Sudah beberapa hari tiada posting dari saya. Entah bagaimana secara tiba-tiba sahaja terpaksa selesaikan kerja-kerja perkeranian yang tidak sama sekali menggembirakan saya.
Ini keratan posting saya pada hari Ahad lepas.
Saya gadai 10 gram gold bar untuk dapat RM1560.00. Bank bagi dua kali ganda untuk beli saham di Bursa Saham Malaysia. Beli saham DNEX-WD yang sedang menggila sebanyak 31,200 saham pada harga RM0.10/saham. Semua saham itu dijual pada hari esoknya pada harga RM0.14/saham.
Boleh anda tolong kira keuntungan saya?
Transaksi itu berlaku pada petang khamis dan berakhir pada pagi Jumaat. Tidak besar mana pun keuntungannya.
Namun, persoalan yang hendak dikemukakan di sini ialah
kebolehmanipulasian sumber dana yang ada dalam pelaburan emas.
kebolehmanipulasian sumber dana yang ada dalam pelaburan emas.
Saya buat request kepada bank untuk transfer RM2760.00
(modal RM1560 + untung RM1200.00) ke akaun saya.
(modal RM1560 + untung RM1200.00) ke akaun saya.
Tujuannya adalah untuk menambah pemilikan emas. Harga emas 999.9 ketika ini ialah RM194.00/gram. Ini harga kilang. Saya dan the gang sahaja dapat harga ini. Kalau anda nak beli harganya ialah antara RM202.35 hingga RM215.00/gram. Anda sudah pun diberitahu tentang kenaikan harga emas terkini. Kalau nak harga tu ikutlah saya ...
Wang tersebut saya tambah dengan wang gaji bulan Februari sebanyak RM150.00 untuk menjadikannya RM2910.00 supaya dapat beli 15 gram emas 999.9.
Dengan transaksi-transaksi sekitar itu sahaja saya telah memiliki
sebanyak 10 + 15 = 25 gram.
sebanyak 10 + 15 = 25 gram.
Manipulasi seperti ini boleh dibuat berulang-ulang kali. Jika situasi sekarang berulang lagi atau menjadi lebih baik, saya mampu mendapat harga gadaian RM194/gram atau mungkin lebih daripada itu pada tahun 2019.
Ingat! Hanya emas yang mampu memberikan anda kebaikan itu.
Tak percaya lagi?
No comments:
Post a Comment