Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780. Secara relatifnya, 1 dinar masih mampu beli seekor kambing. Dinar berbeza dengan duit kertas (wang fiat).
Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari.
Jadi nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas? Hakikatnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa beli duit kertas itu yang jatuh. Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama
Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?
Dari satu aspek lagi, emas ialah satu-satunya aset kewangan yang tak akan sekali-kali menjadi kosong! Aset ini tak ada tarikh luput, tak hangus dek api, bahkan dalam bentuk serbuk sekalipun emas tetap bernilai. Aset lain seperti tanah dan hartanah pun masih ada kebarangkalian menjadi kosong. Lihat sahaja apa jadi kepada kondominium Highland Tower? Apa jadi kepada tanah-tanah di negara yang bergolak? Tak ada siapa lagi yang mahu membelinya…

BELI EMAS SEKARANG ...
No comments:
Post a Comment