Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan
kewangan? Bila seseorang itu
dikategorikan sebagai bebas kewangan?
Ada situasi yang jelas untuk menentukan
kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia Itu.
Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya
melebihi perbelanjaan.
Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan
hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.
Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan
sekarang ini. Ekonomi yang tidakmenentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi
menjadi penyebab utamanya. Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…
Lupakan saja persoalan takdir yang sering
dijadikan alasan. Manusia diberi akal untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK
(Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT.
Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk
mencari penghidupan. Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya. Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan
manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak. Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam
kitab suci Al-Quran.
Emas bebas inflasi. Nilainya tetap utuh selagi dunia belum
kiamat. Kenaikan harganya berlaku setiap tahun. Anda sudah dipasakkan dengan statement
sebegini entah untuk kali yang keberapa.
Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun
untuk dapatkan emas anda secara santai. Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama
jadi bukit.
No comments:
Post a Comment