EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, June 20, 2017

TIPS MEMBELI EMAS


Tips yang  dimaksudkan di sini adalah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira sama ada kedai Cina atau kedai Melayu atau kedai India. Ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Antara tips tersebut adalah:

1. Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab terlalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 kena cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau emas jenis itu dibakar, tidak meninggalkan kesan kehitaman.

2. Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja

Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Bila barang kemas  itu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi daripada emas yang dipakai.

3. Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata

Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab  tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

4. Simpan resit belian

Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ada kedai pajak yang memerlukannya. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

5. Jangan beli emas putih

Emas putih dijual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% daripada harga asal kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang merugikan dari sudut pelaburan.

6. Survey kos upah paling rendah.

Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

7. Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).

Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my

8. Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.

Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.

Mudah-mudahan, semua tips di atas boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tetapi boleh juga dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam sambil minum air, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment