EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, March 13, 2017

SIAPAKAH SEBAIK-BAIK MANUSIA ?

Sebaik-baik perbuatan itu dimulakan dengan BismilLah dan niat.
Niat perlu diikuti dengan tindakan dan disertai matlamat yang jelas.
Apakah matlamat anda apabila membuat keputusan untuk berbisnes?
Tentu anda nakkan banyak duit hasil perniagaan itu. Namun, adakah itu matlamat yang murni?
Apa-apa pun manusia tidak boleh lari daripada dua bentuk hubungan, iaitu hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Tuhan.
Manusia yang baik ialah manusia yang memberi banyak manfaat kepada manusia lain.
manusia yang baik di sisi Tuhannya ialah manusia yang sentiasa bersyukur.
Jadilah insan yang memberi manfaat kepada seberapa ramai orang melalui penghuluran apa-apa jua bentuk bantuan dan pertolongan. Selainnya, serahlah kepada Tuhan Yang Maha Segalanya.
Bersyukurlah kepada-Nya dengan mengerjakan segala suruhan dan tegahan-Nya. Banyakkan bertaubat dan solat. Banyakkan bersedekah.

No comments:

Post a Comment