EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, November 29, 2016

CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS

Cara mengira spread emas dan menukar harga emas dunia us/oz kepada harga emas Ringgit Malaysia RM/g untuk memilih syarikat dan produk emas terbaik Perkara paling penting dalam pelaburan emas fizikal adalah spread atau susut nilai harga emas. Sebelum melabur dalam pelaburan emas fizikal perkara utama adalah mengira spread harga emas iaitu memilih syarikat emas yang menyediakan spread harga emas yang paling rendah agar pelaburan emas akan mendapat keuntungan yang cepat selain faktor kekukuhan syarikat, harga emas yang telus, kemudahan membeli atau menjual emas dan sebagainya.
Di sini saya ingin kongsikan ilmu pelaburan emas fizikal iaitu bagaimana cara mengira spread harga emas dan cara menukar harga emas dunia dalam Usd/oz kepada RM/gram. Spread bermaksud susut nilai harga emas atau perbezaan diantara harga jualan syarikat emas atau harga emas semasa yang pelabur emas beli (PG Sell) dan harga semasa syarikat membeli daripada pelabur (PG Buy).
Semakin rendah spread maka semakin cepat pelabur atau penyimpan emas mendapat untung. Formula pengiraan peratusan (%) spread harga emas iaitu : Peratus spread harga emas % = Harga jualan PG sell – Harga belian PG Buy / Harga jualan PG Sell x 100%.
Contohnya, berdasarkan harga semasa emas public gold pada gambarajah di bawah. Peratus spread harga emas bagi emas 10 gram = RM1808 – RM1663 / RM1808 X 100% = 8% Harga jualan dan harga belian akan sentiasa berubah selari pada kadar 8% bagi emas 10 gram.
Produk emas yang berlainan mempunyai spread harga emas yang berlainan. Begitu juga syarikat emas yang berlainan menetapkan kadar peratus spread harga emas yang berlainan bagi setiap produk emas. Jadi, pelabur yang bijak akan mengira spread harga emas dan membuat perbandingan peratus spread emas bagi syarikat emas yang berbeza dengan memilih syarikat emas yang dapat memberikan spread harga emas terendah.
Anda boleh klik HARGA EMAS DAN PERAK TERKINI PUBLIC GOLD untuk melihat harga emas semasa yang berubah setiap 20 minit atau daftar menjadi customer public gold apabila mula membeli 1 dinar atau 10 dirham. Kebiasaannya, kedai emas hanya memaparkan harga jualan semasa emas sahaja tetapi tidak memaparkan harga belian emas. Jadi harga belian emas di kedai emas adalah mengikut harga tauke emas.
Biasanya susut nilai atau spread harga emas di kedai emas adalah sekitar 20% hingga 25%. Kini sudah banyak syarikat pelaburan jongkong emas dan perak di Malaysia yang memaparkan harga jualan semasa dan juga harga belian balik secara online. Jadi perkara pertama sebelum melabur emas adalah mengira dan membandingkan spread setiap produk emas selain faktor-faktor lain seperti harga emas, ketelusan harga emas mengikut harga emas dunia, perubahan harga emas semasa, kemudahan membeli emas serta menjual emas, kekukuhan serta kesahan syarikat emas dan sebagainya.
Bagi membandingkan suatu syarikat pelaburan emas, pelabur boleh merujuk KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD sebagai platform rujukan untuk perbandingan. Setelah mengira peratus spread harga semasa emas setiap jenis emas public gold, pelabur emas yang merupakan customer atau pelanggan public gold akan memperolehi spread harga emas seperti di bawah. Cara untuk merendahkan lagi spread harga emas adalah dengan menjadi dealer atau pengedar emas public gold. Pengedar emas public gold atau dealer akan di berikan komisen mengikut pangkat dealer iaitu dari 1% hingga 2% dari setiap belian emas dan juga mendapat komisen 0.5% apabila dealer menjual emas. Klik untuk melihat SYARAT PANGKAT DAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui syarat untuk menjadi dealer public gold, cara menaikkant pangkat dealer dan komisen yang di berikan oleh Public Gold bagi setiap pangkat dealer.

No comments:

Post a Comment