Mengapa Emas Dicampur Dengan Logam Lain?
Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai
sehari-hari kerana lembut. Oleh sebab itu,emas perlu dicampur dengan logam lain
supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran
“metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh
ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga ditambah untuk menghasilkan warna
mawar atau merah muda.
Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
Pelbagai kaedah mekanikal
digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu
barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas
disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah
disebabkan hakisan.
Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
Kebanyakan barang-barang
kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas
digunakan untuk salutan. Contoh 22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja.
8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam. Ini berdasarkan kandungan
emas sebanyak 91.6%.
Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
Saduran emas ialah proses
yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang
menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam
bentuk emas salutan. Mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci
emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila
membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan
sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu disadur semula.
Apa yang Harus Di Beli?
Emas tumpat (solid gold)
adalah tahan lama. Jenis ini merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan
anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau
alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah
yang mempunyai kandungan emas seperti emas 18K atau 22K. Emas tumpat senantiasa
mempunyai nilai sama ada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun,
pemilikan emas tetap bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.
No comments:
Post a Comment