EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Saturday, February 25, 2017

BUAT PINJAMAN BELI EMAS !!!

Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

So saya akan memberikan jawapannya  dalam posting ini

Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya.

Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sikit, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan ni? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”

Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)

Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00.
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88% .

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas


Jangan pinjam along dah ler…



No comments:

Post a Comment