Tuesday, February 7, 2017

EMAS MENUTUP NAFSU BERBELANJA

Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. Saya tak kira berapa banyak emas yang saya dah beli kecuali ketika nak buat kiraan zakat simpanan emas setahun sekali.
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.

Kesan psikologi berbeza bila simpan emas.


Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual dan nafsu berbelanja akan tertutup secara automatik! Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab emas itu cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment