Wednesday, November 2, 2016

ANDA PERLU SIMPAN EMAS


EMAS IALAH MAGNET KEKAYAAN

Menyimpan emas umpama menarik kekayaan datang kepada kita.

Nak kaya tak? Ini rahsia pertama kekayaan:

"Spend less than you earn" atau dalam bahasa Melayunya,
perbelanjaan mesti kurang daripada pendapatan.

Senang saja kan formula tu? Boleh buat ke?

Jika pendapatan anda lebih besar daripada perbelanjaan, itu bermakna anda semakin kaya.

Jika perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan, itu bermakna anda semakin miskin.

Mengapa seseorang berbelanja lebih?

Situasi ini berkaitan dengan kebocoran wang.

Untuk kaya, pastikan duit anda tidak bocor. Anda akan cepat miskin jika duit mudah bocor.

Kenapa duit mudah bocor?

Terdapat sekurang-kurangnya 3 (tiga) punca utama kebocoran wang, iaitu:

1. Seronok berbelanja.
2. Tersalah melabur (masuk skim cepat kaya).
3. Orang pinjam duit tapi tak bayar.

Kesemuanya boleh diatasi melalui tabiat menyimpan.

Kebiasaannya, kalau ada lebih barulah nak simpan. Itulah satu tabiat buruk kerana langsung tidak membantu anda membina kekayaan.

Kalau anda nak bina kekayaan, simpan duit dulu, lebih baru belanja.
Ke mana patut didahulukan berbelanja tu? Belilah magnet kekayaan, iaitu EMAS !!!


No comments:

Post a Comment