EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, April 17, 2017

EMAS TETAP KALIS INFLASI

Seperti yang telah berkali-kali saya nyatakan, naik turun harga emas itu sudah pasti kerana sudah menjadi lumrah alam perniagaan.
Kelumrahan lain yang lebih utama untuk diperhatikan ialah emas menjadi simbol kekayaan, simbol kemewahan, simbol ketrampilan, dan sebagainya.
Keterkejutan dan kebimbangan terhadap ancaman yang kononnya amat berbahaya itu nampaknya tidaklah berapa menjadi. Dunia kembali tenang setelah US membazirkan kekuatan yang dimiliki. Pulangannya tak setara dengan tindakan.
Ketenangan yang menjelma menyebabkan harga emas dunia naik semula.
Kini harganya naik RM0.89
===========================
RM181.74 + RM0.89 = RM182.63
===========================
Itulah logam yang namanya emas. Sentiasa kalis inflasi. Apabila inflasi melanda wang fiat, wang fiat tidak mampu bertahan, nilainya akan jatuh.
Oleh sebab emas kalis inflasi, nilainya tetap utuh. Dia tak peduli pun inflasi ke tidak.
Kalau anda tidak mahu mempedulikan inflasi yang menjadi jerat kehidupan itu, mengapa tidak beli dan simpan emas ?
SELAMATKAN NILAI HARTA BENDA YANG ANDA MILIKI DENGAN MENYIMPAN EMAS ...

No comments:

Post a Comment