EMAS: APA MAKSUD
22K ATAU 24K
K bermaksud Karat. Perkataan
karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion atau dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang
Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana-mana berat standard
digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan
setiap bijinya adalah sama walau di mana pun pokok ini tumbuh) sebagai
timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat
emas)/(berat total item).
Jika mengikut pengiraan
standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas
99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh sebab sifat emas lembut dan mudah ditempa, biasanya logam ini dicampurkan
dengan logam lain seperti silver (perak) untuk menjadikannya lebih keras dan
dapat dibentuk menjadi cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.
Selain emas 24 karat,
kualiti emas lain yang biasa digunakan ialah 22K, 18K dan 14K.
Berikut ialah
jadual kualiti emas mengikut ketulenannya:
24 carat (99.9% ketulenan
atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tuning/cincin
perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas
campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa,
biasanya dijadikan cincin lelaki.
Setiap kualiti emas mempunyai
sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas campur nampak
lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti
emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas
untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Tahukah anda, warna emas
bukannya kuning semata-mata. Emas boleh
juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang
ditambah (Argentum, Manganese, Copper, dan sebagainya).
Lihat gambar Kacang Carob di
bawah. Kacang ini tidak tumbuh di Malaysia.
No comments:
Post a Comment