EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Friday, February 24, 2017

MASA YANG SESUAI UNTUK BELI EMAS

Lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas. Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?
1. Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dan mempunyai wang..anda boleh beli emas.
2.Beli secara konsisten,sebaik sahaja dapat gaji dengan memperuntukkan sebahagian wang yang biasanya anda simpan,tukarkan kepada emas.Contoh,letakkan target 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 5grm,ikut kemampuan kewangan anda.
3.Beli emas semasa harga rendah (graf menurun).Sebenarnya harga emas naik dan turun disebabkan banyak factor. Antaranya perkaitan dengan USD. Jika USD mengukuh,harga emas akan turun sedikit.Biasanya setiap kali USD mencetak wang mereka,harga emas akan turun sekejap..
**tip : jika anda ingin membeli emas pada harga ‘cantik’ anda boleh rujuk dengan orang yang sudah biasa membeli emas,dan ada sedikit pengetahuan tentang TA (teknikal analisis).Saya bukanlah pakar,sikit-sikit bolehlah. Namun ini hanyalah ramalan yang sedikit sebanyak boleh membantu,tidak boleh percaya 100%.
Jika membeli emas semasa harga mahal,jangan risau,semasa murah anda boleh terus membeli. Anda masih untung apabila dikira dari segi cost averaging (pemurataan kos). Pengalaman saya trend menunjukkan harga emas di awal tahun rendah,tapi masih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Kita ambil contoh harga emas pada Januari 2011. Harga ini menyamai harga emas pada bulan 10.Namun harganya tidak sama macam harga pada bulan 7 dan 8 yang masih rendah.Penurunan harga bulan Jan ini disebabkan trend awal tahun dan CNY(Chiness New Year). Harga emas akan mulai naik mulai bulan 2 atau 3. Tahun lepas(2011) harga emas naik mendadak sekitar bulan 8-9.Melepasi 1800usd/oz. Selepas penurunan semasa perayaan Deepavali,harga emas tak banyak naik atau turun.1-2 minggu sebelum Krismas harga emas akan mulai menurun sedikit..tetapi masih mahal berbanding bulan sebelumnya. Ketika menghampiri penghujung tahun,harga emas akan mulai naik dan hanya mulai turun sedikit ketika menghampiri pertengahan Januari @ menjelang Chinese New Year.
Namun untuk jangka masa panjang,menyimpan emas memang menguntungkan.Kenaikan 10 tahun lepas,2000-2009 adalah melebihi 4 kali ganda. Anda boleh rujuk chart di http://www.kitco.com.



No comments:

Post a Comment