EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Friday, June 9, 2017

SAMBUNGAN SEMALAM ...

APAKAH YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENINGKATAN DAN PENURUNAN PERMINTAAN?
Faktor peningkatan:
Perkembangan sektor eksport
Untuk mengimport barangan daripada sesebuah negara, perlu menggunakan mata wang negara tersebut. Negara yang produknya kompetitif dalam persaingan eksport, nilai mata wangnya kukuh kerana permintaan terhadap mata wangnya tinggi.
Kadar bunga (interest) tinggi
Kadar bunga yang tinggi yang ditetapkan oleh bank negara menjadi tarikan kepada pelabur asing untuk menyimpan dalam negara tersebut. Secara tidak langsung akan mengembangkan permintaan terhadap mata wangnya.
Peningkatan permintaan dalam pasaran tukaran mata wang asing
Apabila sesuatu mata wang dijangka nilainya akan meningkat, biasanya akan membawa kepada pembelian mata wang negara tersebut oleh pemain pasaran dan seterusnya melonjakkan nilainya.
Kemasukan pelabur asing
Negara yang dilihat menjadi destinasi yang menarik untuk perlaburan akan membawa kemasukan pelabur luar ke dalam negara (capital inflow). Mereka perlu membeli mata wang negara tersebut untuk terlibat dalam perlaburan di negara tersebut.
Campur tangan bank negara
Terdapat negara yang sengaja merendahkan mata wangnya seperti yang dilakukan oleh China. Bank pusatnya akan membeli bon terbitan AS supaya mata wangnya akan menjadi lebih rendah daripada dollar. Tindakan ini dibuat supaya barangan lokalnya mampu kekal lebih murah dan mampu mengekalkan momentum persaingan dalam pasaran eksport.
Kadar pengangguran rendah dan peningkatan pendapatan rakyat
Kadar pengangguran yang rendah dan tahap pendapatan rakyat yang tinggi meningkatkan permintaan wang dalam pasaran domestik seterusnya meningkatkan nilai mata wang negara tersebut.
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment