Monday, February 13, 2017

PENINGKATAN HARGA EMAS

Nak kongsi yang ni …

Saya sudah tukar daripada ASB kepada EMAS...

Ramai orang kata  ASB .. SAHAM ...senang kata DUITlah lagi untung dari EMAS...

Hakikatnya apa-apa yang berkaitan dengan simpanan duit ni tak akan lari dari inflasi dan kehilangan nilai mata wang itu sendiri..

Wang @ RM nilainya semakin menurun..

Ramai tak tahu EMAS ialah simpanan terbaik dan sangat bagus untuk long term investment.

Duit ialah ekuiti, emas ialah aset. Apabila ekuiti dicairkan maka nilainya akan berkurangan tetapi apabila asset dicairkan nilainya tidak akan berkurangan.
Buktinya, ada duit dalam ASB, kita withdraw. Dividen kita pada tahun itu mesti akan kurang.

Tetapi kalau ada emas, kita pajak. Nilai emas tu tetap sama...kalau 1kg maka kekal 1kg tak kurang pun walau kita dapat duit dari pajakan tu.
Sama macam tanah dan rumah, kita pajak untuk dapatkan modal berniaga. Dapat duit dari bank tetapi nilai rumah dan tanah kita tu tak susut pun. Malah jika berlaku penambahan infrastruktur dan fasiliti di kawasan perumahan kita tu, secara automatik harga rumah kita tu akan bertambah.

Emas
Hartanah
Rumah

Ketiga-tiga yang di atas sangat okey untuk aset @ simpanan sebab nilainya tak susut.

Gold is money. Everything else is credit.




No comments:

Post a Comment