KUASA
BELI EMAS KEKAL UNTUK JANGKA MASA PANJANG
Pernyataan
di atas bermaksud, apa-apa yang boleh dibeli oleh emas bukan sahaja ratusan
tahun yang lalu malahan juga ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan
berat emas yang sama pada hari ini.
Perkara
tersebut dijelaskan dalam buku “The
Golden Constant – The English and American Experience 1560 – 2007” oleh
Profesor Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan, University of
California.
Harus
diingat bahawa dalam buku itu Jastram cuba merongkaikan satu persoalan, iaitu
“Adakah nilai duit pada masa lampau lebih tinggi berbanding sekarang?” Duit di sini bermaksud emas. Sehubungan itu,
data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa
dikumpul.
Dalam
hasil kajiannya terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itu, Jastram
merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 hampir sama
dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke-17.
Tidakkah
hasil analisis data 447 tahun itu menunjukkan anda akan mengaut keuntungan sekiranya
menyimpan emas DALAM JANGKA MASA PANJANG ?
Hakikatnya,
kuasa membeli emas sangat stabil. Apa-apa yang emas boleh beli pada masa
sekarang tetap boleh dibeli bukan sahaja beberapa ratus tahun malahan juga ribuan
tahun dari sekarang. Demikianlah kehebatan emas yang tiada tandingannya dengan
wang fiat (wang kertas) yang sentiasa terdedah kepada manipulasi dan inflasi.
SIMPANLAH
EMAS DENGAN SEGERA KERANA SIFATNYA KALIS INFLASI !!!
No comments:
Post a Comment