Sejak manusia mengenali
emas, mereka menjadikan logam itu sebagai simbol kepada empat (4) perkara;
iaitu simbol kekayaan, simbol kekuasaan, simbol kejayaan, dan simbol
kecantikan.
Tahukah anda sejarah emas
sebagai simbol kekayaan?
Sistem perdagangan yang
dijalankan bermula pada Zaman Neolitik ialah sistem barter (tukar barang).
Sistem ini sangat sulit dan menyusahkan kerana orang ramai terpaksa membawa
haiwan atau barang-barang untuk ditukarkan dengan benda-benda lain yang
dikehendaki.
Empayar Lydia (kini Turki)
telah memudahkan urusan berkaitan perdagangan itu. Raja Alyattes memperkenalkan
syiling emas yang dipanggil The Lydian Lion (lihat gambar). Baginda menempa
syiling emas yang beratnya 4.71 gram dan berukuran 13 x 10 x 4 mm. Inilah
syiling emas pertama di dunia. Ternyata bahawa kewujudan syiling emas itu
memudahkan urusan perdagangan dan menjadi mata wang utama pada masa itu.
Untuk pengetahuan anda, The
Lydian Lion wujud sejak 2600 tahun yang lalu. Keadaan ini membuktikan bahawa
emas telah diiktiraf sebagai simbol kekayaan pada masa itu.
Emas sebagai simbol kekayaan
kekal hingga ke hari ini. Jika anda memiliki jumlah emas yang banyak pada masa
sekarang, sudah pasti anda dipanggil ORANG KAYA !!!
No comments:
Post a Comment