EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, April 3, 2017

CERITA HUBUNGAN SAYA DENGAN SAHAM DAN EMAS

Barangkali anda tertanya-tanya mengapa saya terlalu obses dengan emas.
Sebelum terlibat dengan emas, saya terlebih dahulu terlibat dengan saham. Pernah anak murid saya, Ahmad Bakhtiar mengirimkan kepada saya gambar rajah candlestick beli dan jual serta ebook tentang fundermental analysis. Kesemuanya berguna bagi saya. Namun, saya berguru tentang technical analysis.
Prestasi saya tidak begitu baik dalam pasaran saham. Lebih banyak rugi daripada untung. Bacalah saya ebook fundermental analysis tulisan seorang Mat Salleh. Praktikkanlah. Rupanya tak sesuai dengan Bursa Malaysia. Beli buku analisis yang sama karangan orang Malaysia. Ada sedikit perubahan. Modal pulak asyik kena sorong tarik. Maklumlah masalah banyak lagi tak selesai.
Saya pun terfikir, "Tak adakah satu perniagaan yang lebih banyak bagi untung daripada rugi?" Dengan tak disangka-sangka saya terima emel daripada ShahDinar. Dia cerita tentang beli dan simpan emas dengan modal yang ciput saja.
Saya pun mulalah membeli emas sedikit demi sedikit kerana nak tengok benar atau tidak dakwaan yang dibuat. Saya dapat lihat kebenaran itu dalam tempoh 6 bulan sahaja. Terus pergi kursus dan jadi ahli GSR. Untung banyak masuk. Panas tak sampai ke petang. GSR ada problem. Habis rezeki saya di situ. GST pun tiba.
Kena tukar taktik. Gold Bar diperbuat daripada emas 999.9. Tak kena GST. Itu sudah bagus. Sekarang ni beli gold barlah. Beli saja dah dapat untung. Apatah lagi kalau jual. Inilah perniagaan yang tak payah difikirkan laku ke tidak. Untung tetap ada. Itulah yang diteruskan hingga kini.
Berbalik kepada saham pulak. Saya fikir saham pun boleh dapat untung setiap masa jika fumdermental analysis digunakan 100%.
Cari saja kaunter yang teguh, untung 10 tahun berturut-turut, floating di bawah 30%, direktor bagus-bagus, bukan saham cap ayam, dan sebagainya. Peram saham tu 2 hingga 6 bulan. Ada rezeki untungnya lumayan.
Itulah aktiviti saya ketika ini. Jual beli saham dan simpan emas banyak-banyak. Yang pasti jangan terlepas beli emas RM100 sebulan sekurang-kurangnya. Nak jadi kaya dalam pelaburan emas perlu RM100 saja sebulan. Dengan RM100 kita dapat emas 999.9 seberat 0.5236 gram.
TAK PERCAYA SUDAHHHHH

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete