Sebenarnya, wang
bersandarkan ukuran atau simpanan emas (gold standard) pernah dipakai oleh
dunia sehingga tahun 1971 berdasarkan Perjanjian Bretton Woods 1944. Presiden
Nixon telah memansuhkan sandaran wang dolar AS kepada emas kerana ekonomi AS
yang teruk akibat defisit dan kos Perang Vietnam. Selepas itu, semua negara
telah memakai sistem kewangan terapung (floating exchange). Menurut sistem
ini, setiap negara boleh mencetak wang,
membuat kredit atau hutang negara, serta membuat dasar kewangannya sendiri
tetapi nilainya ditentukan oleh pasaran bebas.
Semua ini berdasarkan
penerimaan dunia kepada beberapa jenis alat (instruments) kertas yang berupa
wang tambahan (derivatif) yang mungkin wujud atas akaun komputer atau akaun
bank sahaja atau akaun saham sahaja. Kesemua itu bukan wang sebenar seperti
wang emas dan perak.
Kita menyaksikan dunia Barat
mengalami beberapa krisis dan keruntuhan ekonomi yang merudum iaitu The Great
Depression 1929, The Black October 1987 dan Krisis Asia 1997/98. Dalam semua
krisis ini, pihak yang untung adalah bank-bank mega antarabangsa dan Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberi bantuan pakej kredit dan hutang kepada
negara-negara mangsa dengan syarat ekonomi mereka dibuka kepada kapitalis
antarabangsa dan sistem kewangan negara-negara mangsa boleh ditembusi oleh
modal kapitalis antarabangsa.
Kewujudan situasi sedemikian
boleh dianggap sebagai penjajahan bentuk baru. Lebih teruk lagi, para pemodal
mempunyai agenda menggulingkan pemimpin-pemimpin yang mereka tidak sukai dengan
tohmahan ekonomi negara-negara mangsa disalah-urus.
Dalam sejarah Islam, sejak
zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a., wang dinar emas dan dirham perak telah
ditetapkan berat dan ketulenannya serta menjadi wang antarabangsa umat Islam
seluruh dunia dan diterima oleh negara-negara bukan Islam dalam perdagangan
antarabangsa sehingga wang kertas dicipta dan dipaksa pakai oleh penjajah
Barat.
Inilah rahsianya kuasa Barat
yang didalangi oleh pemodal mega Yahudi melalui bank-bank antarabangsa yang
menguasai ekonomi dunia pada masa kini. Mereka berjaya menetapkan agendanya
sehingga runtuh empayar Soviet Union, mengikat Iran dan menghancurkan ekonomi
Iraq serta Libya dan Kuwait. Akan sampaikah giliran Indonesia dan Malaysia?
Adakah semua itu satu kebetulan?
Kerajaan Islam pimpinan Dr.
Erbakan di Turki jatuh apabila mahu menjadikan wang emas sebagai agenda
pembaharuan Turki.
Kini tinggal negara Sudan
dalam peringkat awal memperkenalkan sistem kewangan berdasarkan simpanan emas.
Hari ini di Sudan, para
peniaga dan bank mereka tidak mahu menerima kad kredit Visa atau American
Express ataupun dolar AS. Ini satu kemenangan moral dan permulaan yang mengkagumkan.
No comments:
Post a Comment