EMAS
DI THAILAND
Thailand amat berbangga
dengan penjualan emas 24K, dan terutamanya emas 23K yang dikeluarkannya. Emas 23K di Malaysia, ketulenannya ialah 950
atau 95% kandungan emas. Ketulenan emas 23K yang dikeluarkan oleh Thailand
ialah 965, iaitu 96.5% kandungan emasnya. Ini bermakna kandungan bukan emas di
dalamnya hanya berjumlah 35% sahaja. Sememangnya emas 965 lebih baik daripada
emas 950.
Walau bagaimanapun, hampir
keseluruhan kedai emas di Phuket Island, terutamanya di Patong yang terletak di
Thalang District; hanya menjual emas berketulenan 968. Ini bermakna kandungan
bukan emas di dalamnya telah dikurangkan menjadi 32%.
Jika anda meneliti senarai
harga emas di Thailand (semasa artikel ini ditulis) anda akan mendapati harga
emas 24K ialah 1,455.49 Bath/gram (kira-kira RM177.42/gram) dan harga emas 22K
ialah 1,334.09 Bath/gram (kira-kira RM162.62/gram). Tiada harga yang dinyatakan sama ada untuk
emas 950 atau 968. Inilah yang mendorong
saya pergi ke kedai emas di sana.
Kedai yang pertama menjual
emas 968 pada harga 1,423 Bath/gram (kira-kira RM173.46/gram). Kedai yang kedua
menjualnya dengan harga 1,535 Bath/gram (kira-kira RM187.11/gram). Kedai yang
ketiga menjualnya dengan harga 1567 Bath/gram (kira-kira RM191.01/gram).
Harga jualan emas 950 di
Malaysia (ketika artikel ini ditulis ialah RM188.27/gram. Ini bermakna emas 968
di kedai emas pertama di Patong itu murah harganya. Penjualnya beriya-iya
menyatakan bahawa harga emas di kedainya tidak dikenakan premium dan upah.
Memang murah pun harganya.
Walaupun harga di kedai
kedua itu RM187.11/gram, harga itu masih lagi murah jika dibandingkan dengan
harga emas 950 di Malaysia berdasarkan ketulenannya. Namun harga di kedai
ketiga sudah hampir sama dengan harga emas 999 di Malaysia, iaitu RM196.31/gram.
Peniaganya hanya tersenyum apabila saya kata phaeng pai (very expensive).
Kesimpulannya, harga emas
berketulenan tinggi lebih murah di Thailand kalau dijual tanpa premium dan
upah. Harganya masih sedikit murah
walaupun dikenakan primuim dan upah. Namun demikian, berlaku juga pencatutan
dalam jualan emas di Thailand. Di mana-mana pun ada insan yang ikhlas dan
tamak. Manipulasi harga pasti berlaku
jika harga sesuatu barang itu tidak ditetapkan. Inilah akibatnya apabila harga
emas 23K di Thailand tidak disenaraikan. Beli apa-apa pun kena berhati-hati. Pesanan
saya, “Belilah emas daripada penjual yang tidak mengenakan premium, upah, dan
postage jika anda melakukannya melalui online”.
>>>>>UNTUNG
SEDIKIT TAK APA, ASALKAN PELANGGAN SUKA<<<<<
No comments:
Post a Comment