Tips yang dimaksudkan di sini adalah cara-cara yang
betul membeli emas di kedai emas,tak kira sama ada kedai Cina atau kedai Melayu
atau kedai India. Ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang
betul membeli emas. Antara tips tersebut adalah:
1. Beli barang kemas 999
(24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan
emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan
emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab terlalu lembut dan mudah lekuk.
Untuk kenal emas 999 dan 916 kena cek pada bahagian belakang barang kemas tu
sebab biasanya akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau emas
jenis itu dibakar, tidak meninggalkan kesan kehitaman.
2. Beli barang kemas padu/
tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang
berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian
ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di
Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas
yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas
padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan
sebagainya. Bila barang kemas itu rosak,
terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu.
Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya
lebih tinggi daripada emas yang dipakai.
3. Elakkan membeli barang
kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu
permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual
balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata
sebab tak cukup kuat untuk pegang
permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan
100% emas 916, biasanya emas 750.
4. Simpan resit belian
Resit asal belian akan
membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ada kedai pajak yang
memerlukannya. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong
contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread),
kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga
semasa.
5. Jangan beli emas putih
Emas putih dijual pada harga
platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada
second hand value. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas,
selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver.
Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya
survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga
diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% daripada harga asal kalau tak ada resit.
Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang merugikan
dari sudut pelaburan.
6. Survey kos upah paling
rendah.
Kos upah berbeza untuk satu
kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah
lagi bagus.
7: Cari kedai yang jual emas
bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).
Harga ‘standard’ pekedai
emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my
8. Cari kedai yang terima
belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka
beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup
beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, semua tips di
atas boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang
bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tetapi boleh juga dijadikan pelaburan
yang bernilai tinggi. Sambil menyelam sambil minum air, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment