CARA MEMBELI SURAT PAJAK & EMAS TERPAKAI
BAGAIMANA MEMBELI SURAT PAJAK
Ramai orang dalam kalangan pengadai hilang emas gadaiannya kerana tamat tempoh. Mereka bukan sahaja kehilangan barang berharga malahan juga menanggung kerugian kerana nilai gadaian tidak sama dengan nilai emas sewaktu dibeli.
Antara 55% ke 60% sahaja emas itu diberikan pinjaman wang, yakni mengikut kadar yang disediakan oleh institusi pajak gadai.
Sebenarnya, anda boleh menjadi seorang peniaga emas yang cukup tempoh gadaiannya ini dengan berbagai-bagai cara.
Antaranya:
1) Dapatkan surat gadaian daripada pelangan anda.
2) Dapatkan pengesahan untuk menebus gadaian (buat surat bertulis) yang mengandungi nombor kad pengenalan, dan jenis barang kemas. Pastikan surat itu, surat pajak, dan salinan kad pengenalan ada dalam tangan anda.
3) Bawa si penggadai ke pajak gadai dan dia sendiri menebusnya. Anda yang menyediakan wang tebusan itu.
4) Jika si tuan punya barang kemas ingin menjualnya kepada anda, anda hendaklah menentukan harga nilai emas tersebut. Sebagai contoh harga rantai emas itu RM1000. Anda hendaklah menolak kos pembayaran pengadaian dan bakinya hendaklah dikembalikan kepada pemilik barang emas tersebut.
Peringatan:
Sediakan surat akujanji jual beli yang mengandungi aku janji mengesahkan pemilik telah menjualnya kepada anda,salinan kad pengenalan, dan tanda tangan pemilik.
Kesimpulannya, kaedah membeli surat pajak adalah dengan cara mengira nilai wang untuk emas itu pada harga semasa ditolak dengan jumlah wang yang telah diambil oleh penggadai dan jumlah kos upah simpan oleh pihak Ar-Rahnu. Bakinya dikembalikan kepada pemilik dan anda ambillah keuntungan dari transaksi itu.
BAGAIMANA MEMBELI EMAS TERPAKAI
Sebenarnya perniagaan ini telah lama dijalankan oleh orang China. Sama seperti pajak gadai, selain daripada menerima pelanggan bagi tujuan meminjam wang dengan mencagarkan barang kemas (emas), pajak gadai juga membeli emas terpakai dengan nilai semasa.
Ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mengurangkan nilai emas semasa dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya emas itu dikatakan rosak. Sebenarnya nilai emas tidak akan turun sekalipun rosak atau rantai emas putus. Emas perlu ditimbang kemudian dinilai dengan harga semasa. Secara langsung ramai pelanggan tertipu dengan sikap pembeli barang emas terpakai ini.
Ramai dalam kalangan pemilik emas terpakai yang rosak ingin menjualnya. Sebagai saudagar emas anda kenalah bersikap jujur dalam membeli hak milik pelanggan anda.
Untuk tujuan memulakan langkah pertama di sini saya berikan tipnya:-
1) Sediakan nilai wang yang bersesuaian dengan keperluan ketika membeli emas terpakai. Sebagai contoh anda perlu ada RM500 untuk membeli barang kemas bernilai kurang dari RM500. Jika lebih adalah lebih baik kerana anda mungkin didatangi pelanggan yang hendak menjual barang emas mereka dengan nilai semasa.
2) Dapatkan maklumat terkini setiap hari harga pasaran emas, 999.9. 916 dan yang lain-lain lagi. Ingat! anda pembeli, maka perlulah membeli dengan harga beli iaitu nilainya rendah dari harga jual. Sebagai contoh:- Emas 999.9 harga beli RM155/gram. Harga jual RM147/gram. Anda perlu menggunakan sebut harga jual RM147/gram.
3) Untuk mendapatkan harga emas semasa anda boleh melawati laman web yang menyediakan harga naik turun emas misalnya: Bank Negara, Public Gold dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui kedai-kedai emas ternama yang menyediakan papan kenyataan harga pasaran emas - beli dan jual.
4) Tidak ramai yang tahu anda seorang pembeli emas terpakai. Mungkin kawan, saudara-mara anda saja yang tahu. Maka war-warkan perniagaan anda kepada sesiapa yang anda kenali. Biasanya iklan dari mulut ke mulut ini menjadi lebih lancar berbanding iklan berbayar di akhbar.
No comments:
Post a Comment