELABURAN DAN PERNIAGAAN EMAS

BELI EMAS FIZIKAL DAN PEGANG SELAMA YANG MUNGKIN SEBAGAI ASET.

Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan memegangnya selama yang mungkin; contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini. Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?

Dengan andaian harga emas naik 27% setahun dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

SEBAGAI CONTOH,

Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400. Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410.

Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%. Maka nilai emas sudah naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23 712 = RM15 412.80.

Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM36 024. Oleh sebab itu, nilai pinjaman Ar-Rahnu yang anda dapat ialah 65% x RM36 024= RM23 415.60.

Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM48 336. Anda akan memperoleh pinjaman Ar-Rahnu sebanyak 65% x RM48 336= RM31 418.40.

Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun. Perlu diingat bahawa kita boleh buat pinjaman sebanyak itu tanpa penyusutan walau 0.1 gram pun emas milik kita. Kita tetap juga memiliki emas seberat 100 gram selepas mengambil wang pinjaman itu.

>>>>>BEGITULAH HEBATNYA PENANGAN EMAS<<<<<


Anda dah simpan berapa gram ?

Kalau belum ada, eloklah mula dari sekarang ...


Saturday, November 12, 2016

TIPS EMAS


·                    beli dulu...?

·                    tunggu...?

·                    tunggulah dulu nanti baru beli...!!

Golongan yang suka tunggu dulu (harga rendah sikit baru beli) risiko yang mungkin dihadapi :

·                    terlepas harga yang anda inginkan
·                    semasa harga rendah - wang habis
·                    waktu harga rendah fikiran pula berubah
·                    Masa sesuai beli emas ialah sekarang (tanpa mengira harga naik atau turun)..sekarang beli!

Jika bertangguh...

Kesudahannya TIDAK ADA SIMPANAN ….







Friday, November 11, 2016

Thursday, November 10, 2016

EMAS 999.9 GOLD BAR 1 GRAM


BEZA ANTARA WANG KERTAS DENGAN EMAS

Kekayaan dalam bentuk wang kertas boleh  dimusnahkan dengan cara:

1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar


Sesiapa yang menyimpan kekayaannya dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Emas yang sudah menjadi debu sekali pun  tetap bernilai. Sebab itulah emas diiktiraf sebagai kekayaan yang sebenar.


Wednesday, November 9, 2016

EMAS MILIK PERIBADI


Pada hakikatnya, tiada siapa yang tahu sekiranya anda menyimpan emas dan tiada siapa yang tahu berapa banyak emas yang anda ada.

Jika anda menyimpan duit di bank, mereka akan tahu berapa jumlah duit yang anda miliki.

Jika anda membeli saham, mereka akan tahu berapa banyak share yang anda ada.

Bukankah situasi itu memberi maksud simpanan emas anda amat peribadi dan simpanan konvensional terdedah kepada pencerobohan?

Jika ada sesiapa yang mempunyai niat jahat ingin menggunakan maklumat anda senang-senang saja mereka dapat.

Lembaga Hasil Dalam Negeri  sangat suka jika anda mempunyai banyak simpanan wang dan saham dalam bentuk tunai  atau buku... cepat-cepat mereka datang.

Lepas itu, anda disiasat dan dihukum sekiranya tidak membayar cukai.

Sebaliknya jika anda simpan emas hanya anda dan Allah sahaja yang tahu.  Kalau anda tak bayar zakat sesudah sampai haulnya pun hanya anda dan Allah sahaja yang tahu.  Tanggunglah dosa besar tu.

HANYA ALLAH DAN ANDA SAHAJA YANG TAHU BERAPA BANYAK EMAS YANG ANDA ADA.


MOHLAH SIMPAN EMAS BANYAK-BANYAK …






Tuesday, November 8, 2016

GOLD BAR PUBLIC GOLD

CERITA EMAS DI NEGARA ORANG

EMAS DI THAILAND

Thailand amat berbangga dengan penjualan emas 24K, dan terutamanya emas 23K yang dikeluarkannya.  Emas 23K di Malaysia, ketulenannya ialah 950 atau 95% kandungan emas. Ketulenan emas 23K yang dikeluarkan oleh Thailand ialah 965, iaitu 96.5% kandungan emasnya. Ini bermakna kandungan bukan emas di dalamnya hanya berjumlah 35% sahaja. Sememangnya emas 965 lebih baik daripada emas 950.

Walau bagaimanapun, hampir keseluruhan kedai emas di Phuket Island, terutamanya di Patong yang terletak di Thalang District; hanya menjual emas berketulenan 968. Ini bermakna kandungan bukan emas di dalamnya telah dikurangkan menjadi 32%.  

Jika anda meneliti senarai harga emas di Thailand (semasa artikel ini ditulis) anda akan mendapati harga emas 24K ialah 1,455.49 Bath/gram (kira-kira RM177.42/gram) dan harga emas 22K ialah 1,334.09 Bath/gram (kira-kira RM162.62/gram).  Tiada harga yang dinyatakan sama ada untuk emas 950 atau 968.  Inilah yang mendorong saya pergi ke kedai emas di sana.

Kedai yang pertama menjual emas 968 pada harga 1,423 Bath/gram (kira-kira RM173.46/gram). Kedai yang kedua menjualnya dengan harga 1,535 Bath/gram (kira-kira RM187.11/gram). Kedai yang ketiga menjualnya dengan harga 1567 Bath/gram (kira-kira RM191.01/gram).

Harga jualan emas 950 di Malaysia (ketika artikel ini ditulis ialah RM188.27/gram. Ini bermakna emas 968 di kedai emas pertama di Patong itu murah harganya. Penjualnya beriya-iya menyatakan bahawa harga emas di kedainya tidak dikenakan premium dan upah. Memang murah pun harganya.

Walaupun harga di kedai kedua itu RM187.11/gram, harga itu masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga emas 950 di Malaysia berdasarkan ketulenannya. Namun harga di kedai ketiga sudah hampir sama dengan harga emas 999 di Malaysia, iaitu RM196.31/gram. Peniaganya hanya tersenyum apabila saya kata phaeng pai (very expensive).

Kesimpulannya, harga emas berketulenan tinggi lebih murah di Thailand kalau dijual tanpa premium dan upah.  Harganya masih sedikit murah walaupun dikenakan primuim dan upah. Namun demikian, berlaku juga pencatutan dalam jualan emas di Thailand. Di mana-mana pun ada insan yang ikhlas dan tamak.  Manipulasi harga pasti berlaku jika harga sesuatu barang itu tidak ditetapkan. Inilah akibatnya apabila harga emas 23K di Thailand tidak disenaraikan. Beli apa-apa pun kena berhati-hati. Pesanan saya, “Belilah emas daripada penjual yang tidak mengenakan premium, upah, dan postage jika anda melakukannya melalui online”.


>>>>>UNTUNG SEDIKIT TAK APA, ASALKAN PELANGGAN SUKA<<<<<




Sunday, November 6, 2016

HUBUNGAN KACANG CAROB DENGAN EMAS

EMAS:  APA MAKSUD 22K ATAU 24K

K bermaksud Karat. Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu ker├ítion  atau dari perkataan  Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana-mana berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau di mana pun pokok ini tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh sebab sifat emas  lembut dan mudah ditempa, biasanya logam ini dicampurkan dengan logam lain seperti silver (perak) untuk menjadikannya lebih keras dan dapat dibentuk menjadi cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.

Selain emas 24 karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan ialah 22K, 18K dan 14K. 

Berikut ialah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya:

24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tuning/cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.

Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata.  Emas boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper, dan sebagainya).

Lihat gambar Kacang Carob di bawah. Kacang ini tidak tumbuh di Malaysia.