EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, June 18, 2017

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS ?

(a) Pelaburan Emas Secara Fizikal
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Institusi yang Menjual Emas Pelaburan
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
7. Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (POWERGOLD.BIZ)
Membeli Emas Fizikal di Kedai Emas
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas.Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi.Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas.Ini kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%.
Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
(b) Pelaburan Emas Melalui Akaun Simpanan Emas
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 buah bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

No comments:

Post a Comment