EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Thursday, February 2, 2017

EMAS DINAR SEBAGAI MAS KAHWIN/HANTARAN


Mas Kahwin atau Mahar ialah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Hak isteri itu melambangkan pernyataan kasih dan sayang serta tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Tujuannya adalah untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.
Kata “mahar” berasal daripada perkataan Arab. Dalam al-Quran istilah mahar disebut sebagai al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Menjadikan Dinar sebagai hantaran/mas kahwin bukan sahaja trend yang semakin meningkat popular malahan juga satu langkah yang baik.
Kenapa Dinar baik untuk pasangan yang baru berkahwin?
1. Dinar ialah kick start pelaburan pasangan yang baru hidup bersama.
2. Bila ada emas, orang akan sayang nak belanjakannya manakala menggunakan nilai wang kertas akan cepat bocor dan lesap sama ada dibelanjakan atau nilainya yang akan merosot.
3. Boleh ditunjukkan kepada anak/cucu/cicit kita nanti.
4. Unik.
5. Jika keadaan memaksa, boleh pajak emas tersebut untuk melangsaikan hutang yang lain dan tebus semula kemudian hari.
Jadi, berapa dinar yang perlu pengantin lelaki sediakan? Ada negeri-negeri yang rendah mas kahwinnya seperti Johor, Pahang, Pulau Pinang iaitu dibawah RM30, dan ada negeri yang tinggi mas kahwinnya seperti Selangor, Perak atau mas kahwin anak kerabat-kerabat.
Manakala Kedah, Perlis, Terengganu, dan Kelantan tidak ditetapkan.
mas kahwin
Bagi orang Pantai Timur, mas kahwin dan wang hantaran biasanya disatukan, jadi lebih mudah kepada pasangan untuk memilih berapa dinar untuk diberi sebagai hadiah.
Pada masa ini, 1 dinar adalah dalam linkungan RM790, jadi jika hantarannya dalam linkungan RM10k – RM12K (bergantung pada tahap pendidikan?), kenalah sediakan 15 dinar.
Hantaran
Dalam dunia yang semakin mencabar ini, apa yang penting pasangan-pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan  adalah lebih bijak jika berbincang dan membuat bajet berdasarkan kemampuan masing-masing.
Jadi, menggunakan 1/2 dinar Public Gold sudah lebih dari cukup sebagai mas kahwin wajib dan tambahannya terpulanglah asalkan tidak membebankan.
Kepada bakal pengantin yang akan melalui situasi ini, adalah bijak jika mengambil langkah proaktif dan boleh mula menyimpan emas dari sekarang.
Gunakan kelebihan akaun GAP yang disediakan oleh Public Gold yang mana anda boleh menyimpan dari serendah 1 gram dan tambahkan bila-bila yang anda mahu mengikut bajet yang ada.
Sampai masanya nanti, keluarkan emas tu untuk dijadikan modal majlis berkahwin atau sebagai mas kahwin/hantaran.



No comments:

Post a Comment