Ketika anda tidak berbuat apa-apa dalam tempoh dua tiga minggu yang sudah berlalu; harga emas di pasaran sudah naik lagi sebanyak RM0.02 minggu ini.
Anda perlu sedar bahawa indikator kenaikan dan penurunan harga emas dunia salah satunya terletak kepada kekukuhan dan kelemahan USD.
Donald Trump sedang menghadapi krisis kepimpinan pada masa ini. Oleh sebab itu, kedudukan USD tidak sekukuh seperti dalam era Obama. Itulah yang melonjakkan harga emas.
Saya beli Gold Bar 24K pada bulan Ogos 2015. Saya gunakan Gold Bar sebagai modal trade dan invest saham di Bursa Saham Malaysia. Jual emas bukan lagi menjadi keutamaan saya sejak awal 2016.
Sebab itu, saya selalu sebut tentang kelebihan emas sebagai modal pelaburan.
Baharu-baharu ini saya memajak Gold Bar yang dibeli pada harga RM156/gram di Ar-Rahnu Express, Ampang.
Alangkah gembiranya apabila harga emas segram untuk gadaian itu ialah RM156.00. Ini bermakna, dalam masa tak sampai dua tahun; saya sudah boleh dapat balik harga belian semasa gadai gold bar yang dimiliki.
Anda tak perlu terperanjat dengan perkembangan itu. Realiti emas memang begitu.
Saya gadai 10 gram gold bar untuk dapat RM1560.00. Bank bagi dua kali ganda untuk beli saham di Bursa Saham Malaysia. Beli saham DNEX-WD yang sedang menggila sebanyak 31,200 saham pada harga RM0.10/saham. Semua saham itu dijual pada hari esoknya pada harga RM0.14/saham.
Boleh anda tolong kira keuntungan saya?
Ini bukan cerita rekaan. Ini bukan dugaan dalam filem Pendekar Bujang Lapuk. Anda nak tengok sahaja ?
No comments:
Post a Comment