EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, November 1, 2016

SATU KEAJAIBAN EMAS



BOLEHKAH KUANTITI EMAS DIMANIPULASIKAN ?

Tiada manusia di dunia ini yang boleh memanipulasikan emas. Logam ini bukan sahaja perlu dicari malahan juga perlu dilombong, ditulenkan, dan dibentuk. Kesemua itu ialah proses yang sukar.

Hal ini berbeza dengan wang fiat. Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Perlu diingat bahawa duit kertas akan merudum nilainya apabila dicetak terlalu banyak. Kemerosotan nilai duit kertas yang terlalu banyak mendorong kepada hyperinflasi. Apabila hyperinflasi berlaku, wang tersebut akan ditolak oleh rakyat.

Dari sudut yang lain, penggunaan wang kertas membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasi kekayaan negara. Kerajaan boleh menggunakan pelbagai akta untuk mengiktiraf apa-apa juga bentuk wang fiat sebagai duit yang sah. Pada masa yang sama, kerajaan juga berhak menarik balik pengiktirafan yang diberikan sehingga menyebabkan wang itu tidak laku. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia pernah menarik balik pengiktirafan terhadap nilai syiling RM1.00 di pasaran. Oleh sebab itu, syiling tersebut tidak lagi sah digunakan.

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas dalam sejarah tamadun manusia. Sebab utamanya ialah kerajaan negara berkenaan mencetak duit terlalu banyak hingga menjadikannya tidak bernilai. Kegagalan wang fiat yang pernah berlaku dalam sejarah adalah seperti berikut:

1. Perancis (1715)
2. Republik Weimer Jerman (1922 - 1923)
3. Hungary (1945 - 1946)
4. Chile (1971 - 1981)
5. Peru (1988 - 1991)
6. Angola (1991 - 1999)
7. Yugoslavia (1992 - 1995)
8. Belarus (1994 - 2000)
9. Mexico (1994)
10. Argentina (2001)
11. Zimbabwe (2000 hingga sekarang)

Pemaparan fakta di atas sepatutnya menginsafkan anda tentang bahaya wang fiat dan kesannya terhadap ekonomi anda. Rakyat Malaysia masa kini pun mungkin berhadapan dengan penurunan nilai Ringgit yang lebih besar akibat hutang negara yang semakin membesar jika dibandingkan dengan PGNK. Namun demikian, malapetaka itu boleh dielakkan dengan memulakan penyimpanan emas. Itu sahaja usaha mapan yang ada sehingga dunia ini kiamat!!!

No comments:

Post a Comment