Saturday, September 30, 2017

MATA WANG GIBRALTAR

6. Pound Gibraltar (GIP)
1 GIP = RM5.52
Gibraltar juga merupakan salah satu daripada Wilayah Luar Negara British, yang terletak di pantai selatan Sepanyol. Mata wang yang digunakan Gibraltar ialah Gibraltar pound (GIP). Mata wang ini boleh ditukar dengan nilai British pound pada nilai setara iaitu 1:1. GIP dikawal oleh bank pusat. Kerajaan Gibraltar bertanggungjawab menghasilkan dan mencetak wang syiling dan kertas.
Pertukaran Gibraltar Pound paling popular ialah kadar EUR kepada GIP. Nilai 1 GIP bersamaan dengan RM5.52.


Friday, September 29, 2017

DOLAR CAYMAN

7. Dolar Cayman (KYD)


1 KYD = RM5.12

Kepulauan Cayman ialah pulau di Wilayah Luar Negara British (British Overseas Territory) yang merangkumi 3 pulau di selatan Laut Caribbean. Mata wang yang digunakan di kawasan berkeluasan 264 kilometer persegi ini ialah Dolar Cayman atau KYD.

Kadar pertukaran mata wang Kepulauan Cayman paling popular ialah kadar USD ke KYD. Sebagai mata wang ke-7 paling bernilai di dunia. Nilai 1 KYD bersamaan dengan 1.22 USD atau RM5.12.




Thursday, September 28, 2017

EURO

8. Euro (EUR)

1 EUR = RM5.06

EUR Ialah mata wang rasmi bagi negara-negara di benua Eropah iaitu 19 daripada 28 negara Kesatuan Eropah. Antara negara-negara yang menggunakan mata wang EUR ialah Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Sepanyol.

Lebih daripada 1.109 trilion wang Euro berada dalam edaran wang dunia sehingga Januari 2017, membuatkan nilai gabungan wang kertas dan syiling euro sebagai mata wang yang paling banyak di dunia, mengalahkan USD.



Tuesday, September 26, 2017

SWISS FRANC

9. Franc Swiss (CHF)
1 CHF = RM4.43
Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama mata wang CHF atau Swiss Franc ini. CHF merupakan mata wang bagi Switzerland dan Liechenstein dan berkedudukan tangga ke-9 paling bernilai di dunia ketika ini. Umum mengetahui Switzerland mempunyai antara salah satu bank paling selamat di dunia, dan sektor perbankan rahsia Switzerland membuatkan mata wang CHF sebagai modal antarabangsa yang selamat.
Ketika Switzerland menyertai kesatuan mata wang, mereka menyandarkan mata wang Franc kepada Euro. Tindakan itu membuatkan mereka mempunyai dua sistem mata wang, dan tidak memansuhkan penggunaan Franc.
Kadar pertukaran Swiss Franc paling popular adalah kadar EUR kepada CHF.



Monday, September 25, 2017

DOLAR AMERIKA

10. Dolar Amerika (USD)

1 USD = RM4.20

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dikatakan sangat gah dan pelopor kepada ekonomi dunia, namun ia bukanlah yang tertinggi dan paling bernilai di dunia apabila berada di tangga ke 10. Walaubagaimanapun nilai USD semakin menurun untuk beberapa tahun yang lepas tetapi masih kuat dan stabil.


USD adalah matawang yang paling banyak diniagakan dan kadar pertukaran USD paling popular adalah kadar USD ke EUR.



Thursday, September 21, 2017

NILAI DUIT TERMAHAL DI DUNIA

10 NEGARA DENGAN NILAI MATA WANG PALING TINGGI DI DUNIA

Bagi Malaysia, nilai mata wang kita sejak beberapa tahun ini boleh dikatakan sangat membimbangkan.

Pada Januari 2015, 1 USD adalah bersamaan dengan RM3.57, namun 8 bulan kemudian pada September tahun yang sama, mata wang Ringgit Malaysia menjunam dengan terlalu mendadak dan pantas sekali, iaitu 1 USD = RM4.30. Ini jelas menunjukkan ekonomi kita sangat tidak stabil ketika itu.

Mata wang adalah sesuatu yang tak akan pernah kekal nilainya. Nilainya akan sentiasa naik atau turun bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dan juga ekonomi dunia. Jika stabil ekonomi sesebuah negara itu, maka nilai mata wangnya juga akan kuat dan kukuh.

Kami ingin berkongsi 10 mata wang dunia yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia ketika ini.

IKUTINYA MULAI ESOK ...

Tuesday, September 19, 2017

5 ELEMEN TERMAHAL DI DUNIA


Jika dihitung, terdapat 118 elemen yang diketahui. 94 daripadanya terhasil secara semula jadi termasuklah besi, perak dan juga emas. Yang lainnya adalah sintetik seperti kurium dan juga californium.

Dan jika ditanyakan kepada anda apakah elemen atau logam yang paling mahal, pasti anda akan menjawab emas, kerana emas adalah satu logam yang sangat terkenal dan juga dianggap sebagai sangat mahal. Emas merupakan elemen yang paling terkenal di dunia dan yang paling banyak digunakan, terutamanya sebagai perhiasan.

Hampir semua peradaban kuno menganggap logam ini sebagai sesuatu yang sangat berharga. Sains telah membuktikan bahawa ciri-ciri yang ada pada emas sangat bagus dan sempurna dalam penggunaan elektronik, namun disebabkan harganya terlalu mahal lalu digantikan dengan elemen lain.

Dengan harga yang selalu turun naik, harga maksima bagi 1 gram emas pada masa kini adalah sekitar RM230/gram. Dengan harga serendah ini, emas tidak tersenarai dalam logam yang termahal di dunia.

Kami ingin berkongsi 5 elemen atau logam yang sangat jarang ditemui yang mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi dan membuatkan logam-logam ini menjadi elemen yang paling mahal di atas muka bumi.

Scandium – RM1150 setiap gram

Scandium adalah salah satu logam bumi yang sangat jarang ditemui yang mana mempunyai nilai wang yang sangat tinggi. Scandium dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap aloi aluminium pada tahun 1970-an dan sehingga kini penggunaannya hanya dalam aloi masih kekal sehingga hari ini. Kos bagi scandium adalah sekurang-kurangnya RM1150 bagi 1 gram dan perdagangan global scandium oksida adalah sebanyak 10,000 kilogram setiap tahun.



Plutonium – RM17,000 setiap gram

Anda pasti pernah mendengar nama elemen ini, plutonium. Kegunaan utama plutonium adalah untuk menghasilkan senjata nuklear dan reaktor nuklear. Kedua-dua plutonium-239 dan juga plutonium-241 adalah “fissile” yang mana mereka mampu mengekalkan tindakbalas rantai nuklear. Plutonium adalah sangat berbahaya untuk dikendalikan kerana ia sangat radioaktif.

Jika anda ingin membeli plutoniom, sila siapka wang anda kerana harga untuk 1 gram plutonium adalah sekurang-kurangnya RM17,000.




Karbon – RM280,000 setiap gram

Elemen ini sangat mudah ditemui dalam kehidupan harian dan antara yang paling penting. Terdapat banyak jumlah karbon dalam badan kita, dan juga, arang serta grafit tidak lah semahal mana pun. Namun jika atom karbon disusun dalam susunan tertentu ia boleh menjadi sangat mahal. Dan dalam bentuk berlian, harga karbon boleh mencecah sehingga RM280,000 bagi 1 gram.



Californium – RM115 juta setiap gram

Pada tahun 1950, elemen ini pertama kali dihasilkan oleh University of California Radiation Laboratory dengan kaedah membedil kurium denga zarah alfa. Semenjak itu, hanya beberapa gram sahaja californium dihasilkan. Penghasilan californium secara global adalah hanya 0.5 gram setiap tahun dan dianggarkan nilai bagi 1 gram californium adalah sebanyak RM115 juta.




Francium

Half-life bagi elemen francium adalah 22 minit yang mana setiap kuantiti francium yang dapat dilihat akan lenyap dengan sangat cepat. Namun diandaikan bahawa francium akan wujud sebagai logam yang sangat reaktif. Jumlah francium yang paling banyak pernah dihasilkan di dalam makmal adalah lebih daripada 300,000 atom.

Harganya tidak dianggarkan namun jika anda mahu membeli, perlu sediakan wang beberapa billion ringgit terlebih dahulu, dan tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk membayar wang sebanyak itu untuk memperolehi benda yang hanya akan lenyap begitu sahaja dalam masa beberapa minit!




Kami berharap semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk SHARE supaya lebih ramai yang tahu dan mendapat ilmu ini. Terima kasih.

Monday, September 18, 2017

ULANG KAJI

5 SEBAB KITA PERLU MENYIMPAN EMAS

Emas sebenarnya wang dalam bentuk fizikal. Sebelum tahun 1971, kesemua wang fiat (kertas) disandarkan kepada emas.

Wang kertas hanyalah sebagai alat tukaran (voucher). Setiap percetakan wang kertas mesti berlandaskan simpanan emas sesebuah negara.

Situasi berubah setelah United States sedang dalam krisis (Perang Vietnam).  Mereka kehilangan sumber kewangan akibat negara-negara lain ingin mengambil emas mereka dan memisahkan wang kertas dengan emas.

Semenjak itu, krisis kewangan pun bermula akibat dari inflasi kerana percetakan wang kertas berleluasa tanpa adanya "sandaran" fizikal aset lain. Manakala bank pula boleh meminjamkan (sebenarnya dikira mencetak) wang dengan peratus 90% dari simpanan/deposit orang awam.

Negara-negara besar juga mempercayai dan menyedari hakikat kekurangan/kelemahan simpanan berdasarkan wang kertas.

Walaupun mereka mencetak wang kertas, tetapi pada masa yang sama, mereka juga menyimpan stok emas yang banyak untuk melindungi mereka dari krisis.
Jika negara-negara besar mempercayai emas sebagai simpanan mereka, mengapa tidak kita?

Antara kelebihan menyimpan aset non-cash (bukan dalam bentuk wang kertas) dalam bentuk emas adalah;

Keselamatan

Sedar atau tidak, wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap kali hendak keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang-kadang apabila akaun bank kita tidak aktif, pihak bank akan mengambil baki wang dari akaun anda. Anda pernah alaminya?

Perlindungan

Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling dan duit kertas yang kita gunakan sekarang) akan sentiasa dimamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan menurun. Lihat sahaja nilai Ringgit yang semakin rendah berbanding Dollar sekarang.

Emas pula sebaliknya kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Ini menunjukkan kekayaan kita tidak akan berkurangan jika menyimpan emas.

Mudah Dicairkan

Selain emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon.
Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada suatu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu mengambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang semula.

Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam bentuk wang di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Mengapa begitu? Ini kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.

Tahan Lama

Aset seperti rumah, kedai, kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau rosak jika terendam di dalam air apabila berlakunya bencana alam. Jika ini berlaku, nilainya juga akan hilang.

Emas pula bersifat kalis api dan air. Untuk pengetahuan, emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.

Hak Pemilikan Dan Pengelolaan Sendiri

Jika anda membeli emas, anda memperoleh jongkong emas itu serta dapat menyimpannya sendiri. Pendek kata, anda yang menguruskannya, bukan pihak lain atau pihak ketiga.

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu.

Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya bagi mendapatkan wang, hasrat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, mungkin mengambil masa yang lama. Mungkin memakan masa sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda mungkin mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera.

Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh. Agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat kerana memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera.


Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, na’uzubiLlah.

Monday, September 11, 2017

MASA YANG SESUAI UNTUK BELI EMAS


Lepas setahun perhatikan naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.

Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?

1. Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dan mempunyai wang..anda boleh beli emas.
2.Beli secara konsisten,sebaik sahaja dapat gaji dengan memperuntukkan sebahagian wang yang biasanya anda simpan,tukarkan kepada emas.Contoh: Letakkan target 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 5gram,ikut kemampuan kewangan anda
3.Beli emas semasa harga rendah (graf menurun).Sebenarnya harga emas naik dan turun disebabkan banyak faktor. Antaranya perkaitan dengan USD. Jika USD mengukuh,harga emas akan turun sedikit. Biasanya setiap kali USD mencetak wang mereka,harga emas akan turun sekejap …

**tip : jika anda ingin membeli emas pada harga ‘cantik’ anda boleh rujuk dengan orang yang sudah biasa membeli emas, dan ada sedikit pengetahuan tentang TA (teknikal analisis).Saya bukanlah pakar,sikit-sikit bolehlah. Namun ini hanyalah ramalan yang sedikit sebanyak boleh membantu,tidak boleh percaya 100%.

Jika membeli emas semasa harga mahal, jangan risau, semasa murah anda boleh terus membeli. Anda   masih untung apabila dikira dari segi cost averaging (pemurataan kos). Pengalaman saya trend menunjukkan harga emas di awal tahun rendah,tapi masih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Kita ambil contoh harga emas pada Januari 2011.  Harga ini menyamai harga emas pada bulan 10.Namun harganya tidak sama macam harga pada bulan 7 dan 8 yang masih rendah.Penurunan harga bulan Januari  ini disebabkan trend awal tahun dan CNY(Chiness New Year). Harga emas akan mulai naik mulai bulan 2 atau 3. Tahun lepas(2011) harga emas naik mendadak sekitar bulan 8-9.Melepasi 1800USD/oz. Selepas penurunan semasa perayaan Deepavali,harga emas tak banyak naik atau turun.1-2 minggu sebelum Krismas harga emas akan mulai menurun sedikit … tetapi masih mahal berbanding bulan sebelumnya. Ketika menghampiri penghujung tahun,harga emas akan mulai naik dan hanya mulai turun sedikit ketika menghampiri pertengahan Januari @ menjelang Chinese New Year.

Dalam bulan Julai 2017; harga emas dunia yang dicatat oleh Spot Gold kelihatan sedang menurun.  Pada masa inilah orang yang “gila” menyimpan emas membelinya sebanyak mungkin. Anda boleh menyertai mereka dengan satu matlamat, iaitu memelihara wang fiat anda daripada terus dimamah inflasi. Kadar inflasi di Malaysia sentiasa berada dalam situasi yang tidak terarah kepada penguncupan. Oleh sebab itu, harga barangan dan sebagainya terus saja naik !!! So, protect your fiat money …

Kini, sejak awal bulan September 2017, harga emas naik lagi secara mendadak. Walau bagaimanapun, kenaikan tersebut tidak bertahan lama kerana masuk minggu kedua, harganya mula menurun. Ketika rencana ini ditulis, harganya berada pada USD 1336.50/oz atau RM183.38/gram.  Harga kilang untuk emas 24K berada pada paras RM197/gram. Harga runcit bagi emas 24K ialah RM225.00/gram dan emas 916 ialah RM215.00/gram.


Harus diingat bahawa untuk jangka masa panjang,menyimpan emas memang menguntungkan.Kenaikan 10 tahun lepas,2000-2009 adalah melebihi 4 kali ganda. Anda boleh rujuk chart di http://www.kitco.com.

Friday, September 8, 2017

SHARING INFORMATION

EMAS IALAH ASET YANG SANGAT CAIR

Apa buktinya?

Emas boleh ditukar menjadi wang tunai dengan cepat.

Ketika anda perlukan wang tunai dengan segera tanpa menjual emas, kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu boleh digunakan.

Pada masa ini, ada banyak institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan pinjaman melalui gadaian emas. Contohnya Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Agrobank, dan sebagainya.

Anda hanya perlu pergi ke mana-mana Ar-Rahnu. Gadaikan emas anda untuk mendapat wang tunai dengan segera. Ar-Rahnu mengeluarkan pinjaman antara 70 hingga 80% daripada nilai emas anda berdasarkan harga emas semasa.

Harus diingat bahawa kerjasama antara Ar-Rahnu dengan pemilik emas membolehkan peniaga emas mendapatkan pusingan modal. Tanpa membuat pinjaman bank, para peniaga emas boleh menggunakan emas simpanan mereka sebagai cagaran pinjaman dengan institusi tersebut.

Dipendekkan cerita, penyimpan emas bukan sahaja menikmati kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang malahan juga menggunakan emas tersebut apabila memerlukan wang tunai pada bila-bila masa yang dikehendaki. Yang lebih menguntungkan ialah kemudahan pinjaman di Ar-Rahnu halal, yakni tanpa riba.


Anda masih tidak sedar dengan keajaiban emas?  

Thursday, September 7, 2017

ULANGKAJI

TIPS MEMBELI EMAS

Tips yang  dimaksudkan di sini adalah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira sama ada kedai Cina atau kedai Melayu atau kedai India. Ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Antara tips tersebut adalah:

1. Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab terlalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 kena cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau emas jenis itu dibakar, tidak meninggalkan kesan kehitaman.

2. Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja

Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Bila barang kemas  itu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi daripada emas yang dipakai.

3. Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata

Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab  tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

4. Simpan resit belian

Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ada kedai pajak yang memerlukannya. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

5. Jangan beli emas putih

Emas putih dijual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% daripada harga asal kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang merugikan dari sudut pelaburan.

6. Survey kos upah paling rendah.

Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

7. Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).

Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my

8. Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.

Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.


Mudah-mudahan, semua tips di atas boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tetapi boleh juga dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam sambil minum air, insyaAllah.

Wednesday, September 6, 2017

PERIHAL HARGA EMAS

Harga emas boleh naik dan turun secara mendadak.
Pada 2 September 2017, harga emas 916 di kedai-kedai emas sekitar Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu, Kelantan ialah RM175/gram (tidak termasuk upah dan GST).
Esoknya, 3 September 2017, harga emas 916 di kedai-kedai emas sekitar Pasar Payang, Kuala Terengganu ialah RM172/gram (tidak termasuk upah dan GST).
Tiba-tiba pada hari ini harga spot gold yang dicatat oleh Kitco.commencecah USD1332.40/oz. Harga yang dicatat oleh goldprice.org ialah RM183.02/gram.
Sehubungan itu, harga kilang emas 24K mencanak naik ke RM198.00/gram pada hari ini.
Anda perlu sedar bahawa pergerakan yang berlaku itu ialah
proses yang berterusan. Jika harga runcit emas 24K kini berada pada paras RM220.00/gram dan harga runcit emas 916 berada pada paras RM210.00/gram, pasti akan naik lebih tinggi penghujung tahun ini. PERCAYALAH !!!
BERUNTUNGLAH MEREKA YANG MENGUMPUL EMAS
SECARA KONSISTEN ...
SERTAILAH MEREKA.