EMAS
IALAH ASET YANG SANGAT CAIR
Apa buktinya?
Emas boleh ditukar menjadi wang tunai dengan cepat.
Ketika anda perlukan wang
tunai dengan segera tanpa menjual emas, kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu
boleh digunakan.
Pada masa ini, ada banyak
institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan pinjaman melalui
gadaian emas. Contohnya Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu POS,
Ar-Rahnu Agrobank, dan sebagainya.
Anda hanya perlu pergi ke
mana-mana Ar-Rahnu. Gadaikan emas anda untuk mendapat wang tunai dengan segera.
Ar-Rahnu mengeluarkan pinjaman antara 70 hingga 80% daripada nilai emas anda
berdasarkan harga emas semasa.
Harus diingat bahawa
kerjasama antara Ar-Rahnu dengan pemilik emas membolehkan peniaga emas
mendapatkan pusingan modal. Tanpa membuat pinjaman bank, para peniaga emas
boleh menggunakan emas simpanan mereka sebagai cagaran pinjaman dengan
institusi tersebut.
Dipendekkan cerita,
penyimpan emas bukan sahaja menikmati kenaikan harga emas dalam jangka masa
panjang malahan juga menggunakan emas tersebut apabila memerlukan wang tunai
pada bila-bila masa yang dikehendaki. Yang lebih menguntungkan ialah kemudahan
pinjaman di Ar-Rahnu halal, yakni tanpa riba.
Anda masih tidak sedar
dengan keajaiban emas?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete