Dalam sejarah Islam, sejak
zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a., wang dinar emas dan dirham perak telah
ditetapkan berat dan ketulenannya serta menjadi wang antarabangsa umat Islam
seluruh dunia dan diterima oleh negara-negara bukan Islam dalam perdagangan
antarabangsa sehingga wang kertas dicipta dan dipaksa pakai oleh penjajah
Barat.
Inilah rahsianya kuasa Barat
yang didalangi oleh pemodal mega Yahudi melalui bank-bank antarabangsa yang
menguasai ekonomi dunia pada masa kini. Mereka berjaya menetapkan agendanya
sehingga runtuh empayar Soviet Union, mengikat Iran dan menghancurkan ekonomi Iraq
serta Libya dan Kuwait. Akan sampaikah giliran Indonesia dan Malaysia? Adakah semua
itu satu kebetulan?
Kerajaan Islam pimpinan Dr.
Erbakan di Turki jatuh apabila mahu menjadikan wang emas sebagai agenda
pembaharuan Turki.
Kini tinggal negara Sudan
dalam peringkat awal memperkenalkan sistem kewangan berdasarkan simpanan emas.
Hari ini di Sudan, para
peniaga dan bank mereka tidak mahu menerima kad kredit Visa atau American
Express ataupun dolar AS. Ini satu kemenangan moral dan permulaan yang mengkagumkan.
Bersambung …
No comments:
Post a Comment