EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, February 5, 2017

KEKAYAAN DI TANGAN KITA

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi  terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.

Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, syiling itu tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Adanya hanya sebagai sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.

Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% selepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi, kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Wang fiat bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya menggelarkan duit kertas sebagai “funny money”, sebab dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. 

Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas dan perak.

Duit syiling seringgit ini dah tak laku untuk urusan jual beli hari ini.


SIMPANLAH EMAS …




No comments:

Post a Comment