Ayat-ayat Al-Quranul Karim yang menyebut tentang EMAS.
Fikir-fikirkan:
Al-Kahfi , 31: "Mereka
itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, ... “
Faatir , 33: “(Balasan
mereka ialah) syurga - syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya;
mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara;
dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera."
Az-Zukhruf , 71:
"Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas;
dan dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta
dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ""Kamu
adalah tetap kekal di dalamnya.”
Al-Hajj , 23: “Sesungguhnya
Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga
yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan
gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”
A-li 'Imraan , 14:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada
benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; … “
At-Taubah , 35:
"(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka
jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang
mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu
simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan
itu."
At-Taubah , 34: “Dan
(ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Az-Zukhruf , 53: “(Kalau
betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya)
gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat
bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)? “
Al-Israa' , 93: "Atau
(sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga)
engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang
kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang
dapat kami membacanya … “
Al-A'raaf , 148: "Dan
kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari
barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan
bersuara … “
Renung dan Fikirkanlah:
Allah Subhanahu wa Ta’ala
menggambarkan emas sangat-sangat berharga dan tinggi nilainya tidak kira
timelinenya di mana. Apabila Allah cerita sejarah silam (zaman nabi-nabi
berpuluh/ratus ribu tahun dulu), emas sangat berharga. Apabila Allah ceritakan
tentang Syurga, iaitu keadaan akan datang (future), juga emas tetap sangat
berharga dan amat tinggi nilainya. Timeline dari dulu-dulu sampai akan datang
di Syurga nanti, emas sangat berharga. Fikir-fikirkan lah...
Kesimpulannya:
Past = present = future
(syurga) ---> Emas sentiasa berharga dan nilainya tinggi.
No comments:
Post a Comment