EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Thursday, May 18, 2017

PROSES PEMBUATAN SYILING EMAS


Melting / Peleburan

Melting / melebur ialah proses permulaan dalam pembuatan syiling emas. Proses dimulai dengan mencairkan bahan mentah iaitu emas mentah yang berketulenan 999.9. Proses ini menjadikan syiling emas itu syiling yang mengikuti piawai antarabangsa dalam penempaan syiling emas "pruf".

Bahan mentah tersebut akan dicairkan pada suhu 1200°c sehingga logam tersebut mencapai takat lebur yang dikehendaki dan akan dicampurkan dengan sedikit bahan asas iaitu BOREX sebagai pengalir kepada logam tersebut.

Kemudian logam emas yang dilebur tadi akan dituang ke dalam blok tuang "cust iron block" bagi membentuk logam itu kepada bentuk logam kepingan "metal sheet" bagi memudahkn proses seterusnya dijalankan.

Roller Impact

Ini ialah proses menggelek kepingan logam "metal sheet" yang telah dileburkan tadi bagi mendapatkan spesifikasi yang dikehendaki seperti ketebalan , kelebaran , kepanjangan dengan menggunakan mesin "Roller Mill".

Melalui proses ini terdapatlah ketepatan berat (dalam unit gram) setiap syiling emas yang akan ditempa.

Cutting Sheet / Memotong

Seterusnya kepingan logam tadi akan dipotong dengan menggunakan "Punch Cutter Machine" bersama "Cutter Dies" dengan saiz yang dikehendaki.

Hal ini dilakukan bagi mendapatkan diameter setiap syiling emas yang akan ditempa.

Cucian @Thumbler Machine

Selepas itu, setiap "blank coins" yang telah dipotong tadi akan dimasukkan ke dalam "Thumbler Machine" bersama "stainless steel bearing" bagi melalui proses cucian syiling daripada sebarang kotoran minyak dan juga bahan-bahan kimia lain.

Proses cucian ini merupakan salah satu proses yang amat penting dalam pembuatan syiling emas  untuk menjamin kualiti penempaan syiling emas pruf bertaraf antarabangsa.
Setiap perincian akan diambil kira dalam proses ini.  Jika terdapat sebarang kekotoran, syiling ini akan di- "reject" dan akan melalui proses "Melting" semula (proses permulaan).

Coins Stamping / Penempaan Syiling.

Ini ialah proses terakhir. Syiling yang telah dicuci tadi akan melalui proses penempaan.  "Master Dies" yang diukir dengan rekaan ekslusif syiling emas akan menentukan pengeluaran syiling emas yang berkualiti.

"Blank Coins" yang dipotong tadi akan diberi tekanan tertentu dengan menggunakan "Hydraulic Stamping Machine" ke atas "Master Dies" tersebut sehingga 'keterbalikan corak' akan tertera pada setiap keping syiling emas.


Dengan itu proses penempaan syiling emas siap dengan jaminan mutu yang menepati kualiti piawai penempaan syiling pruf antarabangsa  premium, dan eksklusif dari LADANG EMAS.



No comments:

Post a Comment