5
SEBAB KITA PERLU MENYIMPAN EMAS
Emas sebenarnya wang dalam
bentuk fizikal. Sebelum tahun 1971, kesemua wang fiat (kertas) disandarkan
kepada emas.
Wang kertas hanyalah sebagai
alat tukaran (voucher). Setiap percetakan wang kertas mesti berlandaskan simpanan
emas sesebuah negara.
Situasi berubah setelah United
States sedang dalam krisis (Perang Vietnam).
Mereka kehilangan sumber kewangan akibat negara-negara lain ingin
mengambil emas mereka dan memisahkan wang kertas dengan emas.
Semenjak itu, krisis
kewangan pun bermula akibat dari inflasi kerana percetakan wang kertas
berleluasa tanpa adanya "sandaran" fizikal aset lain. Manakala bank
pula boleh meminjamkan (sebenarnya dikira mencetak) wang dengan peratus 90%
dari simpanan/deposit orang awam.
Negara-negara besar juga
mempercayai dan menyedari hakikat kekurangan/kelemahan simpanan berdasarkan
wang kertas.
Walaupun mereka mencetak
wang kertas, tetapi pada masa yang sama, mereka juga menyimpan stok emas yang
banyak untuk melindungi mereka dari krisis.
Jika negara-negara besar
mempercayai emas sebagai simpanan mereka, mengapa tidak kita?
Antara kelebihan menyimpan
aset non-cash (bukan dalam bentuk wang kertas) dalam bentuk emas adalah;
Keselamatan
Sedar atau tidak, wang yang
kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap kali hendak
keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang-kadang apabila akaun bank kita
tidak aktif, pihak bank akan mengambil baki wang dari akaun anda. Anda pernah
alaminya?
Perlindungan
Simpanan dalam bentuk wang
fiat (syiling dan duit kertas yang kita gunakan sekarang) akan sentiasa dimamah
inflasi. Setiap hari nilai duit akan menurun. Lihat sahaja nilai Ringgit yang
semakin rendah berbanding Dollar sekarang.
Emas pula sebaliknya kalis
inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Ini menunjukkan kekayaan kita tidak
akan berkurangan jika menyimpan emas.
Mudah Dicairkan
Selain emas, kita juga boleh
melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon.
Walaubagaimanapun, kesemua
jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada suatu masa kita amat
memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu mengambil masa yang panjang untuk
dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang semula.
Emas pula sangat mudah
dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam bentuk wang di mana-mana sahaja
di seluruh dunia.
Mengapa begitu? Ini kerana
permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai
pajak gadai dan peminat emas.
Tahan Lama
Aset seperti rumah, kedai,
kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau rosak jika terendam
di dalam air apabila berlakunya bencana alam. Jika ini berlaku, nilainya juga
akan hilang.
Emas pula bersifat kalis api
dan air. Untuk pengetahuan, emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah
Celsius.
Hak Pemilikan Dan
Pengelolaan Sendiri
Jika anda membeli emas, anda
memperoleh jongkong emas itu serta dapat menyimpannya sendiri. Pendek kata,
anda yang menguruskannya, bukan pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya
di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu
menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu.
Sekiranya anda ingin memajak
atau menjualnya bagi mendapatkan wang, hasrat itu boleh dilakukan pada
bila-bila masa.
Namun, sekiranya aset anda
dalam bentuk yang lain, mungkin mengambil masa yang lama. Mungkin memakan masa
sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda
mungkin mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera.
Lihat sahaja pada tabung
insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh. Agak sukar untuk mengeluarkannya,
walaupun untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat kerana
memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera.
Pelbagai prosedur perlu
diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, na’uzubiLlah.
No comments:
Post a Comment