Jika dihitung, terdapat 118 elemen
yang diketahui. 94 daripadanya terhasil secara semula jadi termasuklah besi,
perak dan juga emas. Yang lainnya adalah sintetik seperti kurium dan juga
californium.
Dan jika ditanyakan kepada
anda apakah elemen atau logam yang paling mahal, pasti anda akan menjawab emas,
kerana emas adalah satu logam yang sangat terkenal dan juga dianggap sebagai
sangat mahal. Emas merupakan elemen yang paling terkenal di dunia dan yang paling
banyak digunakan, terutamanya sebagai perhiasan.
Hampir semua peradaban kuno
menganggap logam ini sebagai sesuatu yang sangat berharga. Sains telah
membuktikan bahawa ciri-ciri yang ada pada emas sangat bagus dan sempurna dalam
penggunaan elektronik, namun disebabkan harganya terlalu mahal lalu digantikan
dengan elemen lain.
Dengan harga yang selalu
turun naik, harga maksima bagi 1 gram emas pada masa kini adalah sekitar RM230/gram.
Dengan harga serendah ini, emas tidak tersenarai dalam logam yang termahal di
dunia.
Kami ingin berkongsi 5
elemen atau logam yang sangat jarang ditemui yang mempunyai nilai pasaran yang
sangat tinggi dan membuatkan logam-logam ini menjadi elemen yang paling mahal
di atas muka bumi.
Scandium – RM1150 setiap
gram
Scandium adalah salah satu
logam bumi yang sangat jarang ditemui yang mana mempunyai nilai wang yang
sangat tinggi. Scandium dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap aloi
aluminium pada tahun 1970-an dan sehingga kini penggunaannya hanya dalam aloi
masih kekal sehingga hari ini. Kos bagi scandium adalah sekurang-kurangnya
RM1150 bagi 1 gram dan perdagangan global scandium oksida adalah sebanyak
10,000 kilogram setiap tahun.
Plutonium – RM17,000 setiap
gram
Anda pasti pernah mendengar
nama elemen ini, plutonium. Kegunaan utama plutonium adalah untuk menghasilkan
senjata nuklear dan reaktor nuklear. Kedua-dua plutonium-239 dan juga
plutonium-241 adalah “fissile” yang mana mereka mampu mengekalkan tindakbalas
rantai nuklear. Plutonium adalah sangat berbahaya untuk dikendalikan kerana ia
sangat radioaktif.
Jika anda ingin membeli
plutoniom, sila siapka wang anda kerana harga untuk 1 gram plutonium adalah
sekurang-kurangnya RM17,000.
Karbon – RM280,000 setiap
gram
Elemen ini sangat mudah
ditemui dalam kehidupan harian dan antara yang paling penting. Terdapat banyak
jumlah karbon dalam badan kita, dan juga, arang serta grafit tidak lah semahal
mana pun. Namun jika atom karbon disusun dalam susunan tertentu ia boleh
menjadi sangat mahal. Dan dalam bentuk berlian, harga karbon boleh mencecah
sehingga RM280,000 bagi 1 gram.
Californium – RM115 juta
setiap gram
Pada tahun 1950, elemen ini
pertama kali dihasilkan oleh University of California Radiation Laboratory
dengan kaedah membedil kurium denga zarah alfa. Semenjak itu, hanya beberapa
gram sahaja californium dihasilkan. Penghasilan californium secara global
adalah hanya 0.5 gram setiap tahun dan dianggarkan nilai bagi 1 gram
californium adalah sebanyak RM115 juta.
Francium
Half-life bagi elemen
francium adalah 22 minit yang mana setiap kuantiti francium yang dapat dilihat
akan lenyap dengan sangat cepat. Namun diandaikan bahawa francium akan wujud
sebagai logam yang sangat reaktif. Jumlah francium yang paling banyak pernah
dihasilkan di dalam makmal adalah lebih daripada 300,000 atom.
Harganya tidak dianggarkan
namun jika anda mahu membeli, perlu sediakan wang beberapa billion ringgit
terlebih dahulu, dan tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk membayar wang
sebanyak itu untuk memperolehi benda yang hanya akan lenyap begitu sahaja dalam
masa beberapa minit!
Kami berharap semoga artikel
ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk SHARE supaya lebih
ramai yang tahu dan mendapat ilmu ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment